PETUA UNTUK MELEGAKAN ANGIN DALAM BADAN…

Pilihan 1: Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan dengan halba rebus setengah cawan. Kemudian, campurkan sedikit madu asli dan kacau sehingga sebati dan minum. Amalkan setiap hari.

Pilihan 2: Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.

Pilihan 3: Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar.

Pilihan 3: Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam. Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi.

Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:

• Kacang
• Sayuran seperti brokoli
• Kobis
• Taugeh
• Bawang
• Asparagus
• Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
• Bijirin seperti roti gandum
• Minuman ringan dan jus buah
• Susu dan produk daripada susu dan keju
• Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.

a. Banyakkan minum air kosong.
b. Kurangkan udara yang anda sedut.
c. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
d. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.

Kredit : Rahsia Hawa (FB)

DISEBALIK PERLAHANNYA LAUNGAN AZAN…

Apa yang diceritakan di sini adalah sekadar self-reflection (muhasabah diri sebagai Muslim):-

Bila ada petisyen minta azan diperlahankan di masjid-masjid kerana mengganggu penduduk setempat MP muslims di Singapura sangat marah. Maka, PM singapura masa tu Lee Kuan Yew telah membuat tinjauan di masjid-masjid di Singapura pada waktu solat fardhu untuk melihat sendiri bilangan jemaah yg hadir….

Ditanyanya apakah rasional dilaungkan azan? Maka MP Muslims menjawab “supaya kaum muslimin dtg bersolat di masjid”….

Jika azan sepatutnya mendapat respon 500 muslim di kawasan itu kenapa hanya 2 baris (2 saf – lebih kurang 30 org) yang hadir setiap kali solat fardhu. Dan keadaan ini sama sepanjang 2 bulan tinjauannya. Maka katanya lagi -permintaan siapakah yang wajar dipertimbangkan…? Majoriti penduduk yg merasakan azan bising dan mengganggu atau cuma 30 org yang menyahut seruan azan itu? MP muslims terkedu….

Kita marah hak kita dirampas, tapi apa tanggungjawab kita menjaga hak itu? Bila keputusan dibuat berdasarkan majoriti kita sebagai orang Islam berasa amat marah dan kononnya tersinggung….

Di mana kekuatan kita????

Kita marah orang hina agama kita tapi adakah kita memuliakannya????

Marilah sama-sama kita muhasabah diri buat kita di dunia ini bagi muslimin-muslimin sekalian. Di mana kesungguhan untuk solat berjemaah di masjid….

Berbaloikah kita terlampau mengejar kesenangan hidup di dunia yang sementara tanpa sedar maruah agama tergadai……

Jom kita jadi muslim terpilih yang Allah sebut dalam al-Quran sebagai kuntum khairun ummah…

Jom kita ubah diri sebelum membawa perubahan kepada yang lain…

Buat renungan kita……

JANGAN BERULANG SEJARAH INI PULA DI MALAYSIA NANTI……

Penuhilah masjid kerana Allah. Setiap langkah ke sana penuh dengan pahala…..

Kredit : Awg Ostan (FB)

image

KISAH SI BUTA ‘MEMBACA’ AL-QURAN…

Selamat beramal….
“Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah Ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan mampu menitis air mata.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al Qur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek Al Qur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta  Dia akan meraba-raba ayat-ayat Al Qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”

“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “

“Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”.

Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al Qur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al Qur’an kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh Al Qur’an Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan Al Qur’an di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang masa. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua.”

Kredit : Siakap Keli (FB)

image

SELEBRITI – DULU DAN SEKARANG….

