Archive | January 2015

TENTANG AIR JAMPI DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA…..

Nota ini adalah pendapat peribadi saya hasil daripada pemerhatian dan perbincangan dengan pihak-pihak yang lebih berpengalaman.. tiada kena mengena dengan mana-mana pihak.. sekiranya ada yang tidak menepati citarasa atau hakiki mana-mana pihak, harap diabaikan sahaja.. TERIMA KASIH……..

*MY BLOG, MY WORDS, MY WORLD*
-: non of these are your business. peace :-

A) Ramai orang menganggap bahawa AIR JAMPI adalah salah satu solusi bagi semua penyakit.. justeru, ramai bomoh dan dukun ditemui untuk mendapatkan air jampi yang mujarab.. Walhal, jika bomoh atau dukun itu benar-benar jujur dan tidak menyeleweng dengan mencari makan dengan ayat-ayat ALLAHswt, sudah tentulah akan menyuruh pesakit mendapatkan rawatan klinik atau hospital dahulu.. Jika doktor mengesahkan memang tiada penyakit, maka barulah boleh digunakan rawatan alternatif…..

B) AIR PENERANG HATI yang selalu diminta oleh IbuBapa daripada para perawat tradisional untuk anak-anak mereka, sebenarnya boleh dibuat sendiri.. Persoalannya, berapa ramai Ibu yang berzikir ketika memasak dan berdoa ketika menyediakan air minuman untuk anak-anak…? Cubalah bacakan doa yang ikhlas dari hati seorang Ibu, ketika membuat makanan dan minuman untuk anak sendiri.. mintalah apa sahaja daripada ALLAHswt hajat kita untuk anak itu.. Percaya atau tidak, hakikat sebenar yang selalu kita lupa – doa seorang Ibu untuk seorang anak itu lebih makbul daripada doa orang lain, waima seorang Ulamak sekalipun……

C) Tidak ramai yang menyedari, bahawa AIR WAFAQ atau lebih dikenali sebagai AIR YAASIN itu adalah air suci yang dibacakan dengan TUJUH KALI YAASIN.. yang bermakna : Ia dibacakan dengan tujuh kali Surah Yaasin.. samada secara berturutan atau berselang hari, tetapi jumlah bacaan Surah Yaasin kepada air tersebut hendaklah TUJUH KALI.. bukannya bacaan Surah Yaasin oleh tujuh orang secara serentak SATU KALI dalam satu masa…..

D) Amalkanlah meletakkan di sisi anda, sebotol air mineral/air suam – yang dibuka tutup botolnya – setiap kali anda membaca al-Quran.. Selepas selesai membaca al-Quran, minumlah seteguk air ini.. Dan di waktu yang lain, lakukan perkara yang sama sehingga air tersebut habis dan gantikan dengan air yang baru.. Sesungguhnya, air yang dibacakan ayat-ayat al-Quran mampu menjadi penyembuh penyakit dan penenang jiwa.. in shaa ALLAH…..

E) Sekiranya anda ingin membuang AIR JAMPI yang tidak habis diminum atau ragu-ragu untuk diminum.. JANGAN curahkan ia ke dalam singki atau longkang, curahkanlah di pangkal pokok atau ke dalam sungai yang mengalir airnya.. Kerana dikhuatiri, di dalam jampi yang dibaca itu ada disebut nama-nama ALLAHswt……

Wallahuaalam…….

From the desk of : achik FBI

image

Advertisements

15 MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA….

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain”. H.R Tarmizi.

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah s.a.w. Ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Firman Allah SWT:

لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. Ar-Ra’du (11).

FirmanNya yang lain:

أَلَمۡ يَرَوۡاْ كَمۡ أَهۡلَكۡنَا مِن قَبۡلِهِم مِّن قَرۡنٍ۬ مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مَا لَمۡ نُمَكِّن لَّكُمۡ وَأَرۡسَلۡنَا ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡہِم مِّدۡرَارً۬ا وَجَعَلۡنَا ٱلۡأَنۡهَـٰرَ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہِمۡ فَأَهۡلَكۡنَـٰهُم بِذُنُوبِہِمۡ وَأَنشَأۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِمۡ قَرۡنًا ءَاخَرِينَ

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain? Al-An’aam(6).

