Archives

POINT PENTING BAJET 2013


Taknak komen banyak.. sebab nanti dikatakan tak tau bersyukur.. Tapi, sejak berhenti kerja makan gaji & bekerja sendiri, saya tak nampak apa lagi kelebihan Bajet untuk diri saya.. Kononnya ada peruntukan pinjaman tanpa faedah & sebagainya untuk peniaga kecil – contohnya Amanah Ikhtiar Malaysia, tapi bila saya cuba mohon, macam-macam pulak syaratnya termasuk la nak siasat tinggal kat rumah ada perabot ke tidak, bawak kereta mewah ke tidak (*tak tau pulak TIARA tu tergolong dalam jenis-jenis kereta MEWAH..) & sebagainya.. Sedangkan di kampung sebelah, ada peniaga yang miliki van & kereta, dapat pulak pinjaman RM2k tu..

Lagi satu, bila saya dah jadi ibu tunggal ni (*walaupun saya takde anak, tp orang tak nak panggil saya ibu tunggul, hehehe..) – saya tak nampak sejauh mana keutamaan bantuan diberikan kepada ibu tunggal.. Malah, ada ibu tunggal warga emas di kampung saya pun ditarik balik bantuannya selepas diluluskan, dengan alasan dia ada dapat pencen Arwah suaminya & anak-anaknya pun bekerja.. So, apa lebihnya diadakan Bajet tu..??

Ndak lagi dalam Bajet 2013, harga gula dinaikkan tapi bakal pembeli handphone pulak dapat rebat.. Kenapa diberikan kemudahan untuk beli handphone 3G untuk pelajar.. sedangkan besar kemungkinan akan menambahkan jumlah video lucah 3gp rakaman sendiri atau memudahkan remaja mengakses laman web lucah..?? MAAF la kalau saya salah cakap.. tapi kalau kat kafe siber pun kita boleh jumpa remaja melayari laman web tak senonoh, apatah lagi kalau masing-masing dah ada handphone 3G sendiri..??

FIKIR-FIKIRKANLAH……..

Advertisements

Kan aku dah cakap….

Akhir-akhir ini, kita sering melihat kekacauan berlaku di negara kita. Di sana sini ada saja berlaku tunjuk perasaan atau demonstrasi. Perhimpunan haram atau halal, bagaikan sudah menjadi sesuatu yang wajib kepada sesiapa pun. Yang terbaru, Perhimpunan 901 yang MAAF saya katakan – salah satu di antara perhimpunan bodoh yang tidak memberikan kejayaan dalam ertikata yang sebenar.

Kalau anda nak marah saya sebab menulis begitu, marahlah.. saya terima. Dah biasa sangat kena kutuk dengan pentaksub politik yang paranoid, baik daripada parti pembangkang ataupun parti kerajaan. Tapi, jauh di sudut hati, saya tahu ada di antara anda yang zahirnya menyokong perhimpunan itu, turut bersetuju dengan saya. Ini adalah kerana tujuan sebenar perhimpunan itu diadakan, patut diragui. Dengan motto “Bebaskan Anwar”, perhimpunan itupun dilakukan atas izin PDRM. Maaf saya tanya ya, nak bebaskan Anwar daripada apa..? Dia cuma dituduh, BUKAN sudah dijatuhkan hukuman. Jadi, nak bebaskan dia daripada apa..? Penjara tuduhan..?

Sebab, dikatakan bahawa perhimpunan ini akan digerakkan selepas mendengar keputusan hakim, jadi untuk apa diadakan SEBELUM keputusan dibacakan..? Jangan kata saya tak  tahu apa-apa tau.. kerana laporan berita telah membuktikan bahawa perhimpunan telah diadakan sejak awal pagi, ketika OKT dan semua kakitangan mahkamah yang terlibat, termasuk pihak peguam dan ‘mangsa’ serta para pemerhati – bergerak masuk ke perkarangan seterusnya bilik mahkamah. Kemudian, letupan 3 buah bom buatan sendiri, telah membuktikan ada ‘balachi’ bodoh yang dengan sengaja melanggar perjanjian bertulis yang telah dipersetujui bersama oleh Wakil Perhimpunan dengan PDRM.

Nak kata pemberita bodoh kerana menyiarkan berita palsu, ia adalah BERITA BERGAMBAR yang dirakam secara LIVE pada masa kejadian. Walaupun saya percaya bahawa banyak lagi gambar-gambar dan rakaman yang tidak disiarkan untuk tontonan umum, tetapi apa yang saya dah lihat itu sudah cukup menggambarkan betapa fanatik-fanatik yang bertindak melulu ini telah membuktikan bahawa mereka dengan sengaja melakukan perbuatan yang sia-sia.

