CORAT CORET BANJIR PART III

NOTE : COPY & PASTE WITHOUT EDITING…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Julie Juliewatty
46 mins · Nibong Tebal ·
info dari suami saya yng berada di tempat kejadian banjir tanah merah.. bekalan makanan sangat kritikal, yang ada di JKM xmncukupi utk satu tempat pemindahan pun, makanan pulak yg kering, dapur xde, nak masak macamana… mangsa masih ramai menunggu utk disleamatkan, tapi bot bomba kehabisan minyak (xkn x alert ngn masalah ni, xde bekalan awal2), keadaan bandar sunyi sepi, xde pun jentera penyelamat yg datang, banjir bkn baru berlaku hari ni,

ada anatar mangsa banjir dh mula mncari tempat yg lebih tinggi utk berlindung, antaranya bangunan kedai majlis daerah yg tgh buat yang berdekatan ngn pdg tu, bayangkan mereka tdo macamana kat situ, dengan berlantaikan simen..

banyak lg sy nak kongsikan, tapi.. apa yg suami saya minta sampaikan, kerajaan sangat lambat bertindak dan pengurusan sgt tidak terancang..dia mohon sngat pada kerajaan pusat di luar sana, hantar lah bantuan secepat n sebnayk mungkin… anak2 kecil menangis kelaparan, mangsa2 yng melambai dan mnjerit minta diselamatkan..

**************************************

Hananyya Hammany
Catatan Ku Petugas Banjir.
25Disember2014
Zon 1 Bukit Besi.

Terima Kasih semua sahabat yang prihatin dengan musibah banjir yang melanda kami di DUN N25 Bukit Besi. Kisah menyayat hati kami simpul kemah agar menjadi catatan, sumbangan barang keperluan dari tuan semua mampu kaliskan kesedihan ini.

Hari ini Pasukan Bomba menyelamatkan satu keluarga yang sudah 3 hari berpaut di sebatang pokok, bersekali dengan semut berbisa, lipan dan ular. Kejadian ini berlaku di Kampung Padang Ping.

Dua hari lepas ada seorang ibu tunggal yang sakit merayu diberi gula lebih. Mereka kata tidak cukup kadar secawan gula yang kami beri dengan anak 4 orang dan dah tiga hari minum air tidak bergula. Dia mintak sebungkus 1kg. Petugas kami kata tak boleh sebab barang tiada.

Sebelum itu, seorang ketua keluarga marah dengan pemberian sebatang lilin untuk sebuah rumah. Petugas kami kata jika bekalan sampai kami akan hantar sekotak 6 batang.

Aku hanya mampu memberi semangat kepada petugas yang keletihan dan kelaparan. Kami tiada bawa bekalan makanan kerana muatan bot yang terhad. Tanyalah sesiapa pun yang pernah bertugas sukarela banjir ini.

Semoga dengan bantuan sahabat sahabat semua kami akan menyalurkan sekurangnya 1bag beras 5kg, 1kg gula, 2 tin besar sardin, satu bungkus biskut dan 1 kotak lilin. Kami juga termenung seketika untuk menguruskan kos petrol untuk 4 buah bot dengan kadar RM 100.00 untuk sebuah bot yang berulang alik ke hulu dan hilir Sungai Dungun.

Semasa aku mengatur ayat untuk posting ini, 5 Sukarelawan sedang bertarung nyawa meredah laluan Sungai Dungun yang sangat bahaya untuk menyerahkan peralatan kepada dua bayi yang baru lahir di kampung Tepus dan Rantau Panjang Hulu Dungun.

Sekali lagi aku ucap terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan barangan dan wang ringgit. Seperkara lagi, yang memberi sumbangan tolong izin dan halalkan jika kami petugas termakan sebahagian sumbangan anda untuk mengalas perut semua petugas. Kami sedaya upaya untuk tidak makan makanan yang dikhaskan kepada mangsa banjir.

” Terus Bantu Kami”

Kredit : http://www.facebook.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s