Archives

BICARA TENTANG PERUBATAN JARAK JAUH……

Hanya sebagai satu renungan.. baca dengan minda dan hati terbuka……..

p/s : Ini adalah artikel tentang paranormal… Jika anda tidak mempercayai paranormal, diharap JANGAN dibaca…….

********************************************

“Ada sesetengah daripada kita yang mengalami masalah gangguan makhluk halus, cuba berubat dengan cara jarak jauh… Kadangkala, si tukang ubat berusaha membantu sebaik mungkin, dengan menghantar seberapa banyak bantuan yang termampu.. Ini adalah satu cara yang dilakukan apabila pesakit dan tukang ubat menghadapi kesukaran untuk berjumpa…..

Namun begitu, bagi kes gangguan biasa.. Contohnya kawasan luar dan dalam rumah mengalami gangguan, mungkin dengan menghantar ‘tentera-tentera’ dari jauh, si tukang ubat boleh dapat menyelesaikan masalah ini… Tugas para ‘tentera’ ini, adalah untuk menyerang dan menghalau atau mungkin membunuh jin-jin jahat yang mengganggu kawasan rumah pesakit…..

Namun begitu, bagi pesakit yang sudah diserap oleh jin jahat, contohnya hantu raya.. Cara mengirimkan ‘tentera’ bukanlah suatu jalan penyelesaian….

Walaupun si pesakit diberikan petua dan cara untuk diamalkan bagi memusnahkan jin jahat yang telah menyerap ke badannya… Urusan untuk membunuh jin jahat ini tidaklah semudah yang disangka.. apatah lagi jika sudah bertahun-tahun jin jahat itu menyerap ke badan pesakit dan hidup bersama seperti satu tubuh dua nyawa…….

Memang tidak dinafikan bahawa jin jahat boleh dikalahkan dengan ayat-ayat ALLAHswt… Namun, penyatuan yang terlalu lama di antara pesakit dan jin jahat – termasuklah berkongsi makanan dan sebagainya yang mungkin tidak terfikirkan akal yang waras, membolehkan jin jahat menguasai hampir keseluruhan sistem tubuh pesakit…..

Dan, penguasaan ini mampu menyebabkan pesakit keliru di antara kebenaran dan penipuan… Jin jahat yang asalnya adalah iblis, akan menunjukkan kebenaran di ketika pesakit merasakan ragu-ragu… tetapi, akan menunjukkan kepalsuan apabila si pesakit sudah cukup yakin… Inilah di antara helah yang paling licik dilakukan oleh jin jahat kepada pesakit, iaitu yang lebih jelasnya adalah mangsanya…..

Oleh itu, jika hendak melakukan pengubatan jarak jauh… waima oleh tukang ubat atau ustaz yang paling ampuh pun, haruslah ada pertemuan zahiriah di antara pesakit dengan tukang ubat… Kerana, jika tukang ubat hanya menilai keadaan pesakit dari jarak yang tidak terdedah kepada pancaindera yang lima, hakikatnya adalah sangat sukar baginya untuk menilai situasi yang sebenar….

Memang mudah untuk tukang ubat mengarahkan pesakit untuk melakukan apa saja bagi menjalankan ritual pemulihan… Namun, harus diingat bahawa pesakit adalah berada di bawah kawalan jin jahat yang menyerap ke dalam tubuhnya……

Memang benar ALLAHswt itu lebih berkuasa, namun jangan sesekali kita lupa bahawa perkara yang lain boleh menguasi tubuh dan minda bawah paras sedar manusia.. sehingga manusia boleh tersasar jauh daripada kebenaran, walaupun dia masih boleh menjalani hidup seperti biasa……

Walaupun matanya mampu melihat apa yang mengganggu dan yang cuba menyelamatkannya… namun jin jahat yang telah menguasai hampir keseluruhan hidup dan fungsi tubuhnya itu, boleh menyebabkan kekeliruan dalam dirinya…..

