Archive | February 2015

YES, BUT NO…..

Yes..
I like you…
Yes..
I miss you…
Yes..
We need each other…
Yes..
We’re friends forever…

Yes, but no…

No..
I don’t love you…
No..
I don’t want you…
No..
You do not own me…
No..
We’re not belong together…

Yes, thank you…
But, no thank you……

achik_malini’74
20022015 : 1727

image

KISAH IMAM DIRASUKI JIN…..

COPY & PASTE WITHOUT EDITING…..

****************************************

Termenung panjang imam, mengenang nasib yang menimpa dirinya. Kenapa kejadian berlaku atas dirinya. Bertahun-tahun dia menjadi imam, tak pernah hayat dia melakukan kesalahan yg besar seumpama ini. Malu besar imam, bila dia memberi salam selepas tahiyat akhir, dilihatnya makmum sudah mufaraqah dari saf.

`Imam pergi lah berubat, pelik saya tengok imam’ kata seorang makmum.

`Selepas imam angkat takbir, imam tak baca fatihah, imam terus baca surah pendek’

`Kami dah 3 kali sebut Subhanallah, tapi imam terus juga baca surah, kami keluar saf pun imam tak sedar. Gi la berubat imam’

 

Gitu lah cerita TGU kepada kami sewaktu kami ziarah ke rumahnya di Bandar Tasik Puteri, Rawang (BTP). Memang menjadi kebiasaan, 2 minggu sekali TGU Ustaz Kamal Ariffin akan berulang dari Parit Buntar ke BTP untuk menjenguk ibunya. Dan kami pula, bila tiada program lain, kami akan ke BTP untuk ziarah TGU serta keluarganya. Ketika ziarah ni lah, TGU menceritakan pengalamannya merawat imam yang dimasukki jin.

 

`Saya lupa ketika mengimami solat ustaz, sedar tak sedar bila saya beri salam, sorang pun makmum takder dibelakang saya. Ni la tujuan saya datang berjumpa ustaz kamal.

 

TGU pun tanpa berlengah terus memulakan proses rawatan dgn meminta imam duduk dilantai dengan kaki berlunjur ke kiblat. Sebaik sahaja imam duduk berlunjur, imam terus lupa diri dan menghembur kata-kata marah kepada dirinya.

`Imam ni tak guna’ kata imam. Terkejut isteri dan anak imam yang pada waktu sama berada bersama ketika rawatan. TGU tersenyum bila melihat imam yang kerasukan jin kerana inilah masanya TGU mencari punca penyakit imam. TGU terus berinteraksi dengan jin.

`Aku duduk atas pokok didalam kawasan masjid dah lama. Imam ni suatu hari tebang pokok yang aku tumpang. Aku tak marah lagi, aku pindah ke pokok renek’

`Tak lama, imam tu datang lagi tebang pokok renek tempat aku menumpang. Geram hati aku tengok imam ni. Tak apa, suatu hari kau tahu lah atas perbuatan engkau imam’ cerita jin kepada TGU.

Dan ketika imam ni mengangkat takbir, jin sudah bersiap untuk memasuki badannya imam. Selesai takbir, imam tanpa disedari terus dimasuki jin dan membaca surah pendek.

`Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah…..tapi imam dah tak dengar apa-apa menyebabkan kesemua makmum mufaraqah dari solat.

`Aku masuk dalam badan imam ni masa dia jadi imam solat’ beritahu jin kepada TGU. Hairan jugak, macammana jin boleh masuk ke badan seorang imam yang tak pernah tinggal solat serta mulut imam sentiasa basah dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Memang agak luar biasa.

`Dia ni seorang imam yang tak tinggal solat, ayat-ayat suci sentiasa dimulutnya. Macam mana kamu senang-senang masuk dalam badan imam? Tanya TGU kepada jin.

`Ahh…senang jer’

`Senang??? Macam mana senang? Cuba kamu cerita’

`Gini lah ceritanya…kalau nak masuk ke badan imam ni sangat mudah bagi aku. Tapi kalau imam yang lagi sorang, haa yang tu payah. Aku tak boleh masuk ke badan dia’.