Berikut merupakan senarai nama pekerjaan awal selebriti dan pemimpin  yang kini telah menempa nama di Malaysia.
01. Dato’ Yusoff Haslam – Konduktor Bas
02. Nabil (Raja Lawak 2) – Despatch
03. Amy Mastura – Pramugari
04. Ziana Zain – Pramugari
05. Anuar Zain – Pramugara
06. Shamsul Ghau2 – Polis
07. REM – Cikgu
08. Adibah Nor – Cikgu Bahasa Inggeris
09. Amelina – Operator
10. Nubhan (AF) – Kerani Bank
11. Fauziah Gous – Pramugari
12. Shawal (AF) – Despatch
13. Suhaimi (Inteam) – Guru agama
14. Salleh Yaakob – Askar
15. Aaron Aziz – Jurujual Kereta
16. Jimmy (trek selebriti) – Akauntan
17. Rahmat (Ekamatra) – Majlis Perbandaran Seremban (MPS)
18. M Nasir – penyanyi jalanan di central market.
19. Kumpulan medicine – pesawah
20. Nora danish – pelayan kedai
21. Ezlynn – pelayan cafe di tv3
22. Mahathir mohamad – doktor
23. Rafidah aziz – pensyarah
24. Tuan Guru Nik Abdul Aziz – Guru Agama
25. Dato Seri Anwar Ibrahim – Abim (kumpulan dakwah)
26. Samy vellu – arkitek
27. YB nizar – jurutera
28. Muhammad Taib – cikgu
29. Khir toyo – dentist
30. Abdullah badawi – pegawai kerajaan
31. Almy nadia – kerja kilang
32. Ina naim – kerja kilang
33. Mawi – Staff pasaraya
34. Azean irdawaty – pegawai bank
35. Remy Ishak – bellboy
36. Fahrin Ahmad – pegawai bank
37. Nazim Othman – pramugara
38. Tan Sri Syed Mokhtar – penjual daging
39. Rosmah – Suri rumah tangga
40. Johan – Pelayan kedai makan
41. Zizan – Pencuci Kereta
42. Sepah – Kerja Kilang
43. Man Raja Lawak – Posmen
44. Aflin Shauki – Arkitek

#no39 tuh :3 pn ade ..

image

Kredit : Far East (FB)

8 JENIS SYAFAAT DI PADANG MAHSYAR…

Soalan : Bolehkah ustaz jelaskan semasa semua manusia di timbang amal kebaikan (pahala) dan amal kejahatan (dosa), di Mizan nanti sekiranya amal kejahatan (dosa) manusia melebihi kebaikan (pahala) dan manusia akan dimasukkan ke dalam neraka, masih adakah syafaat yang boleh menyelamatkan manusia daripada dimasukkan ke dalam neraka?

Jawapan :

Masih terdapat beberapa syafaat (pertolongan) yang boelh menyelamatkan manusia daripada di masukkan ke dalam api neraka.

8 Jenis Syafaat Di Padang Mahsyar Kelak ialah :

1. Al-Quran.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Bacalah al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti al Quran akan datang sebagai pembawa syafaat kepada yang membacanya” (Hadis Riwayat Muslim)

2. Puasa.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

3. Malaikat.

Firman Allah SWT maksudnya : “Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredhai Allah.” (Surah Al-Anbiya ayat 28)

4. Nabi Muhammad SAW.

4.1. Syafa’at Nabi SAW diperuntukkan bagi kaumnya yg tidak mempersekutukan Allah SWT (Syirik)

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya syafa’atku diperuntukkan bagi umatku yang sama sekali tidak berbuat syirik kepada Allah SWT ” (Hadis Riwayat Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Orang yang paling berbahagia dengan (mendapatkan) syafaatku pada hari kiamat adalah orang yang mengucapkan (kalimat) Laa ilaaha illallahu (tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah) dengan ikhlas dari hati atau jiwanya.“ (Hadis Riwayat Bukhari).

4. 2. Syafaat Nabi SAW diperuntukkan bagi pelaku dosa besar di kalangan umatnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Syafa’atku adalah bagi pelaku-pelaku dosa besar (kabair) dari kalangan umatku.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

4. 3. Syafa’at Nabi SAW bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan (debat) dan dusta serta orang yang selalu memperbaiki akhlak.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Aku adalah sebagai penjamin yang memberi jaminan bagi seseorang yang memperoleh sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun berbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah di pertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.”(Hadis Riwayat Abu Daud).