Kenapa saya katakan sia-sia..? Kerana setelah penat berkumpul dan mungkin juga ada yang mengambil cuti atau ponteng kerja, semata-mata hendak menyertai perhimpunan ini.. Akhirnya keputusan mahkamah memihak kepada OKT dan beliau dibebas dan dilepaskan tanpa sebarang hukuman atau teguran daripada hakim pun. Jadi, untuk apa menyertai perhimpunan kalau setakat hendak melarikan diri daripada bebanan kerja atau membuang masa melepak depan mahkamah, di bawah sinaran matahari..?

Orang yang diperjuangkan, sedang elok saja duduk dalam  air-cond mahkamah dan kemudian dibawa keluar dengan kenderaan berhawa dingin juga. Sedangkan kita ni kena menapak mencari kenderaan yang diletak di tempat yang pastinya agak jauh daripada tempat  perhimpunan. Owh, MAAF la kalau masa tu hujan, tapi masih jugak nampak tidak berapa nak bijak sebab kena meredah hujan selepas penat membuang masa menyertai perhimpunan. Bagi yang bekerja makan gaji, mungkin pada hari itu, ambil cuti bergaji atau tidak bergaji.. Lepas perhimpunan dibatalkan, boleh balik ke rumah atau bersiar-siar dengan rakan taulan. Tapi, bagi anda yang cari makan sendiri dengan kerja sendiri – contohnya memandu teksi – kalaulah dalam waktu beberapa jam itu anda bergerak mencari rezeki, tidak berkemungkinankah anda boleh mendapat sedikit wang untuk bayaran sewa teksi pada hari itu..?

Well.. apa yang saya nak tulis mengikut kepada tajuk posting kali ini, bukanlah hanya tertumpu kepada Perhimpunan 901 saja. Sebab ia cuma secebis retorik politik yang akan dilupakan dalam sedikit waktu lagi, kerana ternyata ia salah satu lagi perbuatan sia-sia di antara yang banyak telah dilakukan tetapi tidak membawa keputusan yang baik. Saya juga tahu, bukan hanya penyokong parti pembangkang saja yang melakukan perhimpuan sia-sia seperti ini.

Macam yang saya tulis di awal tadi, sejak akhir-akhir ini, semakin lama semakin banyak perhimpuanan dilakukan dengan tujuan untuk ‘menunjuk perasaan’. Sedangkan sebelum ini, semua itu agak begitu asing di kalangan kita, walaupun ada dilakukan di sana sini dalam jumlah yang kecil. Tetapi sekarang, pantang ada saja hal yang tidak disenangi, perhimpunan akan diadakan sambil peserta perhimpunan mengangkat sepanduk yang ditulis dengan macam-macam ayat termasuklah ayat maki hamun yang tidak sesuai dibaca oleh golongan di bawah umur.

Sedar atau tidak, ia berlaku sejak hampir sepuluh tahun lalu. Ketika bila ya…?? Ketika Pak Lah menjadi Perdana menteri lagi… betul tak..? Pada ketika beliau menjadi Orang Pertama Negara (*Isteri Pemimpin Nombor Satu Negara kan dipanggil sebagai Wanita Pertama…???) – Pak Lah telah dengan sengaja mengabaikan pesanan mantan Perdana Menteri sebelumnya iaitu Tun Mahathir. Apa yang Che Det pesan..? Kata beliau : “Anwar Ibrahim tidak boleh dibebaskan kerana dia akan membawa bencana kepada negara..” – begitulah sedikit sebanyak makna di dalam pesanan Che Det.. Para rakan wartawan pasti masih ingat pesanan ini..

Penyokong DSAI boleh mula maki hamun saya sekarang, terpulang… kubur masing-masing kan.., masing-masing jaga la ya…?? Tapi, saya tetap setuju dengan nasihat Che Det itu. Sebab buktinya telah kita lihat sekarang.. Betapa para pentaksub DSAI telah banyak melakukan kacau  ganggu kepada negara.. orang Melayu saling bermusuh sesama sendiri.. Kalau dulu sejak parti orang Melayu terbelah dua dan kemudiannya tiga, lepas itu tinggal dua semula dan akhirnya dipecahkan lagi kepada tiga… memang orang Melayu sudah asyik bermusuhan, bila ditambah dengan kehadiran DSAI yang dibebaskan daripada kekangan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).. maka segala kekacauan semakin teruk dan bagai hampir tidak mampu dikawal lagi.

