Archive | April 2015

PUISI BUAT SEORANG YANG PERNAH BERGELAR SAHABAT MAYA……

image

Teman….
Hakikatnya…
Aku selalu ada memerhati mu…
Biar dalam sepi ku…
Biar saat kau sudah membuang ku jauh-jauh dari hidup mu…
Aku bukan mengintip…
Tidak juga menyiasat….
Jauh sekali berniat serong…
Tetapi aku cuma mengambil tahu…
Kerana kau ku anggap istimewa dalam hidup ku…
Walaupun kau menganggap aku kudis yang membikin sopak wajah tampan mu…

Namun…
Ketahuilah aku ikhlas menyayangi…
Aku jujur mengikuti langkah mu…
Bukan berniat menanti cinta dari mu…
Jauh sekali mengharap kau kembali pada ku…
Kerana aku sedar siapa aku…
Agama ku kurang…
Rupa ku tak dipandang…
Harta ku tidak sejengkang….
Tak mungkin dapat setanding dengan wanita-wanita pilihan mu…..

Namun aku percaya ikhlas ku masih melebar…
Aku percaya kubu persahabatan ini tetap tegar…
Oleh kerana itulah doa ku masih sesekali ada untuk mu…
Kerana kau masih ku anggap sebagai Akhi ku…..

Takziah di atas kehilangan mu, wahai sahabat…
Aku turut bersedih…
Tabahlah selalu…

achik_malini’74
29042015 : 1122

ADAKAH SUARA HATI KU DIDENGAR….??

Biarlah gambar berbicara…
Saat bibir tak mampu mengungkapkan…
Saat hati tidak lagi tertanggung…
Saat bahu tak lagi terpikul segala…
Saat keluhan hanya berdesir di gigi ombak…
Saat wangian hanya tinggal pada bentuk nilai berharga…
Saat pengorbanan dipandang sebelah mata…
Dan saat aku sudah tidak lagi ada apa-apa…….

achik_malini’74
27042015 : 2318

image

PETUA MENYELAMATKAN MANGSA PETIR….

Ustazah saya pernah berpesan kalau terlihat orang kena sambar petir, cepat-cepat cari penawar. Penawar biasanya ada di sisi mangsa. Samada berbentuk batu atau pun daun yang seakan daun kecil, yang kelihatan seperti daun buluh.

Carilah samada dalam poket mangsa, dalam kasut, stokin, songkok atau topi. Jika jumpa penawar tersebut, rendam dalam air lalu siramkan ke seluruh anggota mangsa. Bacalah surah al-Fatihah dan selawat terlebih dahulu sebelum siram tu. Sambil berdoa semoga mangsa sembuh.

Ok begini ceritanya. Masa saya berusia 10 tahun, saya bersekolah agama di Johor. Pada suatu hari ketika kami sedang belajar, kami telah dikejutkan oleh sebuah petir yang amat dahsyat bunyinya. Tidak lama selepas itu keadaan kelas kami menjadi hingar bingar, Ustaz dan Ustazah berlari ke arah sebuah kelas murid darjah 6. Rupa-rupanya 2 orang pelajar telah disambar petir.

Ustaz dan dibantu oleh beberapa pelajar lain, cuba memberikan pertolongan cemas kepada mangsa. Saya pun bertanya kepada ustazah saya, kenapa pakaian mangsa ditanggalkan (mangsa ialah 2 org pelajar lelaki). Ustazah pun beritahu saya bahawa Ustaz sedang cari penawar untuk mangsa. Sambil menerangkan bentuk-bentuk penawar yang telah Allah kirimkan, bersama-sama petir tersebut. Dalam kejadian tu, salah seorang daripada mangsa tersebut dapat diselamatkan.

Lagi satu, jauhi tempat yang berpontensi terkena petir ni ye. Antaranya : kawasan padang, di bawah pokok. Jangan berpayung ketika ada petir, sebab besi-besi pada payung tu mudah sangat disambar petir. Jngan guna dawai untuk ampaian kain, kalau tidurkan baby dalam buaian tu, angkat baby tu ye, peluk baby tu.

Jangan duduk dekat dengan suis board. Jangan makan, jangan baring, jangan memasak dan jangan bersihkan ayam, ikan ataupun daging. Jangan buka radio dan jangan gunakan handphone ketika petir. Berhenti dulu buat seketika, duduk sambil beristighfar dan berzikir.