Kredit : Nur Hilman Afiq (FB)

CORAT CORET BANJIR PART IV

NOTE : COPY & PASTE WITHOUT EDITING…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MOHON TINDAKAN SEGERA DARI LUAR KELANTAN ~ MEREKA BENAR2 DI TAHAP KRITIKAL

Terngiang-ngiang suara kepenatan ma masa buat panggilan terakhir jam 7.00pagi 25/12/2014. Ma cakap baru nak lelapkan mata. Dari petang kelmarin tak berhenti angkut barang smpai ke pagi. Kerana air mulai naik petang kelmarin kat rumah ma. Allhurabbi, saat itu hati ini seperti mahu terbang saja ke sana.

Ma maklumkan yang jiran-jiran berdekatan ada sekali menumpang di rumah ma. Alhamdulillah rumah ma 2tingkat. Dapat berteduh di tingkat atas, tingkat bawah dah ditenggelami air.

Sejak jam 9pagi 25/12/2014, dah tak dapat buat panggilan telefon ke sana. Line dah tak ada. Hanya mesej diterima. Itupun bukan selalu ada line, kadang2 sahaja.

Lebih mengharukan adik bongsu mesej maklumkan mereka hampir kehabisan bekalan air, bekalan elektrik tiada, namun tiada bantuan lagi diterima. Kami yg di luar kawasan dah hubungi semua bantuan, namun mereka masih belum terima bantuan.

Jam 9.44malam, adik mesej maklumkan air semakin meninggi. Mereka kelaparan, kegelapan dan kesejukan.

Pagi ni, dapat mesej yang lagi memilukan. Bantuan belum lagi sampai. Adik maklumkan mereka kelaparan. Dari pagi 25/12 tidak menjamah makanan berat (nasi). Air bersih dalam tangki juga sudah kehabisan.

Di dalam rumah tu ada 30 orang termasuk kanak2, warga emas dan orang kurang upaya (berkerusi roda)

Saat ini, 26/12/2014, jam 12.39pm masih belum ada bantuan. Bukan tiada langsung bantuan cuba dihulurkan, namun bukan rezeki mereka lagi. Ada bot yg pergi tapi arus deras, mereka berpatah balik. Ada helikopter menghampiri, tapi masih belum dpt selamatkan…

Allahuakbar, mohon kita yang di luar kawasan tolong sama2 sebarkan… Mohon tindakan segera. Kasihanilah mereka…

Hanya kepada Allah tmpat bergantung harap. Moga mereka dalam lindungan dan jagaan Allah.

Hanya satu yang ingin diminta, mohon salurkan bantuan makanan dan minuman buat mereka. Mereka kelaparan, mereka kekurangan tenaga.

Saat di sini meneguk air, terbayang nasib mereka memegang perut yg kelaparan. Allhurabbi. Moga sinar kebahagiaan muncul kembali. Kamilah hambaMu yang lemah lagi hina… Ampunilah dosa-dosa kami, ya Allah….

p/s : Mohon salurkan bantuan ke kawasan ini dengan kadar segera LOT 2902, LORONG PIPIT, TAMAN ADABI, TANAH MERAH, KELANTAN.

Mngharap dengan Penuh Harapan,

Coretan
Anak Ke-6,
Cikgu Ariffin & Rakiah
013-6048431

***************************************

Pesanan dari Encik Shukry Samsudin

mohon pesan kepada mereka yang ada saudara mara tu jika rumah sudah mula dinaiki air walaupun baru depan rumah untuk BERPINDAH SEGERA. Jangan la sangka air semakin surut. sentiasa bersedia untuk ‘the worst situation’.

Sebagai sukarelawan yang terlibat saya kecewa apabila orang kampung memperlekehkan kami apabila kami datang menyuruh untuk berpindah. ada yang mencemuh ada yang menyombong kononnya sudah duduk berpuluh tahun tak pernah dinaiki air tapi apabila air mula naik mereka mereka ini la yang mula cemas mengharap kedatangan penyelamat. andai penyelamat lambat datang berkarung pula makian diberi. seolah2 hanya mereka seorang sahaja perlukan bantuan.

juga mereka yang terselamat tu apabila berada di pusat pemindahan jagalah kelakuan dan bersopanla. ringankan tulang tolong anggota penyelamat apa yang termampu. kadang2 bantuan makanan sampai nak tolong angkat bawa ke stor pun tak nak. nak ke dapur tolong memasak pun susah. tapi bila makanan tak cukup habis dimaki semua orang.

anggota penyelamat sentiasa bersedia sehingga kadang2 makan pun sekali sehari. penyelamat bukan tulang besi urat dawai 24 jam boleh bergerak.

semoga urusan banjir dipermudahkan dan sama2 memberi bantuan yang termampu. dan salurkan maklumat dengan tepat ke DCC atau agensi lain jika memerlukan bantuan.