Lumrah kita sebagai manusia ya, mudah sangat terikut-ikut perbuatan orang walaupun kita tahu ia tidak membawa sebarang manfaat.. Tapi bila ia mulai menjadi satu wabak, maka sedikit sebanyak kita terjangkit juga. Cuma, kebanyakan daripada kita tidak menganggap apa yang kita buat itu salah.. Jauh sekali hendak menyatakan bahawa ia adalah sesuatu yang sia-sia.

Kawan-kawan pembaca yang dihormati.. negara kita ini ada undang-undang. Memang ada yang menuduh undang-undang negara dimonitor oleh kerajaan, ya memang betul.. Tapi mahkamah telah menunjukkan ketelusannya dalam beberapa kes yang melibatkan pemimpin kerajaan serta pemimpin pembangkang. Buktinya, Khir Toyo didapati bersalah kerana menipu dalam laporan hartanya dan Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan meliwat walaupun ramai yang menganggap dia sebenarnya bersalah berpandukan kepada sejarah kes liwatnya dulu.

Jadi, atas alasan apa lagi kita hendak katakan bahawa undang-undang di Malaysia ini tidak telus dan berat sebelah..? Kita kata polis tidak telus, kita tuduh polis jahat…, tapi bila rumah kita dipecahmasuk penyamun, kenapa kita pergi repot polis juga..? Kenapa kita tidak pergi pada orang yang kita sanjung dan anggap dialah yang terbaik di kalangan yang baik – tidak kiralah DSAI ke, TGNA ke atau DSNR pun, untuk melaporkan kejadian itu dan meminta bantuannya untuk menangkap penyamun..?

Jadi, atas beberapa sebab dan contoh yang saya tulis, sukalah saya hendak menyeru agar kita semua dapat berfikir dengan lebih bijak dalam kebanyakan hal yang melibatkan keamanan negara dan kemashalatan sesama bangsa. Anda boleh tuduh saya sebagai pencacai parti, walaupun saya tidak sebenarnya faham apa maksud pencacai itu- kalau roti canai saya tahu la… Tapi, hakikatnya saya sedih melihat perubahan di kalangan bangsa saya sejak kebelakangan ini.. Sikap kita sebagai bangsa Melayu yang  selama ini dikenali sebagai bangsa yang saling menghormati, taat kepada pemerintah, bersikap anti-perkauman, bersopan-santun dan entah apa lagi anggapan baik yang diberikan – telah hampir lenyap sama sekali. Silap-silap bangsa lain yang kita anggap penjajah sedikit waktu dulu itu bersikap lebih baik daripada kita… Tak malukah kita memikirkannya…????

Saya tidaklah menyalahkan DSAI dalam setiap apa yang berlaku di kalangan bangsa Melayu sekarang ini.. sebab beliau cumalah seorang daripada punca segalanya. Namun, dengan pembebasan DSAI sebagai salah satu langkah permulaan kepada penghapusan Akta ISA yang telah pun dilaksanakan sekarang, telah pun memulakan segala kacauganggu yang tersebut. Kalaulah DSAI tidak dibebaskan dan Akta ISA tidak dihapuskan, saya yakin segala kacauganggu ini tidaklah sehebat seperti sekarang. Kalau ada pun, mungkin masih berada di bawah kawalan dan tidaklah sehingga melarat ke lingkungan para pelajar yang sepatutnya lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran, bukannya melawan kerajaan.

Dan, bilamana Che Det bersuara tentang hal ini.. ada pula pihak yang menggelarnya sebagai nyanyuk dan tanya : “Bila lagi nak mampus..??”..!! Alahai manusia yang lupa diri.. kenapa sampai begitu sekali berlagak macam kamulah yang terbaik..? Kalau baik dan hebat sangat, kenapa tak diri sendiri yang jadi Perdana Menteri..??? Selama ini, kamu bersekolah tak..? Sekolah jenis apa ya..? Sekolah Rendah Kebangsaan kan..?? Kemudian, lulus UPSR (*kalau masa saya dulu, lulus Penilaian Darjah 5) – masuk pula sekolah menengah.. Sekolah Menengah Swasta kah…?? Mungkin anak orang kaya.. tapi kalau lihat daripada gaya, orang setaraf saya juga – sederhana… Maknanya, kamu sudah pasti bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan – milik siap…??? Kerajaan kan..? Masa kamu sekolah dulu, siapa yang berikan segala kemudahan kamu nak belajar tu..? Memanglah ibubapa kamu keluarkan duit, tapi banyak tak subsidi yang kamu dapat..?? Jalanraya yang kamu lalu setiap hari itu, siapa yang bina kalau bukan kerajaan..?? Dan, sejak kepimpinan siapakah jalanraya bertar yang cantik dan selamat dapat kamu gunakan kalau bukan oleh mantan Perdana Menteri yang kamu kutuk itu..??