TGU bertambah pelik dan keliru. Macamana iman ni senang masuk dan macamana pula imam yang lagi satu susah bagi jin untuk masuk. Terus TGU bertanya `cuba kamu cerita’

`Gini ustaz, imam ni solatnya laju’

`habis, kenapa kalau solatnya laju?’

`Aku tengok imam ni solat laju, bila rukuk perbuatanya laju sgt, bila rukuk laju, aku tengok cahaya tak sempat nak masuk kebadannya. Bila sujud pun, cahaya tak sempat masuk ke badannya. Makmum suka kalau berimamkan dengan imam ni sebab solat cepat siap’.

`Tapi kalau imam yg sorang lagi, perbuatan pada suatu rukun terlampau perlahan, aku Nampak cahaya penuh masuk ke badannya. Aku tak dapat nak dekat dengan imam ni kerana aku sakit dengan cahaya yang ada pada badan imam tu’.

`ooo macam tu….kamu islam ke? Tanya ustaz.

`Aku bukan islam’ kata jin. `Takder orang mengajak aku masuk islam.

`macam ni lah, aku beritahu kamu tentang kebaikan islam dan aku menyampaikan syiar islam kepada kamu, aku akan beritahu imam supaya meminta maaf kepada kamu’.

`Imam ni juga tak amanah tentang duit masjid ustaz’. Pecah lagi satu rahsia. `Dia guna duit masjid untuk hantar anak dia ke Mesir’. Terkejut anak dan isteri imam bila jin beritahu yang imam tidak beramanah dengan duit masjid. Marah benar jin ni kepada imam. Setelah berunding dengan TGU, jin tersebut bersetuju masuk islam dan keluar dari badan imam.

`Kamu akan aku pindah ke suatu tempat yang lebih tenang’ TGU menawarkan pilihan kepada jin.

`Boleh tak aku duduk di masjid kampong yang aku duduk sekarang? Aku suka duduk di masjid tu..’ jin minta dengan TGU. `Boleh’ kata TGU. Maka TGU pun terus melakukan kaedah tarik buang. Selepas jin keluar dari badan, imam kelihatan terpinga-pinga dan tertanya apa yang terjadi.

Maka diakhir cerita tadi, pesan TGU kepada kami;

1.        Solat biarlah perlahan-lahan supaya cahaya boleh melimpahi badan.

2.       Jagalah amanah.

 

Kami ketawa berdekah bila TGU sempat lagi bercerita yang jin tu juga memberi amaran kepada ustaz..`Ustaz..kalau ustaz solatnya laju, aku akan masuk kedalam badan ustaz’

Hahaha…kami ketawa berdekah memecah suasana sepi ketika seronok dengar cerita TGU. Sejak dari cerita tu saya cukup berhati dengan solat yang laju. Semoga solat kami diterima Allah. Terima kasih kepada Tuan Guru Ustaz Kamal Ariffin Osman atas panduan dan bimbingan berterusan.

Tuan Guru Ustaz Kamal Ariffi  Osman.
Pengasas Perubatan Islam Ismak Ruqyah

Kredit : Mak Nor – from my family WhatsApp group : W@gheh Haji Yusop.
*Selamanya Kita Bersatu Demi Kekukuhan Siratulrahim Keturunan Arwah Atok – love you all*

PERGI TAK KEMBALI……

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Oleh : Rabbani

image

SESUATU UNTUK DIKENANG…..

COPY & PASTE :

📒Semasa Lutfi Othman.. Pengarang Majalah Detik ketika itu ingjn mewawancara.. Tok Guru sign dokumen seakan melayangkan pen sahaja.. Lutfi berseloroh..”Tekan kuat sikit mata pen tu tok guru baru clear..” Sambil tersenyum tok guru membalas,”Ambo guno pen pejabat..Hok rakyat.. Tekan kuat takut membazir.. Kito tok buleh wat mudoh harto rakyat nih”.. Dakwat pen pun jd perhitungan untung rugi…itulah Tok Guru Nik Aziz..

📒Husam Musa bekas s.u politik tok guru pernah bercerita.. Setiap kali tidur di hotel sama tok guru, tok guru tidur atas lantai dgn alas sejadah dan membiarkan katilnya kosong.. Husam berkata, “Tido atah katil Tok Guru, sejuk tubuh tu..” Tok Guru membalas, “Tido atas katil…tempat sedap..takut jenegho tok bgn tahajud..tido atas lata..tempat tok seleso..mudoh sedar nak buat tahajud”.. Begitu sekali beliau merancang ibadatnya..