Kredit : http://www.facebook.com

CORAT CORET BANJIR PART III

NOTE : COPY & PASTE WITHOUT EDITING…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Julie Juliewatty
46 mins · Nibong Tebal ·
info dari suami saya yng berada di tempat kejadian banjir tanah merah.. bekalan makanan sangat kritikal, yang ada di JKM xmncukupi utk satu tempat pemindahan pun, makanan pulak yg kering, dapur xde, nak masak macamana… mangsa masih ramai menunggu utk disleamatkan, tapi bot bomba kehabisan minyak (xkn x alert ngn masalah ni, xde bekalan awal2), keadaan bandar sunyi sepi, xde pun jentera penyelamat yg datang, banjir bkn baru berlaku hari ni,

ada anatar mangsa banjir dh mula mncari tempat yg lebih tinggi utk berlindung, antaranya bangunan kedai majlis daerah yg tgh buat yang berdekatan ngn pdg tu, bayangkan mereka tdo macamana kat situ, dengan berlantaikan simen..

banyak lg sy nak kongsikan, tapi.. apa yg suami saya minta sampaikan, kerajaan sangat lambat bertindak dan pengurusan sgt tidak terancang..dia mohon sngat pada kerajaan pusat di luar sana, hantar lah bantuan secepat n sebnayk mungkin… anak2 kecil menangis kelaparan, mangsa2 yng melambai dan mnjerit minta diselamatkan..

**************************************

Hananyya Hammany
Catatan Ku Petugas Banjir.
25Disember2014
Zon 1 Bukit Besi.

Terima Kasih semua sahabat yang prihatin dengan musibah banjir yang melanda kami di DUN N25 Bukit Besi. Kisah menyayat hati kami simpul kemah agar menjadi catatan, sumbangan barang keperluan dari tuan semua mampu kaliskan kesedihan ini.

Hari ini Pasukan Bomba menyelamatkan satu keluarga yang sudah 3 hari berpaut di sebatang pokok, bersekali dengan semut berbisa, lipan dan ular. Kejadian ini berlaku di Kampung Padang Ping.

Dua hari lepas ada seorang ibu tunggal yang sakit merayu diberi gula lebih. Mereka kata tidak cukup kadar secawan gula yang kami beri dengan anak 4 orang dan dah tiga hari minum air tidak bergula. Dia mintak sebungkus 1kg. Petugas kami kata tak boleh sebab barang tiada.

Sebelum itu, seorang ketua keluarga marah dengan pemberian sebatang lilin untuk sebuah rumah. Petugas kami kata jika bekalan sampai kami akan hantar sekotak 6 batang.

Aku hanya mampu memberi semangat kepada petugas yang keletihan dan kelaparan. Kami tiada bawa bekalan makanan kerana muatan bot yang terhad. Tanyalah sesiapa pun yang pernah bertugas sukarela banjir ini.

Semoga dengan bantuan sahabat sahabat semua kami akan menyalurkan sekurangnya 1bag beras 5kg, 1kg gula, 2 tin besar sardin, satu bungkus biskut dan 1 kotak lilin. Kami juga termenung seketika untuk menguruskan kos petrol untuk 4 buah bot dengan kadar RM 100.00 untuk sebuah bot yang berulang alik ke hulu dan hilir Sungai Dungun.

Semasa aku mengatur ayat untuk posting ini, 5 Sukarelawan sedang bertarung nyawa meredah laluan Sungai Dungun yang sangat bahaya untuk menyerahkan peralatan kepada dua bayi yang baru lahir di kampung Tepus dan Rantau Panjang Hulu Dungun.

Sekali lagi aku ucap terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan barangan dan wang ringgit. Seperkara lagi, yang memberi sumbangan tolong izin dan halalkan jika kami petugas termakan sebahagian sumbangan anda untuk mengalas perut semua petugas. Kami sedaya upaya untuk tidak makan makanan yang dikhaskan kepada mangsa banjir.