Terkadang, ada sesetengah tukang ubat yang menggunakan ilmu ALLAHswt menganggap bahawa pesakit terlalu tunduk kepada jin jahat yang menyerap ke dalam badannya dan tidak mahu berusaha untuk melawan… Namun, satu yang mungkin tidak disedari oleh si tukang ubat, bahawa jika dia lengkap serba serbi, belum tentu orang lain pun begitu juga…..

Suatu pemaksaan untuk memulihkan diri atau menerima ritual penyembuhan jarak jauh, haruslah disertai dengan pemahaman bahawa adakalanya si pesakit sangat terdedah dengan hasutan dan kekeliruan yang ditimbulkan oleh jin jahat yang mendampinginya.. Inilah masalah yang paling serius……

Jika si pesakit berasakan bahawa keadaan terlalu bahaya baginya, besar kemungkinan pesakit akan berusaha melakukan yang terbaik untuk dirinya tanpa terlalu bergantung kepada tukang ubat yang hanya mendapat khabar dari jauh… Bukan kerana si pesakit sengaja hendak menggagalkan ritual penyembuhan, namun kerana tidak mahu dirinya terlalu keliru hingga kehilangan arah tuju……

Kerana, sekiranya berlaku sebarang masalah kepada dirinya, dia akan terpaksa menghadapinya seorang diri kerana si tukang ubat tidak melihat masalahnya dengan matakepala sendiri… Dan, sudah tentu tidak akan mampu bersama menghadapi situasi pada ketika pesakit menghadapi masalah dengan jin jahat yang telah menyerapi tubuhnya……

Dan, pada hakikat yang sebenar… adalah sangat perlu untuk memusnahkan jin jahat yang menguasai tubuh pesakit terlebih dahulu, sebelum semua gangguan luaran lainnya boleh dimusnahkan……

Dan, perkara ini tidak hanya boleh dilakukan dari jarak jauh atau dengan hanya menghantar ‘tentera-tentera’… Kerana, apabila serang-menyerang itu berlaku di antara jin jahat dan sekutunya dengan ‘tentera-tentera’ si tukang ubat, si pesakit akan ‘berdiri di tengah-tengah’… Jika si pesakit itu tarafnya sama dengan kehebatan si tukang ubat, mungkin dia mampu bertahan… Namun, jika sebaliknya….?

Ini juga sangat menyentuh kepada kebersamaan keadaan yang berlaku dalam ritual penyembuhan, yang biasa dilakukan terhadap pesakit yang diserap atau dirasuk jin jahat… iaitu dengan cara menyepit ibu jari mangsa dan bertanya tentang asal usul jin jahat……

Memang nampak seperti jin jahat terseksa, namun jangan sesekali terlupa bahawa raga jin jahat bersatu dengan tubuh pesakit… Lalu, jika si jin jahat mengalami kesakitan maka pesakit pun akan menderita juga… Namun, adakah jin jahat akan musnah dengan sebegitu mudah…? Anda fikir, anda jawab…..”

*Lalu… bertanyalah kepada diri : Mengapa ALLAHswt menjadikan dunia ini dengan 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi… Dan, di antara lapisan-lapisan itu ada tapisan-tapisan yang tersendirinya pula…. Sehingga menyebabkan berita yang dibawa daripada lapisan teratas langit dan lapisan terbawah bumi, tidak akan sama hasilnya apabila sampai kepada makhluk di tengah-tengah yang menanti… Wallahua’lamm……

image

Sebuah memoir………..
31082013 , 01:53

Advertisements

BENARKAH KITA SUDAH BERJAYA MEMILIKI ‘ALLAH’…?

Sebilangan daripada kita sanggup melakukan apa sahaja, untuk memastikan kalimah ALLAH tetap menjadi ‘hak mutlak’ umat Islam di Malaysia.. Segala bentuk percubaan penganut Kristian untuk menggunakan kalimah ALLAH, akan mendapat tentangan hebat di sana sini..

