Archive | July 2015

SUATU WAKTU, 2 TAHUN YANG LALU…….

ASSALAMUALAIKUMwbt dan Salam Petang Khamis 2 Ramadhan 1434H…….

Kira-kira jam 4:00 petang tadi, telah berlaku gempa bumi dengan kekuatan 4.7 Skala Richter di Utara Sumatera… Mujur sekadar gempa ringan, tidak berisiko tsunami… Namun, ia menunjukkan betapa akhir-akhir ini sudah kian kerap berlakunya gempa bumi… mungkin kerana bumi kian tua dan lapisannya sudah menipis, membuatkan ia semakin ringan dan mudah tergoncang oleh suasana alam….

Apa pun, biarlah kita terima hakikat itu dengan hati terbuka dan bersedia untuk segalanya… Kembalilah ke jalan yang sebenar dan diredhai ALLAHswt… sempena bulan Ramadhan yang sudah menjejaki hari kedua ini, marilah kita sama-sama cuba berubah menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya…

Walaupun mungkin ada kita melihat sebarang kesilapan atau keterlanjuran di depan mata, usahlah cepat kita menghina atau merendah-rendahkan… Kerana, sebaik sahaja kita melakukan itu, sedikit kesempurnaan kita akan ditarik oleh ALLAHswt… Yang terbaik dilakukan, adalah memberi nasihat dan cuba membantu untuk memperbaiki kesilapan dan keterlanjuran itu.. Dan, jagalah tutur bicara serta cara gaya kita hendak menegur dan memberi nasihat… Kerana jika tersilap percaturannya, ia bukan sahaja boleh merobek hati yang mendengar, malah ia mungkin akan memburukkan keadaan……

Justeru, bukan sahaja kita perlu mengukuhkan kesempurnaan kita di dalam hidup dan juga ibadah kepada ALLAHswt… namun, kita juga harus menjaga agar ia tetap sempurna, dengan memberikan contoh dan imej yang baik kepada kesempurnaan yang cuba kita pamerkan tanpa perlu kita merendah-rendahkan kekurangan dan keterlajuran insan lain…………

*Kalau hendak melentur buluh, biarlah dengan cara yang lembut dan licik… menggunakan kepanasan haba yang tidak memungkinkan buluh terbakar dengan api, adalah cara paling baik… daripada cuba meluruskan bengkok buluh dengan menghempasnya ke dinding, atau membuang miangnya dengan melurut menggunakan telapak tangan…………

PROGRAM TAJAAN UMRAH adalah sebuah program yang membolehkan kita bersedekah secara berterusan dalam jumlah yang kecil, bagi membantu golongan marhaen dan tidak berkemampuan untuk menunaikan UMRAH.. Dengan hanya RM50 SEBULAN.. kita sudah mampu menaja 2 ORANG MAHRAM ke TANAH SUCI pada tiap-tiap bulan…..

Oleh itu, marilah kita sama-sama merebut peluang yang jarang ditemui ini… Hulurkan sumbangan anda pada SETIAP BULAN samada melalui :

1) TRANSAKSI TUNAI
2) ARAHAN PEMINDAHAN BANK KEPADA BANK
3) POTONGAN GAJI

ke akaun AMAL TILL JANNAH :-

👉 1212 2010 020166
(BANK ISLAM MALAYSIA BHD)
-AMAL TILL JANNAH-

👉1121 8410 2641
MAYBANK BHD
-ROHSAMILA BT YUNUS

NOTA : Segala pertanyaan dan pemakluman sumbangan anda, sila hubungi Puan Zarina di talian 019-733 0155 atau eMel amaltilljannah@gmail.com

Terima kasih.

****************************************

image