” Terus Bantu Kami”

Kredit : http://www.facebook.com

CORAT CORET BANJIR 2014 – Pt. II

NOTE : COPY & PASTE WITHOUT EDITING…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Id Oih
Salam. Saya memohon semua umat Islam di seluruh Malaysia mengadakan solat hajat mohon pada ALLAH supaya dijauhkan bala dan supaya dikurniakan rahmat dan berkat. Kerana kita sentiasa berhajat kepada ALLAH yang bersifat dengan ISTIGHNA dan sekalian makhluk berhajat kepada ALLAH yang juga bersifat dengan IFTIQAR ( sekalian makhluk berhajat kepada ALLAH ).
Saya mohon rakyat Malaysia yang beragama ISLAM supaya MELAKUKAN SOLAT HAJAT sama ada berjemaah atau secara persendirian agar dijauhkan dari bala dan diturun rahmat serta keberkatan kepada negara Malaysia khasnya dan sekalian negara yang ada umat Islam. Kempen solat hajat dilakukan secara berterusan. Contohnya setiap kali selepas solat Jumaat ( boleh pilih; ini contoh sahaja). Harap dapat perhatian pihak kerajaan seperti JAKIM DAN PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI MALAYSIA, Parti-parti politik ( BN, PAS, UMNO, PKR, BARJASA, HAMIM DAN LAIN-LAIN), NGO-NGO yang beragama Islam, para ustaz dan guru-guru agama yang mempunyai institusi pendidikan sendiri. Teruslah bermunajat kepada ALLAH AZZAWAJALLA…..

************************************

Amirul Izat
Tersebar penyebaran ayat surah Hud 44 secara sekerat
((Hai bumi telanlah air mu, dan hai langit [hujan] berhentilah))

Hakikatnya, lafaz di atas bukanlah doa. Ia merupakan arahan Allah kepada langit dan bumi. Siapa kita untuk memberi arahan kepada langit dan bumi? Lihatlah ayat yang penuh di bawah:

وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ وَقِيلَ بُعْدًا لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (44)
Dan difirmankan: “Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit [hujan] berhentilah,” Dan airpun disurutkan, perintahpun diselesaikan, dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan: “Binasalah orang-orang yang zalim.” [Hud : 44]

Ayat di atas berkaitan kisah bahtera Nabi Nuh ‘alaihissalam.

Berdoalah kepada Allah, agar hujan berhenti. Doalah kepada ALLAH!

Berdoalah dengan doa yang nabi sallallahu ‘alaihi wasallam baca di dalam khutbahnya:

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالْآجَامِ وَالظِّرَابِ وَالْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
Ya Allah turunkanlah hujan di sekeliling kami, jangan turunkannya di atas kami..Ya Allah turunkan hujan di bukit kecil, tanah tinggi, perut lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pokok. [Sahih al- Bukhari, Kitab al-Jumu’ah, Bab al-Istisqa’, hadis no: 962]

– Abg Luqman Mat Sin
(Calon PHD Tafsir Univ Islam Madinah)

Kredit : http://www.facebook.com

CORAT CORET BANJIR 2014 – Pt. I

NOTE : COPY & PASTE WITHOUT EDITING…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau dengaq kuliah SYEIKH tadi memang nak nangis
Nabi bila langit mendung, muka nabi berubah terus. Saidatina Aisyah tanya kenapa muka nabi berubah bila tgk langit mendung, jawab nabi sebab waktu mendung ni bala ALLAH turun. Kesian tgk SYEIKH tadi. Mcm tak larat ja
(Syeikh demam)
SYEIKH kata langit skrg ni tahap voltan paling tinggi dah
Tunggu masa bala nak turun.
Bala, selagi tak turun, kita boleh solat hajat, mintak jangan turun

Tapi bila dah turun, kita mintak pada ALLAH, ALLAH tolak. ALLAH tk terima dah
SYEIKH kata, dia mcm nak suruh menteri kedah panggil semua rakyat kedah buat solat hajat di stadium darul aman. Doa mintak ampun. Mintak tak turun bala
Tenat dah skrg ni
SYEIKH paling takut 26,27 ni langkawi nak buat pesta
Dah pilih tarikh 26 tu tarikh bekas tsunami dulu
Org dok tahan tak bagi bala turun. Depa pi buat pesta pulak. Seolah olah dok panggil bala ALLAH turun
Tengok langit. Mendung ja. Berapa hari dah takda matahari
Awan hitam dok tahan air. Tengok langit. Taktau berapa ratus ribu tan air dok ada. Empangan langit besar, tak boleh lawan empangan kita
Kalau turun tu.. Eh, taktau la
Takut dengaq SYEIKH cerita. Ni cerita balik apa SYEIKH cakap tadi
Bala ALLAH turun waktu malam, siang pagi waktu dhuha
Tengok banjir di perlis, kelantan, terengganu, pahang. Tengok kajian. Air naik waktu malam/waktu dhuha
Tafsir. Kat ayat last tafsir tu, bertakwalah kepada ALLAH dan ketahuilah hukum ALLAH itu teramatlah berat
Lepas habis tu SYEIKH cerita
Takutt
SYEIKH kata baru ni puting beliung dkt sabak bernam
Tuhan tak turun dkt rumah orang
Tuhan bg dkt sawah padi.
Tengok banjir punya teruk, tak ramai sgt yg mati
ALLAH nak turun bala pun masih dia bagi rahmat
Tuhan tak kejam. Tapi manusia yg kejam terhadap diri sendiri
ALLAH takkan jadikan sesuatu itu sia sia
Mesti ada sebab kenapa ALLAH buat mcm tu
Seolah olah petanda
Tapi kalau kita masih tak paham. Masih tak sedar2, taktau laa
Mcm banjir di kelantan. Menteri kata banjir luar biasa
Tengok rantau panjang. Kereta habis hanyut mcm tsunami
Sebab apa tu? Sebab kelantan nak buat hukum hudud
Tapi ada hat orang2 yg dok tentang
Rahmat ALLAH turun dkt org baik ja
Tapi bala ALLAH turun tak kira baik jahat, semua kena

