Archive | January 29, 2015

TENTANG AIR JAMPI DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA…..

Nota ini adalah pendapat peribadi saya hasil daripada pemerhatian dan perbincangan dengan pihak-pihak yang lebih berpengalaman.. tiada kena mengena dengan mana-mana pihak.. sekiranya ada yang tidak menepati citarasa atau hakiki mana-mana pihak, harap diabaikan sahaja.. TERIMA KASIH……..

*MY BLOG, MY WORDS, MY WORLD*
-: non of these are your business. peace :-

A) Ramai orang menganggap bahawa AIR JAMPI adalah salah satu solusi bagi semua penyakit.. justeru, ramai bomoh dan dukun ditemui untuk mendapatkan air jampi yang mujarab.. Walhal, jika bomoh atau dukun itu benar-benar jujur dan tidak menyeleweng dengan mencari makan dengan ayat-ayat ALLAHswt, sudah tentulah akan menyuruh pesakit mendapatkan rawatan klinik atau hospital dahulu.. Jika doktor mengesahkan memang tiada penyakit, maka barulah boleh digunakan rawatan alternatif…..

B) AIR PENERANG HATI yang selalu diminta oleh IbuBapa daripada para perawat tradisional untuk anak-anak mereka, sebenarnya boleh dibuat sendiri.. Persoalannya, berapa ramai Ibu yang berzikir ketika memasak dan berdoa ketika menyediakan air minuman untuk anak-anak…? Cubalah bacakan doa yang ikhlas dari hati seorang Ibu, ketika membuat makanan dan minuman untuk anak sendiri.. mintalah apa sahaja daripada ALLAHswt hajat kita untuk anak itu.. Percaya atau tidak, hakikat sebenar yang selalu kita lupa – doa seorang Ibu untuk seorang anak itu lebih makbul daripada doa orang lain, waima seorang Ulamak sekalipun……

C) Tidak ramai yang menyedari, bahawa AIR WAFAQ atau lebih dikenali sebagai AIR YAASIN itu adalah air suci yang dibacakan dengan TUJUH KALI YAASIN.. yang bermakna : Ia dibacakan dengan tujuh kali Surah Yaasin.. samada secara berturutan atau berselang hari, tetapi jumlah bacaan Surah Yaasin kepada air tersebut hendaklah TUJUH KALI.. bukannya bacaan Surah Yaasin oleh tujuh orang secara serentak SATU KALI dalam satu masa…..

D) Amalkanlah meletakkan di sisi anda, sebotol air mineral/air suam – yang dibuka tutup botolnya – setiap kali anda membaca al-Quran.. Selepas selesai membaca al-Quran, minumlah seteguk air ini.. Dan di waktu yang lain, lakukan perkara yang sama sehingga air tersebut habis dan gantikan dengan air yang baru.. Sesungguhnya, air yang dibacakan ayat-ayat al-Quran mampu menjadi penyembuh penyakit dan penenang jiwa.. in shaa ALLAH…..

E) Sekiranya anda ingin membuang AIR JAMPI yang tidak habis diminum atau ragu-ragu untuk diminum.. JANGAN curahkan ia ke dalam singki atau longkang, curahkanlah di pangkal pokok atau ke dalam sungai yang mengalir airnya.. Kerana dikhuatiri, di dalam jampi yang dibaca itu ada disebut nama-nama ALLAHswt……

Wallahuaalam…….

From the desk of : achik FBI

image

Advertisements