Hai… MALUnya saya mengaku kamu sebangsa dengan saya.. Saya orang Melayu tau.. tapi ada darah Jawa.. Jadi, pada kebanyakan masa, saya lebih bangga mengaku sebagai Orang Jawa walaupun kebanyakan orang Melayu bila dengar Jawa saja cepat nak kaitkan sebagai orang Indon… pendatang asinglah kononnya kami ni.. Tak apa la, saya tak kisah pun.. sebab kalau saya mengaku Melayu pun, bukan semua orang Melayu tu baikkk sangat.. Dan, kalau pun ada orang Indon itu bersikap tak semenggah, saya sekali lagi berasa malu bila ada buruh Indon ini yang bercakap : “Kalau kami tak datang kerja kat sini, siapa nak buat kerja-kerja kotor bina bangunan pencakar langit yang orang Malaysia banggakan sekarang..?” – tak malukah kamu dengar kata-kata mereka yang benar itu..?? Kamu kalau tak setuju dengan saya, terpulang.. tapi itulah hakikat. Dan, di atas hakikat itulah saya tidak malu mengaku bahawa saya berketurunan Jawa walaupun semaangat Melayu sangat tebal di dalam diri saya…

Berbalik kepada topik utama perbincangan saya dalam posting ini, segala kacauganggu yang telah dan sedang berlaku adalah berpunca daripada sikap tunjuk pandai Pak Lah melepaskan DSAI daripada kekangan undang-undang… Faham-faham sajalah bila harimau terlepas sangkar, sudah pastilah dia mengamuk sakan walaupun pada hakikatnya dia mengamuk itu semata-mata kerana takut pada manusia dan tidak sanggup dikurung lagi. Seboleh-bolehnya dia cuba mencari apa juga ‘pendinding’ yang dapat menyelamatkan dirinya daripada segala apa yang mampu memusnahkannya. Dan, bilamana ada pula pihak yang sanggup melindungi serta menjaganya, semakin galaklah dia mempamerkan keangkuhan kerana tahu dia akan terus selamat selagi cengkaman kukunya masih mampu melukakan sesiapa saja.

Paling menyedihkan, bilamana pihak yang melepaskan harimau ini tadi telah lepas tangan lalu lari menyelamatkan nyawa sendiri, maka tinggallah pihak yang menyambut tugasnya yang tak selesai itu dengan hati rusuh kerana terpaksa mencari jalan untuk mengurung harimau itu semula.. Namun, apakah semudah itu kita mampu menangkap harimau yang sedang mengganas di belakang perisai bernyawa yang sanggup hilang nyawa semata-mata untuk memperjuangkan sesuatu yang mugkin sia-sia..?? Nak kurung semula kucing yang terlepas dari sangkar pun sudah susah melakukannya, ini pula nak memerangkap harimau yang sudah tidak hairan kepada umpan daging mahupun makanan segera..

Orang yang tunjuk pandai sudah sembunyi bawah kolong, yang tinggal di atas ini sajalah yang terpaksa menempuh segalanya sampai pening kepala walaupun tak dipamerkan secara jelas kepada umum.. Tapi, bak kata Che Det : “Senang jadi Perdana Menteri ni… dia cuma duduk sign aje, orang lain yang buat kerja..” – kata-kata itu memang nampak macam gurauan, tapi sebenarnya itulah hakikat yang orang tidak tahu.. Apabila menurunkan tandatangan ke atas sesuatu, bermakna dia bersedia menanggung apa saja risiko akibat daripada setiap apa yang dilakukan walaupun bukan oleh dia sendiri… Jadi, apabila Pak Najib telah menandangani persetujuan untuk menjadi Perdana Menteri, beliau terpaksalah menghadapi setiap masalah dan meyapu bersih tahi yang ditinggalkan oleh pemimpin sebelumnya..

Cuma yang jadi masalah, macamana cara yang terpaling baik..?? Mungkin timbul pula sokongan ke atas pendapat yang mengatakan bahawa kes liwat DSAI adalah salah satu konspirasi menjatuhkan beliau dan usaha untuk memenjarakan DSAI kembali. Dan, di saat inilah saya di antara orang pertama yang akan menyokong sekiranya Che Det berkata : “Kan aku dah cakap…???”