Bacalah doa mohon dilindungi dari disambar petir. Setelah bunyi petir reda boleh la sambung tugas2 seperti biasa. Oh ye, lagi satu, kalau anda menternak lembu atau kambing, halau la lembu-lembu dan kambing anda semasa ada tanda-tanda petir hendak berlaku.

Mungkin ada yang akan anggap perkara ini karut, sebab di restoran orang masak dan makan waktu petir ok je. Tak kena sambar pun. Ini jawapan saya yg serba kekurangan ni, mungkin restoran tersebut dipasang penebat kilat.

Kredit : Intan Permata (FB)

image

RAKYAT vs KWSP (3)….

Rakyat semakin berang dengan cadangan KWSP untuk melanjutkan usia pengeluaran caruman daripada 55 tahun kepada 60… saya pun terasa nak bantah juga… entah sampai atau tidak ke usia 60… apatah lagi dengan keadaan saya yang tiada sesiapa lagi selain daripada Emak… apakah dapat simpanan saya dihulur kepada waris atau sekurang-kurangnya Baitulmal… ataukah hanya diperap sebagai ‘harta rampasan’ di Amanah Raya… wallahualaam…….

image

image

image

image

image

RAKYAT vs KWSP (2)…

👇Marah Betul sedara ni..😆

MAKIAN 8 PETALA BUMI DUIT KWSP

Sukacita disini saya hendak maklumkan, DUIT PENCARUM didalam KWSP bukanlah duit bapak anda yang bukan billionaire mahupun trillionaire itu (kalau billionaire in hutang, please berambus and don’t brag), Duit Pencarum KWSP juga, bukanlah duit kakitangan kerajaan mahupun duit menteri menteri yang tidak ada pencaruman. DUIT KWSP adalah DUIT PEKERJA PEKERJA SYARIKAT SWASTA yang TIADA PENCEN !!!

Kerajaan hendak lanjutkan had umur persaraan kepada 100 tahun pun, itu hak mereka dan masalah mereka. TETAPI… kenapa pekerja pekerja swasta yang tiada pencen hendak menanggung biawak biawak hidup negara yang hidup makan tanggung berak cangkung ?
Bukan semua syarikat swasta, terutama multinational companies ataupun foreign companies yang mahu melanjutkan had umur persaraan. Majority syarikat seperti ini percaya kepada “Fresh dan New Talents”, malah mereka juga mempunyai skim persaraan awal. Dan kebanyakkan mereka juga mempunyai program “succession planning” (persediaan melatih new talents untuk mengambil alih kepimpinan tertinggi syarikat). Mereka tidak ambil yang dah tua nak mampus atau tua brainless seperti didalam Kabinet negara, KECUALI anda owner atau tauke syarikat.

Secara purata umur persaraan di syarikat swasta, ialah 50-55 sahaja.
DUIT PENCARUM, sukahati pencarumlah nak buat apa, nak joli sampai habis ke, nak shopping ke, sukaaaaaaaaaaaaaa hati mereka !!! HAK MEREKA MUTLAK !!! Bukan duit kau orang yang brainless lagi miskin, kau orang hendak sekat duit KWSP dan memanjangkan tempoh pengeluarannya sebab kau orang sudah tidak ada duit. SETAHU AKU, belum ada orang UMNO atau BN yang kaya raya tanpa politik (KECUALI Tun Daim Zainuddin, sebelum dipaksa masuk politik pun, beliau dah selfmade multi-millionaire).

Sebab aku kata kau orang ni bodoh, ialah aku berpegang kepada simple principle, iaitu ORANG PANDAI MENYENANGKAN, ORANG BODOH MENYUSAHKAN. Sebab kau orang bodoh lah, kau orang menyusahkan rakyat. Sampai hak mereka habis kau orang sekat dan halang. Dengan kuasa, duit dan segalanya kau orang ada, dengan lagak angkuh konon genius konon belajar kat oxford lah havard lah cambrige lah notthingham lah, punnnnnnnnnnnnnnnnnnn tak boleh nak generate income kepada negara tanpa menyusahkan rakyat dan tanpa mengambil hak rakyat.
Alasan brainless brainless kaki ampu ni, takut kalau pencarum KWSP ni boleh buat pengeluaran awal, nanti mereka joli… takde duit nak makan. Macam ini, aku pun nak cakap, menteri menteri dan Perdana Menteri tak boleh tadbir perbendaharaan negara, Nanti habis duit rakyat kau orang bodoh piang ni enjoy dan joli. Nanti negara takde duit nak makan ? Amacam ? sama tak konsep ?