Membuat laporan polis sebanyak yang mampu, dengan harapan ada tindakan akan diambil terhadap pihak bukan Islam yang menggunakan kalimah ALLAH – macam pihak Polis tak ada kes lain yang lebih besar untuk diberi perhatian.. Adalah salah satu hobi orang kita…

Mengebom gereja, tapi buat kerja macam orang baling batu, sembunyi tangan.. adalah satu lagi tindakan separa dungu yang dilakukan entah untuk apa…

Dan, pihak berkuasa pula mengambil tindakan merampas semua Bible versi Bahasa Melayu, yang dicetak oleh orang Kristian.. Ini dianggap sebagai langkah yang paling pro-aktif dan hampir berjaya untuk memastikan kalimah ALLAH tetap menjadi ‘hak ekslusif’ orang Islam di Malaysia…

Errrr… orang Islam ke, orang Melayu ek…..?

Setahu saya – yang jahil tentang pengetahuan ilmu Islam ni, tak pernah ada Surah Al-QURAN atau Hadith yang disabdakan oleh RASULULLAHsaw, yang menyatakan bahawa kalimah ALLAH itu adalah hak mutlak umat Islam.. Tapi, kalau ada dan saya tidak tahu tentangnya – jutaan MAAF saya pohon di atas kejahilan saya….

Tapi, macamana pula dengan orang bukan Islam yang TERPAKSA juga menentang ‘undang-undang’ yang kita ciptakan.. apabila dengan sengaja ‘mencuri dan mencemar’ kalimah ALLAH yang menjadi ‘hak mutlak’ orang Islam di Malaysia, apabila menyebut ALLAHyarham atau ALLAHyarhamah…..?

Pelik…? Tak percaya…? OK… macamana pulak seorang pembaca berita bukan Islam yang perlu menyampaikan berita kematian seorang VVIP, VIP atau artis dan sebagainya..? Sanggupkah kita mendengar nama Allahyarham Dato’ Sudirman – contohnya, disebut sebagai MENDIANG Dato’ Sudirman.. semata-mata kerana pembaca berita bukan Islam tidak berhak ke atas kalimah ALLAH….?

Itu tak kisahlah… tapi, yang sedihnya, di alam nyata kita sebok menentang penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian.. Kita sebok buat tunjuk perasaan dan demonstrasi.. Kita berlumba-lumba buat laporan polis, menambah beban dalam pengkalan data PDRM.. Kita buat pakatan sulit untuk mengebom gereja, tapi kita takut orang tahu padahal ALLAH nampak semuanya.. Semua Bible dalam bahasa Melayu, dirampas dan dimusnahkan…..

Kemudian, kita anggap semua tindakan itu sudah hampir kepada kejayaan kita untuk ‘memiliki’ ALLAH sepenuhnya.. Namun, kita lupa bahawa dunia semakin maju dan golongan celik IT sudah ramai di negara kita.. Yang mana memungkinkan bahawa Bible Bahasa Melayu versi cetakan, sudah tidak begitu relevan.. apabila Bible Bahasa Melayu versi digital mudah didapati dengan hanya satu klik….

Walaupun Bible versi digital ini didatangkan dalam versi Bahasa Indonesia.. namun kita sedia maklum bahawa Bahasa Indonesia difahami oleh hampir semua rakyat di Malaysia – TERIMA KASIH kepada sebegitu ramainya pekerja asing warga Indonesia, terutama Bibik-Bibik yang telah mendidik generasi baru di Malaysia untuk memahami Bahasa Indonesia dengan jayanya.. Dan, tidak lupa juga dengan sekian banyaknya sinetron yang sering menjadikan surirumah terpaku di depan TV – uiks, saya tak tonton sinetron ya…. (^^,)

