Archive | January 22, 2015

AKU HANYALAH AKU……..

Kadang-kadang….
Kita bicara tentang rindu…
Tentang cinta yang kita tak tahu…
Saat terlerai mimpi…
Adakala kita hilang sedar…
Bahwa ada saatnya kita menipu…
Tentang hati…
Tentang ilusi….
Tentang hajat yang tak kesampaian………

Di saat deru angin bertukar debu dingin…
Saat itulah kita tahu…
Yang hakikatnya kita hilang sesuatu…
Sesuatu yang ada kalanya tak perlu…
Namun dalam diam ia memburu…
Apakah kerana masih ada rindu…
Yang terjebak dalam resah bisu…
Sekeping hati yang lama membeku…
Seutas rasa yang tak lagi berlagu……….

Entahlah…
Mungkin kita tak akan tahu…
Meskipun jauh di sudut itu…
Ada rasa yang memburu…
Membisik kata rindu…
Pada sesuatu yang mustahil berlaku……

Apakah kau merasakan rasa ku…….?
Jika benar…
Padamkanlah percik sinar di jiwa ku…
Agar tidak lagi aku tersendu…
Dengan hakikat yang kita sama-sama tahu…
Aku bukanlah apa yang kau mahu…
Aku tak akan jadi apa yang kau perlu…
Hanya kerana aku…
Cumalah seorang aku…
Si pengemis rindu di sudut hujung resah tak berpintu…
Bebaskanlah aku…
Dari cengkaman rindu bayang mu…
Kerna aku hanyalah aku…
Dan tak mungkin menjadi seseorang di dalam hidup mu…….

Aku hanyalah seorang aku…
Bukan yang kau perlu…
Justeru…
Mengapa masih ada rindu…
Maafkan aku………..

achik_malini’74
22012015 : 0012
*Di sofa biru dalam ruang tamu……….

image

Advertisements