CORAT CORET BANJIR PART IV

NOTE : COPY & PASTE WITHOUT EDITING…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MOHON TINDAKAN SEGERA DARI LUAR KELANTAN ~ MEREKA BENAR2 DI TAHAP KRITIKAL

Terngiang-ngiang suara kepenatan ma masa buat panggilan terakhir jam 7.00pagi 25/12/2014. Ma cakap baru nak lelapkan mata. Dari petang kelmarin tak berhenti angkut barang smpai ke pagi. Kerana air mulai naik petang kelmarin kat rumah ma. Allhurabbi, saat itu hati ini seperti mahu terbang saja ke sana.

Ma maklumkan yang jiran-jiran berdekatan ada sekali menumpang di rumah ma. Alhamdulillah rumah ma 2tingkat. Dapat berteduh di tingkat atas, tingkat bawah dah ditenggelami air.

Sejak jam 9pagi 25/12/2014, dah tak dapat buat panggilan telefon ke sana. Line dah tak ada. Hanya mesej diterima. Itupun bukan selalu ada line, kadang2 sahaja.

Lebih mengharukan adik bongsu mesej maklumkan mereka hampir kehabisan bekalan air, bekalan elektrik tiada, namun tiada bantuan lagi diterima. Kami yg di luar kawasan dah hubungi semua bantuan, namun mereka masih belum terima bantuan.

Jam 9.44malam, adik mesej maklumkan air semakin meninggi. Mereka kelaparan, kegelapan dan kesejukan.

Pagi ni, dapat mesej yang lagi memilukan. Bantuan belum lagi sampai. Adik maklumkan mereka kelaparan. Dari pagi 25/12 tidak menjamah makanan berat (nasi). Air bersih dalam tangki juga sudah kehabisan.

Di dalam rumah tu ada 30 orang termasuk kanak2, warga emas dan orang kurang upaya (berkerusi roda)

Saat ini, 26/12/2014, jam 12.39pm masih belum ada bantuan. Bukan tiada langsung bantuan cuba dihulurkan, namun bukan rezeki mereka lagi. Ada bot yg pergi tapi arus deras, mereka berpatah balik. Ada helikopter menghampiri, tapi masih belum dpt selamatkan…

Allahuakbar, mohon kita yang di luar kawasan tolong sama2 sebarkan… Mohon tindakan segera. Kasihanilah mereka…

Hanya kepada Allah tmpat bergantung harap. Moga mereka dalam lindungan dan jagaan Allah.

Hanya satu yang ingin diminta, mohon salurkan bantuan makanan dan minuman buat mereka. Mereka kelaparan, mereka kekurangan tenaga.

Saat di sini meneguk air, terbayang nasib mereka memegang perut yg kelaparan. Allhurabbi. Moga sinar kebahagiaan muncul kembali. Kamilah hambaMu yang lemah lagi hina… Ampunilah dosa-dosa kami, ya Allah….

p/s : Mohon salurkan bantuan ke kawasan ini dengan kadar segera LOT 2902, LORONG PIPIT, TAMAN ADABI, TANAH MERAH, KELANTAN.

Mngharap dengan Penuh Harapan,

Coretan
Anak Ke-6,
Cikgu Ariffin & Rakiah
013-6048431

***************************************

Pesanan dari Encik Shukry Samsudin

mohon pesan kepada mereka yang ada saudara mara tu jika rumah sudah mula dinaiki air walaupun baru depan rumah untuk BERPINDAH SEGERA. Jangan la sangka air semakin surut. sentiasa bersedia untuk ‘the worst situation’.

Sebagai sukarelawan yang terlibat saya kecewa apabila orang kampung memperlekehkan kami apabila kami datang menyuruh untuk berpindah. ada yang mencemuh ada yang menyombong kononnya sudah duduk berpuluh tahun tak pernah dinaiki air tapi apabila air mula naik mereka mereka ini la yang mula cemas mengharap kedatangan penyelamat. andai penyelamat lambat datang berkarung pula makian diberi. seolah2 hanya mereka seorang sahaja perlukan bantuan.

juga mereka yang terselamat tu apabila berada di pusat pemindahan jagalah kelakuan dan bersopanla. ringankan tulang tolong anggota penyelamat apa yang termampu. kadang2 bantuan makanan sampai nak tolong angkat bawa ke stor pun tak nak. nak ke dapur tolong memasak pun susah. tapi bila makanan tak cukup habis dimaki semua orang.

anggota penyelamat sentiasa bersedia sehingga kadang2 makan pun sekali sehari. penyelamat bukan tulang besi urat dawai 24 jam boleh bergerak.

semoga urusan banjir dipermudahkan dan sama2 memberi bantuan yang termampu. dan salurkan maklumat dengan tepat ke DCC atau agensi lain jika memerlukan bantuan.

Kredit : http://www.facebook.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s