Tag Archive | paranormal

BICARA TENTANG PERUBATAN JARAK JAUH……

Hanya sebagai satu renungan.. baca dengan minda dan hati terbuka……..

p/s : Ini adalah artikel tentang paranormal… Jika anda tidak mempercayai paranormal, diharap JANGAN dibaca…….

********************************************

“Ada sesetengah daripada kita yang mengalami masalah gangguan makhluk halus, cuba berubat dengan cara jarak jauh… Kadangkala, si tukang ubat berusaha membantu sebaik mungkin, dengan menghantar seberapa banyak bantuan yang termampu.. Ini adalah satu cara yang dilakukan apabila pesakit dan tukang ubat menghadapi kesukaran untuk berjumpa…..

Namun begitu, bagi kes gangguan biasa.. Contohnya kawasan luar dan dalam rumah mengalami gangguan, mungkin dengan menghantar ‘tentera-tentera’ dari jauh, si tukang ubat boleh dapat menyelesaikan masalah ini… Tugas para ‘tentera’ ini, adalah untuk menyerang dan menghalau atau mungkin membunuh jin-jin jahat yang mengganggu kawasan rumah pesakit…..

Namun begitu, bagi pesakit yang sudah diserap oleh jin jahat, contohnya hantu raya.. Cara mengirimkan ‘tentera’ bukanlah suatu jalan penyelesaian….

Walaupun si pesakit diberikan petua dan cara untuk diamalkan bagi memusnahkan jin jahat yang telah menyerap ke badannya… Urusan untuk membunuh jin jahat ini tidaklah semudah yang disangka.. apatah lagi jika sudah bertahun-tahun jin jahat itu menyerap ke badan pesakit dan hidup bersama seperti satu tubuh dua nyawa…….

Memang tidak dinafikan bahawa jin jahat boleh dikalahkan dengan ayat-ayat ALLAHswt… Namun, penyatuan yang terlalu lama di antara pesakit dan jin jahat – termasuklah berkongsi makanan dan sebagainya yang mungkin tidak terfikirkan akal yang waras, membolehkan jin jahat menguasai hampir keseluruhan sistem tubuh pesakit…..

Dan, penguasaan ini mampu menyebabkan pesakit keliru di antara kebenaran dan penipuan… Jin jahat yang asalnya adalah iblis, akan menunjukkan kebenaran di ketika pesakit merasakan ragu-ragu… tetapi, akan menunjukkan kepalsuan apabila si pesakit sudah cukup yakin… Inilah di antara helah yang paling licik dilakukan oleh jin jahat kepada pesakit, iaitu yang lebih jelasnya adalah mangsanya…..

Oleh itu, jika hendak melakukan pengubatan jarak jauh… waima oleh tukang ubat atau ustaz yang paling ampuh pun, haruslah ada pertemuan zahiriah di antara pesakit dengan tukang ubat… Kerana, jika tukang ubat hanya menilai keadaan pesakit dari jarak yang tidak terdedah kepada pancaindera yang lima, hakikatnya adalah sangat sukar baginya untuk menilai situasi yang sebenar….

Memang mudah untuk tukang ubat mengarahkan pesakit untuk melakukan apa saja bagi menjalankan ritual pemulihan… Namun, harus diingat bahawa pesakit adalah berada di bawah kawalan jin jahat yang menyerap ke dalam tubuhnya……

Memang benar ALLAHswt itu lebih berkuasa, namun jangan sesekali kita lupa bahawa perkara yang lain boleh menguasi tubuh dan minda bawah paras sedar manusia.. sehingga manusia boleh tersasar jauh daripada kebenaran, walaupun dia masih boleh menjalani hidup seperti biasa……

Walaupun matanya mampu melihat apa yang mengganggu dan yang cuba menyelamatkannya… namun jin jahat yang telah menguasai hampir keseluruhan hidup dan fungsi tubuhnya itu, boleh menyebabkan kekeliruan dalam dirinya…..

Terkadang, ada sesetengah tukang ubat yang menggunakan ilmu ALLAHswt menganggap bahawa pesakit terlalu tunduk kepada jin jahat yang menyerap ke dalam badannya dan tidak mahu berusaha untuk melawan… Namun, satu yang mungkin tidak disedari oleh si tukang ubat, bahawa jika dia lengkap serba serbi, belum tentu orang lain pun begitu juga…..

Suatu pemaksaan untuk memulihkan diri atau menerima ritual penyembuhan jarak jauh, haruslah disertai dengan pemahaman bahawa adakalanya si pesakit sangat terdedah dengan hasutan dan kekeliruan yang ditimbulkan oleh jin jahat yang mendampinginya.. Inilah masalah yang paling serius……

Jika si pesakit berasakan bahawa keadaan terlalu bahaya baginya, besar kemungkinan pesakit akan berusaha melakukan yang terbaik untuk dirinya tanpa terlalu bergantung kepada tukang ubat yang hanya mendapat khabar dari jauh… Bukan kerana si pesakit sengaja hendak menggagalkan ritual penyembuhan, namun kerana tidak mahu dirinya terlalu keliru hingga kehilangan arah tuju……

Kerana, sekiranya berlaku sebarang masalah kepada dirinya, dia akan terpaksa menghadapinya seorang diri kerana si tukang ubat tidak melihat masalahnya dengan matakepala sendiri… Dan, sudah tentu tidak akan mampu bersama menghadapi situasi pada ketika pesakit menghadapi masalah dengan jin jahat yang telah menyerapi tubuhnya……

Dan, pada hakikat yang sebenar… adalah sangat perlu untuk memusnahkan jin jahat yang menguasai tubuh pesakit terlebih dahulu, sebelum semua gangguan luaran lainnya boleh dimusnahkan……

Dan, perkara ini tidak hanya boleh dilakukan dari jarak jauh atau dengan hanya menghantar ‘tentera-tentera’… Kerana, apabila serang-menyerang itu berlaku di antara jin jahat dan sekutunya dengan ‘tentera-tentera’ si tukang ubat, si pesakit akan ‘berdiri di tengah-tengah’… Jika si pesakit itu tarafnya sama dengan kehebatan si tukang ubat, mungkin dia mampu bertahan… Namun, jika sebaliknya….?

Ini juga sangat menyentuh kepada kebersamaan keadaan yang berlaku dalam ritual penyembuhan, yang biasa dilakukan terhadap pesakit yang diserap atau dirasuk jin jahat… iaitu dengan cara menyepit ibu jari mangsa dan bertanya tentang asal usul jin jahat……

Memang nampak seperti jin jahat terseksa, namun jangan sesekali terlupa bahawa raga jin jahat bersatu dengan tubuh pesakit… Lalu, jika si jin jahat mengalami kesakitan maka pesakit pun akan menderita juga… Namun, adakah jin jahat akan musnah dengan sebegitu mudah…? Anda fikir, anda jawab…..”

*Lalu… bertanyalah kepada diri : Mengapa ALLAHswt menjadikan dunia ini dengan 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi… Dan, di antara lapisan-lapisan itu ada tapisan-tapisan yang tersendirinya pula…. Sehingga menyebabkan berita yang dibawa daripada lapisan teratas langit dan lapisan terbawah bumi, tidak akan sama hasilnya apabila sampai kepada makhluk di tengah-tengah yang menanti… Wallahua’lamm……

image

Sebuah memoir………..
31082013 , 01:53