4. 4. Syafaat Nabi SAW diperuntukkan bagi umatnya yang banyak berselawat kepadanya.Nabi SAW bersabda maksudnya : “Orang yang lebih berhak mendapat syafa’atku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Hadis Riwayat Ibn Mas’ud r.a)

Sabdanya lagi : “Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan dunia dan akhiratnya dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Hadis Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).

5. Para Syuhada.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Orang yang mati syahid itu dapat memberikan syafaat kepada 70 orang di kalangan keluarganya.” (Hadis Riwayat Abu Darda)

6. Ulama.

Dari Utsman bin Affan r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Di hari kiamat, yang memberi syafaat tiga golongan, iaitu para Nabi, kemudian ulama, kemudian syuhada” (Hadis Riwayat. Ibnu Majah)

7. Para Hafiz Al-Quran.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

8. Syafaat-syafaat kecil.

8.1. Solehin ialah orang yang soleh, iaitu orang yang taat pada Allah, Nabi Muhammad, agamanya, ibu bapanya, gurunya dan hormati jirannya dan masyarakat sekitar. Termasuk sahabat yang soleh boleh memberi syafaat kepada sahabatnya yang lain.

8.2. Shadiqin ialah orang yang jujur dan benar bagi setiap perkara dalam urusan hidupnya sama ada perniagaan, pemerintahan dan lain-lain lagi.

8.3. Anak yang meninggal dunia sebelum ditaklifkan hanya memberi syafaat kepada ibu bapanya.

Sumber dari:
https://ms-my.facebook.com/notes/abu-basyer/soal-jawab-agama-siri-86-syafaat-di-akhirat-ulama-jahat-anak-kecil-meninggal-dun/10152231898606040

image

TIGA KALI SETENGAH (3 X 1/2)

YB Dr Daroyah Alwi wrote:

Assalam..
Saya nak kongsi very good tips – bagi yg terbangun dari tidur utk buang air…… baca ya!

Penting untuk diambil perhatian!!!
Tiga kali (1/2)

Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Kenapa penting?
3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death)

Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.

Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal?

Penyebabnya adalah ketika bangun malam utk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat.
Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Knapa “3 x 1/2 minit” amat
penting?
Kerana pattern ECG .(Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil contohnya, pattern ECG itu boleh berubah.

Kerana dgn bangun secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan kekurangan darah.

Dinasihatkan untuk mengamalkan amalan “3 kali 1/2 minit” ini, iaitu:

1.  Bila terbangun drpd tidur jgn terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit;

2.  Duduk di katil utk tempoh
    1/2 minit;

3.  Turunkan kaki, duduk di tepi katil utk tempoh 1/2 minit.

Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan,  mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yg sering kita dengar.

Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini drp dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bangun tengah malam utk buang air kecil,  di bilik mandi tiba2 terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh, akibatnya dia skrg mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dri katil, punggunnya mengalami luka2 dikubitus..
Seandainya dia mengetahui
perkara ini, beliau tidak seharusnya menderita seperti kini.

Share utk org2 yg kita syg utk menghindari perkara2 seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.

Sharing is Caring. Kalau yg dah tahu anggap sebagai refresher.

LUAHAN BICARA HATI SEPI…..

Terkadang….
Saat ku ingin menjauh…
Bebayang mu datang mengejar…
Saat ku ingin melupakan…
Kilas wajah mu hadir mengusik rasa….

Namun…
Saat ku ingin menghurai rindu…
Terkesima ku terpukul dek rasa malu…
Dan, di saat itu ku sedari hakikat…
Aku tidak selayaknya hadir dalam hidup mu….

Biarlah aku berlalu…
Bersama memori berkabut rindu…
Agar terpadam kisah mesra antara kau dan aku…
Dan, semoganya akan terus ku sedari…
Bulan yang indah itu hanya bayangnya yang aku termampu………

#achikmalini
Duyong, Melaka…
09052015 : 2218

image