Archive | January 7, 2015

HARI INI 7 JANUARI 2015….

SYUKUR ALHAMDULILLAH….

Hari ini.. jika dihitung dengan kiraan Matematik.. genaplah usia saya 41 tahun….

image

Hahaha, macam biasa, saya rasa dah tua.. orang putih kata : Life begins at 40… Yeah, i agreed to that… Sebaik melangkah usia 40 pada tahun lalu, saya mula melihat lebih jauh sedikit tentang hakikat usia 40an… Berapa banyak yang telah saya tinggalkan dan berapa banyak pula yang akan saya hadapi….

Demi ALLAHswt.. jujur diakui, saya berasa sangat takut tentang segalanya.. dan seperti diduga, fenomena Anxiety Dis-order sekali lagi mengganggu saya… ALLAHUROBBI.. saya rasa sangat sendirian.. i feel lost.. i feel lonely.. i feel down.. and most of the time, i’m afraid i’ll be gone…..

Ya ALLAHswt.. janganlah ENGKAU ambil hamba di saat semua dan segalanya meletakkan hamba di tempat yang teratas… Hamba bukan seorang yang penting, jauh sekali seorang yang sangat bermanfaat.. tetapi hamba yakin, ENGKAU mengetahui segala hakiki yang tersembunyi.. segala kehendak dan tujuan yang murni… Maka, berikanlah hamba sedikit masa lagi untuk menyelesaikan segalanya di dunia ini…..

Percaya atau tidak… itulah doa saya akhir-akhir ini… siang dan malam… mungkin tidak ramai yang memahami derita penghidap Anxiety Dis-order.. dan mungkin juga ramai yang menganggap kami gila… Namun, itulah ujian dan dugaan yang ALLAHswt berikan kepada kami – insan teristimewa… Dalam berperang hampir setaraf fisabillah dengan derita ini, kami tetap jua terpaksa meneruskan hidup… Ingin pulih bukan mudah dan setelah pulih, risiko untuk mengalaminya semula adalah sangat tinggi…..

Bagi diri saya.. inilah kali pertama saya mendedahkan hal ini kepada umum – yang saya rasa pasti tidak akan peduli, kerana bukan anda yang menderitai penyakit ini… Namun, orang yang pernah hidupnya penuh semangat dan sentiasa positif macam saya, bila mula menderitai penyakit ini akibat suatu tekanan yang sangat berat hingga menenggelamkan cahaya hidup.. hanya memerlukan sokongan dan kegembiraan yang hakikatnya boleh diberikan oleh sesiapa sahaja…

Bayangkanlah, suatu waktu dahulu, saya sentiasa cuba memberikan kepada yang memerlukan.. sekarang saya pula yang terpaksa mencari-cari.. hingga ke satu tahap, saya mencipta bahagia peribadi dengan hanya memberikan kebahagiaan kepada orang lain… Walaupun pada akhirnya saya selalu dipijak kembali dan diabaikan, ia tidak lagi menjadi persoalan… Because our life is no longer prolonged.. jadi, saya harus berterima kasih kepada mereka yang menambahkan beban saya untuk lebih menderitai ujian saya, samada mereka sedar atau tidak…..

OK lah.. cukup setakat ini cerita pasal hakikat sebenar… orang sambut hari ulangtahun kelahiran dengan rasa gembira, tapi macam biasa – saya dah berhenti meraikan hari ulangtahun sejak hampir 10 tahun yang lalu… Yeah, life isn’t over yet, but most of the part does forever gone…..

Macam biasa juga… 2-3 hari sebelum tiba 7 Januari, saya akan jatuh sakit.. sama macam Arwah Abah dulu – semoga ALLAHswt mencucuri rahmat ke atas roh ALLAHyarham – aamiin, aamiin ya Rabbal’alaamiin… Sejak Mak masuk wad pada 28122014, saya agak kurang rehat dan ditambah pula dengan cuaca sejuk… Bila Mak discaj pada 31122014, saya dah mula rasa tak berapa OK, mungkin kesan daripada tidur di lantai hospital untuk jangkamasa yang agak lama…

image

Bila badan rasa semakin tidak stabil.. saya minta sepupu hantarkan saya ke klinik, sebab saya dah tak boleh memandu… Mujurlah doktor kata hanya jangkitan dan bukannya serius sangat… saya bawa balik ubat dengan hati yang tenang.. syukur ALHAMDULILLAH…..

image

Sehingga ke hari ini pun, saya masih lagi tidak sihat… namun, syukur ALHAMDULILLAH kerana umur saya masih panjang… semoga ada yang akan mendoakan untuk saya agar panjang umur dan tetap sihat, untuk menjalankan tugas-tugas saya memikul tanggungjawab orang lain… i’ll never complain, but i wish you understand…….

image

Dan, saya akan selalu ingat untuk simpan ini di rumah…..

image

Syukur ALHAMDULILLAH… walaupun masih tidak berapa sihat, tapi saya akan teruskan hidup dan cuba untuk kelihatan gembira… Moga ALLAHswt akan sentiasa membantu saya.. HE is the only ONE i have besides my Mak…….

image

Advertisements