Ehhh kenapa tak boleh macam tu ? kau anggap rakyat bodoh tak boleh manage duit mereka sendiri, rakyat juga anggap kau orang bodoh tak boleh manage duit negara. BARU ADIL !!! Tapi memang kau orang bodoh pun, TERBUKTI !!! Negara sampai sengkek… bukti paling simple, gaji kakitangan kerajaan pun tak mampu naikkan untuk seiring dgn zaman dan masa serta harga kos sara hidup sekarang. Hanya mampu untuk naikkan gaji menteri, gaji ahli perlimen yang dah terlebih mampu untuk menyara hidup mereka berbanding rakyat.
Oiii BODOH PIANG… kau dgr sini baik baik, rakyat yang berkerja swasta ni lagi cerdik dan efisen dari kau pekerja kerajaan yang lembab dan tak efisen ini, yang diibarat paku, sekali ketuk baru nak jalan. Rakyat boleh menage duit mereka sendiri, lagi lagi pekerja swasta yang bergaji besar, duit KWSP mereka banyak, mereka buat pengeluaran, mereka boleh melabur didalam pelbagai sector, antaranya Perniagaan, Hartanah, Saham dan sebagainya.

Contohnya :
Jika had minimum pengeluaran pada umur 50, si A mempunyai simpanan KWSP sebanyak RM 300,000. pada tahun 2010. A mampu membeli sebuah rumah teres.
TETAPI jika had pengeluaran dinaikkan pada umur 60 tahun, dengan simpanan sebanyak RM 300,000 + dicampur interest dividen celah tahi gigi tak rasa pun, selepas 10 tahun dari tahun 2010 kepada 2020. Maka A akan mempunyai simpanan KWSP sekurang kurangnnya RM 400,000. Akan tetapi harga rumah teres yang sepatutnya beliau mampu beli pada harga RM 300,000 10 tahun lalu kini telah menjadi RM 900,000.
Nak beli pakai apa ??? Beza RM 500,000… siapa nak tanggung ? bapak kau orang atau kau orang yang brainless tu ke ? Cakap lain kali pakai otak, bukan kepala lutut kurap kau orang tu.

Perlu diingatkan, nilai matawang ini mempunyai susut nilai setiap tahun disebabkan faktor inflasi dan ekonomi serta greedy !!!

TOLONG jangan ingat semua rakyat lebih bodoh dari kau orang yang sememang nya bodoh tidak terbukti apa apa, kau orang hanya nampak hebat sebab politik. Cuba campak kau orang kat luar negara, tgk boleh berjaya atau tidak dengan sifat dan sikap brainless kau orang tu ??? AKU CABAR ?

Kau orang ingat rakyat malaysia ni orang tahun 1950an ke ? yang mana bila pemimpin bercakap semua orang kampung tepuk tangan… horeyyyy !!! zaman 50an tu ramai orang bodoh boleh lah, zaman sekarang ramai yang berpelajaran tinggi… jauh lagi genius dari pemimpin brainless pun ada.

Kalau rakyat tak pandai takpa… aku sanggup jadi “can opener” untuk membuka minda mereka, dan supaya mereka melihat dari perspective aku dan perspective menyeluruh. YES, i am known to be a “Can Opener”, and i know ramai berterima kasih serta terhutang budi didalam diam. ini yang Tun M gagal untuk lakukan pada orang melayu sebelum beliau bersara, tetapi aku berjaya !!! Susah pada dia, mudah pada aku. Ada yang mudah pada dia, mungkin susah pada aku. Masing masing ada kelebihan masing masing – so we patch up each other. Aku suka bangsa aku pandai, supaya kau orang yang rasa diri terlebih pandai, tak boleh menindas dan membuli sesukahati.

Kepada mereka board of director dan pengerusi KWSP, ingatlah… anda semua adalah pemegang amanah pencarum pencarum KWSP. Amanah yang anda semua akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Anda aniaya orang, anda patut tahu didalam islam aniaya itu adalah hutang. Mmg takkan cium syurga nanti… !!!

RAKYAT vs KWSP (1)….