📒”Cuba beritahu saya mana satu yg Nik Aziz punya.. Harta saya malah tubuh saya hak Allah.. Saya pinjam jah.. Jd kita ni jgn sombong sgt dgn brg pinjam.. Kita atas muka bumi jgn bermewah sgt, Nok senang sentiasa.. Belajar hidup susah.. Takut kita dlm kubur terkejut bila mari susah (bergurau).. Jd berlatih susah dulu atas muka bumi ni.. (TG Nik Aziz, Majalah Tamadun)

Allahuakbrrrr..hebatnya almarhum TGNA dalam menjaga amalan seharian…..

****************************************

[Sekadar porkongsian]

Catatan hiba seorg sahabat

12.2.2015: Sebaik shj menerima berita kematian TGNA pd jam 9.40 mlm, sya terus bertolak ke Pulau Melaka utk bersama2 rakan2 lain menziarahi Allahyarham TG. Perjalanan biasa selama 20 minit dri rumah saya ke P.Melaka mengambil masa hampir sejam kerana jalan sesak dgn ribuan  ramai yg dtg utk ziarah TG.

Sesampai shj di rumah TG, ribuan hadirin sdg menungu giliran utk masuk ke rumah. Sya mengambil keputusan utk menunggu dlm masjid bersebelahan rumah TG bgi memberikan peluang kpd org lain menziarahi TG. Hampir jam 3 pgi apabila hadirin agak kurang sedikit, barulah sya masuk ke rumah utk melihat wajah TG buat kali terakhir. Jam 3 pgi sya kembali semula ke masjid utk melelapkan mata sementara menunggu waktu Subuh. Ternyata sya tak dpt tidur walaupun sya memaksa & memejamkan mata. Dlm fikiran sya tidk henti2 terbayang wajah TG yg disayangi. Hinggalah jam 5 pagi sya bangun utk bersama2 hadirin yg lain yg sdg solat & baca Quran sementara menunggu solat Subuh. Setiap ruang solat dlm Masjid TG dipenuhi oleh orang ramai. Waktu skrg hampir jam 6 pgi. Kami seperti menunggu-nunggu TG utk muncul dari pintu kecil brsebelahan rumahnya utk solat bersama.
Tiba2 shj sya menjadi sebak. Air mata yg sya tahan dari awal malam tidak dpt dibendung lgi. Ia mengalir dgn deras. Tak mampu lgi sya menahannya. Sya tahu TG sudah tiada. Tapi sya seperti terbayang2 kelibatnya berjalan dgn penuh lembut & sopan melangkah masuk ke masjid utk mengimami solat Subuh berjemaah, sebagaimana hari2 biasa. Air mata sya mengalir semakin deras. Azan Subuh pula dialunkan begitu mendayu-dayu, sesekali tersekat2 spt menahan sebak. Alunannya begitu menusuk ke hati, menambahkan lagi sebak di dada. Kedengaran hadirin lain teresak2 dalam alunan azan Subuh…
Mereka jg merasa spt saya, merasa kehilangan dan kerinduan pda TG. Kerana selepas ini tiada lagi TG yg akan menjadi imam solat, tiada lagi TG yg dgn penuh sabar tanpa jemu menyampaikan ilmu2 agama,  tiada lgi TG yg merupakan seorang ulama yg tegas dlm memperjuangkan Islam di bumi tercinta ini.

Bila iqamah dialunkan, kelihatan adik TG iaitu Ust. Nik Radzi masuk bgi mengimami solat Subuh. Kelibatnya saling tak tumpah spt TGNA & suaranya ketika membaca ayat2 suci al-Quran hampir menyerupai suara TG. Sya & hadirin lain menjadi semakin sebak & hiba.. sekali sekala kedengaran esakan drp ahli jemaah semasa solat Subuh pgi Jumaat yg mulia. Kita kehilangan TG… dan kita akan rindu pda TG yg disayangi…

image

DIA YANG PATUT DIKENALI…..

Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

#AlFatihah untuk arwah Tok Guru Nik Aziz

Kredit : Mohd Al-amin
              (*mymetro FB)

image

TIPS JADI JUTAWAN SEBELUM USIA 30 TAHUN…..