Jika anda menganggap saya hanya mereka cerita tentang Bible versi digital, yang masih mudah dan bebas diperolehi oleh generasi baru umat Islam era IT.. cuba anda lihat bukti bergambar ini, yang saya perolehi daripada seorang rakan.. Berhati-hati dengan tindakan kita yang pro-aktif dan juga mungkin sesekali agresif, dalam ‘memperjuangkan’ hak pemilikan ALLAH untuk kita sahaja.. siapa tahu kot-kot dalam diam-diam, anak cucu kita sedang mendalami Bible.. sedangkan kita sendiri adakalanya jarang membuka al-QURAN bersama-sama dengan mereka……

Al-kitab 3

SYAHER TAK SYEHAT….. :(

Alahaaaai.. dah reda nosebleed… datang pulak mouth ulcer… katanya KURANG MINUM AIR… Laaaaa, hari tu kata BANYAK SANGAT MINUM AIR… Dah kita kurangkan, kita pulak yang ‘pengsan’… Apa-apa pun, cakap Doktor Fauzi jugak betul : “You the one who knows about your body… No one will understand it, better than you… Do what suits you and the best you know good for your own health, don’t listen to others…..

cover wan

Remembering his other advice : “Badan you ni, kalau demam, dalam masa 24 jam boleh naik 100’C… So, kalau rasa badan dah mula hangat, cepat-cepat ‘kemam’ ais… It will help to reduce the heat……

So, sekarang ni, nak tak nak, kena jugak buat ais to prevent the nosebleed… dan ikut Tip No. 6 in the Home Remedy to help reducing the mouth ulcer…. Kalau ada sesiapa nak bising saya kuat minum ais, boleh TOLONG ambil kedua-dua yang sedang saya ‘pegang’ sekarang ini…. THANK YOU in advance……. (^^,)

mouth ulcer 1

Owhhhh… salah satu yang boleh saya persetujui di dalam tip-tip yang diberikan di sini, adalah : JANGAN GUNAKAN UBAT GIGI….. Yes, that makes some senses……….

mouth ulcer 2

CaramelIceBlended[1].sm

Well… telling the TRUTH… i’m addicted to ICE BLENDED… and, my latest BEST RECIPE for my ice-blended is : TIRAMISU + CHOCOLATE CHIPS + OREO…. Oreo tu yang WAJIB, hehehehehe…. ONLY at GIANT BUKIT BARU, MELAKA seyhhhhh……….

TAPI.. gambar kat sebelah ni HIASAN aje… belum cuba lagi Caramel Ice Blended, as i’m more into coffee……..

METROSEKSUAL BUKAN GAY

Dulu, saya hairan apabila melihat seorang rakan lelaki meminjam busa pencuci muka seorang rakan wanita untuk mencuci mukanya. Ketika itu, saya fikir untuk apalah seorang lelaki mencuci muka macam orang perempuan. Anak jantan mestilah bersikap macam jantan, kan? Bab-bab cuci muka ni, kerja orang perempuan. Kalau orang lelaki buat, dah macam pondan la pulak.. Alaahai…

Tapi, apabila saya meningkat dewasa (*skang ni dah tua la, hehehe..) – tumpuan saya agak menjurus kepada keperluan setiap orang untuk menjaga kebersihan diri. Oleh itu, tak kira wanita mahupun lelaki, harus menitikberatkan penjagaan diri – termasuklah mencuci muka dan menjaga cara pemakaian.

Kata orang : “Kalau kita nak tengok taraf kesihatan seseorang, kita tengok pada keadaan kulitnya. Kalau kulitnya licin, bersih dan bebas jerawat atau jeragat, itu bermakna dia memiliki tahap kesihatan yang baik“. Oleh sebab selalunya fokus utama kita adalah kepada wajah seseorang, maka adalah sangat penting untuk menjaga kebersihan kulit muka.

Kemudian, kekemasan penampilan seseorang juga harus lebih baik dan menarik. Ini melibatkan cara berpakaian dan sikap peribadi kita apabila berada di dalam kelompok ramai. Kalau kita kelihatan selekeh, berapa ramai orang yang sudi nak menghampiri..??