COPY & PASTE WITHOUT EDITING…..

******************************************

TANPA angin, tanpa ribut secara tiba-tiba Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan menyatakan KWSP sedang mengkaji untuk menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya kepada 60 tahun.

Agak melucukan apabila KWSP berhujah ia berdasarkan kaji selidik bebas pakar ekonomi dan penyelidikan dalaman KWSP yang menunjukkan rata-rata orang cenderung untuk menghabiskan simpanan persaraan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas membuat pengeluaran penuh.

Soal kaji selidik berdasarkan apa? Siapa yang diselidik? Apa asas kukuh yang digunakan untuk ‘menghalalkan’ KWSP hendak memandai-mandai menentukan bila orang ramai boleh mengeluarkan wang mereka?

KWSP hanya ‘tukang simpan’ bukan ‘tukang rancang’ apatah lagi ‘tukang kawal’, oleh itu tidak payahlah hendak cari pasal mahu mengawal bila orang ramai boleh mengeluar­kan wang mereka. Rakyat sudah menghormati peraturan had umur yang ditetapkan sebelum ini iaitu 55 tahun. Semua orang setuju tidak ada masalah. Tetapi kenapa mahu dilanjutkan kepada 60 tahun pula?

Malah kita juga menghormati pelbagai peraturan ketat yang dikenakan oleh KWSP bagi memastikan pencarum tidak kehabisan simpanan sebelum bersara. Itu langkah yang tepat. Terima kasih atas keprihatinan tersebut.

Setelah semua itu dipatuhi, KWSP mahu melanjutkan pula had umur pengeluaran. Persoalannya pernahkah KWSP membuat kajian berapa ramai yang sepatutnya bersara pada usia 55 tahun tidak sempat menikmati hasil simpanan mereka? Pernahkah KWSP selidik berapa ramaikah yang papa kedana selepas mengeluarkan kesemua simpanan mereka? Pernahkan KWSP tanya penyimpan had umur berapa sebenarnya yang mereka mahu wang boleh dikeluarkan?

Oleh itu KWSP sepatutnya tidak perlu membuang masa untuk mengemukakan cadangan yang ditolak oleh rakyat. Yang simpan wang di KWSP adalah rakyat, wang yang KWSP simpan ialah wang rakyat, jadi apabila rakyat menolak cadangan untuk melanjutkan had umur pengeluaran maka terima sahajalah. Tidak usahlah nak bersusah payah mahu meng­adakan rundingan awam dengan pencarum.

Isyarat sudah jelas iaitu rakyat menolak cadangan KWSP. Justeru kenapa KWSP ‘masih degil’ mahu berusaha juga supaya impian mereka menjadi kenyataan? Bagaimana dengan impian pencarum-pencarum yang merancang pelbagai perkara apabila genap usia 55 tahun?

Dalam situasi ekonomi sekarang KWSP sepatutnya ‘berjiwa pri­hatin’ dengan mencari jalan bagaimana hendak mengurangkan beban pencarum-pencarum. Bukannya menyebabkan pencarum tidur tak lena. Buatlah kajian cara mana boleh bantu pencarum untuk membelanjakan sedikit wang simpanan mereka dalam KWSP. Contohnya mungkin boleh dipertimbangkan agar pencarum dibenarkan mengeluarkan dividen mereka dalam KWSP.

Begitu juga pencarum-pencarum yang melabur melalui unit amanah dengan menggunakan simpanan KWSP, mungkin mereka boleh dibenarkan mengeluarkan sejumlah wang hasil pelaburan itu. Mungkin KWSP tersenyum dengan cadangan ini. Tetapi kalau KWSP begitu rajin buat kaji selidik untuk terus ‘memerap’ wang pencarum sehingga umur 60 tahun, kenapa tidak boleh mendapat pandangan pakar ekonomi berhubung perkara itu?

KWSP perlu memahami ketika ini sentimen rakyat khususnya mereka yang menjadi pencarum tidak menyebelahi KWSP. Rak­yat tertanya-tanya kenapakah secara tiba-tiba KWSP muncul dengan idea yang meresahkan itu.

Oleh itu KWSP perlu melupakan sahaja cadangan itu. Janganlah meletakkan rakyat resah gelisah terutamanya mereka yang akan mencapai usia 55 tahun nanti.

Kredit : Don’z Forget (SukanStar TV)

image