Post kali ini diambil dari tips-tips yang telah ditulis oleh Grant Cardone di website Entreprenuer.com. Beliau adalah seorang jutawan, pakar motivasi, penulis dan juga merupakan seorang pakar jualan antarabangsa .

Pada umur 21 tahun, beliau baru sahaja tamat belajar di kolej dan berada dalam keadaan pokai serta banyak hutang.

Namun, pada umur 30 tahun, beliau telah berjaya menjadi jutawan.

Berikut 10 langkah dan nasihat beliau kepada sesiapa yang mahu menjadi jutawan sebelum umur 30 tahun (atau kurang dalam masa 10 tahun).

1. Tambah Pendapatan

Dalam ekonomi dunia hari ini, anda tidak lagi boleh sekadar berjimat-cermat untuk menjadi jutawan. Tetapi , langkah pertama yang perlu anda lakukan dan fokus adalah kepada menambah pendapatan. Selalu tambah dan naikan pendapatan anda dan ulangi ia berulang-ulangkali. Pendapatan saya pada mulanya hanya $3,000 sebulan dan 9 tahun selepas itu, pendapatan saya ialah $20,000 sebulan.

2. Jangan Menunjuk-nunjuk, Tetapi Tunjukkan Diri Anda.

Saya tidak membeli sebarang jam atau kereta mewah, sehinggalah pendapatan saya benar-benar stabil dan datang dari pelbagai sumber. Saya masih lagi menaiki Toyota Camry walaupun saya sudah bergelar jutawan. Jadikan diri anda terkenal disebabkan oleh etika kerja anda dan bukannya disebabkan barang-barang mewah yang anda beli.

3. Simpan Untuk Melabur, Bukan Simpan Untuk Keselamatan.

Satu-satunya sebab anda perlu berjimat dan menyimpan wang anda adalah sebab mahu melabur. Simpan wang anda di dalam akaun yang selamat dan di tidak boleh anda sentuh. Jangan gunakan wang di dalam akaun ini untuk apa-apa pun, termasuk untuk perkara-perkara kecemasan. Ini akan memaksa anda terus melakukan tips no 1 diatas. Setiap 2 kali setahun, saya akan keluarkan lebihan simpanan saya itu dan melabur ke pelaburan-pelaburan yang saya tidak boleh usik atau keluarkan.

4. Elakkan Hutang Yang Tidak Membayar Anda.

Jadikan ia satu peraturan. Jangan berhutang kepada sesuatu yang tidak mempu menjana dan memberikan anda pulangan wang. Saya hanya meminjam duit untuk membeli kereta kerana saya tahu ianya boleh membantu saya meningkatkan pendapatan saya. Orang kaya akan menggunakan hutang untuk menambahkan kekayaan diri mereka. Manakala , orang miskin berhutang untuk menjadikan orang kaya terus kaya.

5. Layan Wang Seperti Kekasih Yang Kuat Cemburu.

Ramai orang inginkan kebebasan kewangan, tetapi hanya mereka yang betul-betul mengutamakannya sahaja yang berjaya menjadi jutawan. Untuk menjadi kaya dan kekal kaya, anda perlu meletakkan ia sebagai perkara yang utama dalam hidup anda. Wang adalah seperti kekasih yang kuat cemburu dan sentiasa inginkan perhatian. Jika anda abaikan mereka, maka mereka akan abaikan anda. Lebih teruk lagi, mereka akan meninggalkan anda dan pergi kepada orang-orang yang mengutamakan mereka dan melayan mereka dengan baik.

6. Wang Tidak Pernah Tidur

Wang tidak tahu tentang jam, jadual bekerja, hari cuti dan sebagainya, oleh itu anda juga perlu begitu. Wang suka kepada orang yang mempunyai cara kerja yang hebat. Ketika saya berumur 26 tahun, saya bekerja di kedai runcit, dan kedai tersebut tutup pada pukul 7 malam, tetapi selalunya, anda masih boleh menjumpai saya di kedai tersebut pada pukul 11 malam dan sedang membuat jualan tambahan. Saya tidak perlu menjadi orang yang lebih bijak atau lebih bernasib baik, saya hanya perlu pastikan saya bekerja lebih kuat dari orang lain.