Tapi malangnya, ramai orang yang mengaitkan seorang lelaki yang suka menjaga penampilan dirinya, adalah seorang GAY. Kecenderungan golongan Metroseksual menjaga penampilan diri seperti kaum wanita, dikatakan bertujuan untuk ‘menjual diri’ di kalangan kaum sejenis, kerana kononnya kebanyakan wanita lebih sukakan lelaki yang bersikap seperti jantan – kelihatan kasar & mampu melindungi. Yang comel-comel, bersih-bersih ni PONDAN – kononnya kata mereka…

Memang tidak dinafikan bahwa ramai di antara lelaki Metroseksual ni, berlagak lembut dan sopan santun. Namun begitu, tak semua lelaki lembut itu PONDAN dan menyukai kaum sejenis mereka. Kebanyakan daripada lelaki GAY berperawakan persis lelaki sejati, sehingga mampu mencairkan iman kebanyakan wanita. Ramai wanita yang menganggap lelaki seperti ini adalah LELAKI SEJATI, sedangkan mereka tidak ada keinginan langsung untuk ‘menjaga’ wanita..

Namun begitu, tidak juga setiap lelaki Metroseksual itu adalah seorang GAY. Kerana hakikatnya, mereka ini suka dipandang lebih menarik dan mudah didekati oleh teman wanita mereka. Kebersihan diri dan kemantapan personaliti adalah salah satu daya tarikan yang paling penting bagi seseorang lelaki di zaman sekarang. Zaman lelaki selekeh untuk nampak jantan di kalangan wanita, sudah lama berlalu. Lelaki selekeh punyai peluang yang sangat kecil untuk mendapat perhatian daripada wanita – itulah hakikatnya sekarang ini.

Kalau anda, golongan wanita, mengharapkan untuk mendapat perhatian daripada lelaki Metroseksual, anda perlulah bersedia menerima cara mereka yang mengutamakan kebersihan dan penampilan diri. Kalau anda kurang menjaga kedua-duanya, lebih baiklah anda mula dari sekarang. Dan, jangan cepat membuat andaian bahwa golongan ini GAY kerana anda sendiri pasti tidak mahu dianggap lesbian hanya kerana semata-mata anda sukakan wanita yang cantik dan pandai bersolek, kan…???

ONE FOR THE NAVY

Navy, Then and Now

Then – If you smoked, you had an ashtray on your desk.
Now – If you smoke, you get sent outside and treated like a leper, if you’re lucky.

Then – Mail took weeks to come to the ship.
Now – Every time you get near land, there’s a mob topside to see if their cell phones work.

Then – If you left the ship it was in Blues or Whites, even in home port.
Now – The only time you wear Blues or Whites is for ceremonies.

Then – You wore bell bottoms everywhere on the ship.
Now – bell bottoms are gone and 14 year-old girls wear them everywhere.

Then – You wore a Dixie cup all day, with every uniform.
Now – It’s not required and you have a choice of different hats.

Then – If you said “damn”, people knew you were annoyed and avoided you.
Now – If you say “damn” you’d better be talking about a hydro electric plant.

Then – The Ships Office yeoman had a typewriter on his desk for doing daily reports.
Now – Everyone has a computer with Internet access and they wonder why no work is getting done.

Then – We painted pictures of pretty girls on airplanes to remind us of home.
Now – We put the real thing in the cockpit.

Then – Your girlfriend was at home, praying you would return alive.
Now – She is on the same ship, praying your condom worked.

Then – If you got drunk off duty, your buddies would take you back to the ship so you could sleep it off.
Now – If you get drunk off duty, they slap you in rehab and ruin your career.

Then – Canteens were made out of steel and you could heat coffee or hot Chocolate in them.
Now – Canteens are made of plastic, you can’t heat them because they’ll melt, and anything inside always tastes like plastic.