7. Miskin Bukan Satu Pilihan.

Saya pernah menjadi miskin dan ianya sangat teruk. Hapuskan sebarang pemikiran yang mengatakan menjadi miskin adalah sesuatu yang OK. Bill Gates pernah berkata.. “Jika anda lahir dalam keadaan miskin, ia bukan salah anda. Tetapi, jika anda mati dalam keadaan miskin, ia memang salah anda”.

8. Dapatkan Mentor Jutawan

Kebanyakkan kita lahir dari keluarga pertengahan ataupun miskin, tetapi jangan hadkan diri anda untuk berada dalam kelompok tersebut sahaja. Saya telah mengkaji para jutawan tentang apa yang mereka lakukan dan apa yang boleh dicontohi. Kebanyakkan orang kaya adalah sangat baik dan pemurah dengan
ilmu dan sumber mereka. Jadi, dapatkan seorang mentor jutawan untuk diri anda dan kaji mereka.

9. Paksa Wang Anda Lakukan Kerja-kerja Berat

Pelaburan adalah merupakan cara yang terbaik untuk menjadikan anda jutawan dan anda perlu pastikan anda buat lebih banyak wang menerusi pelaburan berbanding dari pekerjaan anda. Jangan sesekali melabur jika anda tidak mempunyai wang simpanan lebihan. Syarikat kedua yang saya mulakan, memerlukan saya melabur sebanyak $50,000. Namun, syarikat tersebut membayar saya semula sebanyak $50,000 pada setiap bulan sejak 10 tahun yang lalu. Pelaburan ketiga saya adalah di dalam bidang hartanah dimana saya memulakannya dengan $350,000. Ianya merupakan sebahagian besar nilai bersih saya pada waktu itu. Hari ini, saya masih memiliki hartanah tersebut dan ianya masih memberikan saya pulangan pendapatan.

10 Sasarkan $10 juta, Bukan $1 juta.

Satu kesilapan kewangan yang saya lakukan sebelum ini ialah, saya tidak berfikir dengan cukup besar. Oleh itu, saya galakkan anda berusaha dan mensasarkan wang lebih dari 1 juta. Tiada sebarang keterbatasan wang di dalam dunia ini, yang ada hanyalah keterbatasan pemikiran manusia untuk berfikir dengan lebih besar.

Amalkan 10 tips ini dan anda pasti akan menjadi kaya. Jauhi skim cepat kaya, jangan berputus asa, lakukan ia dengan beretika dan apabila anda sudah berjaya mencapainya, bantulah orang lain untuk turut mencapainya.

Kredit : WhatsApp Group ‘PENGGUNA TRANSFER FACTOR’

KAU HANYA SEORANG AKHI……..

Pabila pagi mengundang sepi…
Ku buka lipatan rindu dan mencari-cari…
Namun wajah mu tak lagi ku temui…
Entah kenapa tak ku mengerti…
Entah di mana tak mampu tercari…
Biar ku selam di sudut hati…
Namun nyatalah kau tiada lagi…..

Melankolia hikayat telah padam…
Kenangan indah riwayat kian kelam…
Sirna gemilang pahlawan meluruh suram…
Dan dunia igauan turut tenggelam…..

Oh, rupanya kebenaran telah jelas…
Hakiki sifat mu kian menggemas…
Kau sang nilam yang duduk mu di atas…
Kau sang garuda yang berselipar emas…
Kau sang ombak yang diam mu dalam ganas…
Kau segalanya yang kau fikir tak mampu ditindas…
Sedang aku hanya serangga yang bikin rimas…….

Senyum tatkala ku lihat hakiki…
Merindu mu itu tak mungkin lagi…
Menyayangi mu bak dulu akan ku henti…
Pergilah kau dari lipatan memori…
Ku harap hakiki akan menerjah mu nanti…
Di saat itu, akan pasti kau mengerti…
Bahwa di hati ku tiada benci…
Hanya satu rasa yang pasti sejak azali…
Kau pada ku hanya teman sejati…
Tak sekali pun ingin ku jadikan suami…
Kerna kau ku hormati dengan seni…
Kerna bagi ku kau hanya seorang AKHI………..

achik_malini’74
11022015 : 1050
*secangkir susu, sepinggan nasi, segugus memori………….

image