Then – Our top officers were professional sailors first. They commanded respect.
Now – Our top officers are politicians first. They beg not to be given a wedgie.

Then – They collected enemy intelligence and analyzed it.
Now – They collect our pee and analyze it.

Then – If you didn’t act right, they’d put you on extra duty until you straightened up.
Now – If you don’t act right, they start a paper trail that follows you forever.

Then – Medals were awarded to heroes who saved lives at the risk of their own.
Now – Medals are awarded to people who show up for work most of the time.

Then – You slept in a barracks, like a soldier.
Now – You sleep in a dormitory, like a college kid.

Then – You ate in a Mess Hall or Galley. It was free and you could have all the food you wanted.
Now – You eat in a Dining Facility. Every slice of bread or pat of butter costs, and you can only have one.

Then – If you wanted to relax, you went to the Rec Center, played pool, smoked and drank beer.
Now -You go to the Community Center and can still play pool, maybe.

Then – If you wanted a quarter beer and conversation, you could go to the Chief’s or Officers’ Club.
Now – The beer will cost you three dollars and someone is watching to see how much you drink.

Then – The Exchange had bargains for sailors who didn’t make much money.
Now – You can get better merchandise and cheaper at Wal-Mart.

Then – If an Admiral wanted to make a presentation, he scribbled down some notes and a YN spent an hour preparing a bunch of charts.
Now – The Admiral has his entire staff spending days preparing a Power Point Presentation.

Then – We called the enemy things like “Commie Bastards” and “Reds” because we didn’t like them.
Now – We call the enemy things like “Opposing Forces” and “Aggressors or Insurgents” so we won’t offend them.

Then – We declared victory when the enemy was dead and all his things were broken.
Now – We declare victory when the enemy says he is sorry and won’t do it again.

Then – A commander would put his butt on the line to protect his people.
Now – A commander will put his people on the line to protect his butt.

Thank God I was in the “Old Navy”. And proud of it.

POINT PENTING BAJET 2013


Taknak komen banyak.. sebab nanti dikatakan tak tau bersyukur.. Tapi, sejak berhenti kerja makan gaji & bekerja sendiri, saya tak nampak apa lagi kelebihan Bajet untuk diri saya.. Kononnya ada peruntukan pinjaman tanpa faedah & sebagainya untuk peniaga kecil – contohnya Amanah Ikhtiar Malaysia, tapi bila saya cuba mohon, macam-macam pulak syaratnya termasuk la nak siasat tinggal kat rumah ada perabot ke tidak, bawak kereta mewah ke tidak (*tak tau pulak TIARA tu tergolong dalam jenis-jenis kereta MEWAH..) & sebagainya.. Sedangkan di kampung sebelah, ada peniaga yang miliki van & kereta, dapat pulak pinjaman RM2k tu..

Lagi satu, bila saya dah jadi ibu tunggal ni (*walaupun saya takde anak, tp orang tak nak panggil saya ibu tunggul, hehehe..) – saya tak nampak sejauh mana keutamaan bantuan diberikan kepada ibu tunggal.. Malah, ada ibu tunggal warga emas di kampung saya pun ditarik balik bantuannya selepas diluluskan, dengan alasan dia ada dapat pencen Arwah suaminya & anak-anaknya pun bekerja.. So, apa lebihnya diadakan Bajet tu..??

Ndak lagi dalam Bajet 2013, harga gula dinaikkan tapi bakal pembeli handphone pulak dapat rebat.. Kenapa diberikan kemudahan untuk beli handphone 3G untuk pelajar.. sedangkan besar kemungkinan akan menambahkan jumlah video lucah 3gp rakaman sendiri atau memudahkan remaja mengakses laman web lucah..?? MAAF la kalau saya salah cakap.. tapi kalau kat kafe siber pun kita boleh jumpa remaja melayari laman web tak senonoh, apatah lagi kalau masing-masing dah ada handphone 3G sendiri..??

FIKIR-FIKIRKANLAH……..