Kredit : Norsheela Abdul Hamid (FB)

Aiman Abadi
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam suatu saat pernah meminta diturunkan hujan. Kemudian ketika hujan turun begitu lebatnya, beliau memohon pada Allah agar cuaca kembali menjadi cerah. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdo’a,
اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا,اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
“Allahumma haawalaina wa laa ’alaina. Allahumma ’alal aakami wal jibaali, wazh zhiroobi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari [Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merusak kami. Ya Allah, turukanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan].” (HR. Bukhari no. 1014)
Syaikh Sholih As Sadlan mengatakan bahwa do’a di atas dibaca ketika hujan semakin lebat atau khawatir hujan akan membawa dampak bahaya. (Lihat Dzikru wa Tadzkir, Sholih As Sadlan, hal. 28, Asy Syamilah)

SEDIKIT FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG SOLAT ISTIKHARAH….

NOTE : COPY & PASTE WITHOUT EDITING
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pertama: Pengertian

Istikharah (الاستخارة) secara bahasa bermakna meminta kebaikan.[1]

Dalam istilah syar’i bermakna meminta kebaikan kepada Allah dalam hal-hal yang Allah perbolehkan dengan tata cara yang disebutkan dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.[2]

Kedua: Kaidah yang ditetapkan para ulama

Para ulama menetapkan kaidah yang berhubungan dengan shalat istikharah.

لا استخارة إلا في أمر مباح أو مندوب

“Shalat istikharah dilakukan hanya pada perkara mubah atau mandub.”[3]

Artinya istikharah adalah pada perkara-perkara mubah. Dengan shalat ini, seorang mukmin meminta bantuan kepada Allah jika ada perkara yang sulit dihadapi. Ini dengan syarat bahwa perkara yang dihadapi berada pada ruang lingkup atau berkategori mubah atau mandub/anjuran. Ia pun tidak mengetahui sisi keakuratan pilihan dalam hal yang ia lakoni.

Berdasarkan kaidah ini, istikharah tidak dilakukan untuk meminta petunjuk apakah akan tetap melakukan sesuatu yang haram atau tidak karena sangat jelas bahwa seorang muslim wajib meninggalkan sesuatu yang haram. Alasan lain, seperti yang disebutkan para ulama, tidak ada kebaikan pada sesuatu yang Allah haramkan. Dengan kata lain, Allah tidak meletakkan kebaikan dalam sesuatu yang haram.

Istikharah juga tidak dilakukan untuk meminta petunjuk apakah akan tetap melakukan kewajiban syar’i atau meninggalkannya karena suatu kewajiban syar’i wajib dilakukan. Selain itu, terdapat kebaikan murni dalam sesuatu yang Allah wajibkan.

Istikharah juga tidak dilakukan dalam hal yang makruh karena hal yang makruh tidak memiliki sisi kebaikan.

Ketiga: Kesepakatan Madzhab-madzhab.

Dalam kitab Al-Qawa’idul Fiqhiyyah Bainal Ashaalah wat Taujiih, Dr Muhammad Bakr Isma’il mengutip sebuah statement dari kitab Al-Maushu’atul Kuwaitiyyah (Jilid 2 hal. 242):

“Madzhab-madzhab telah sepakat bahwa istikharah dilakukan dalam sebuah masalah yang keakuratan/kebenarannya tidak diketahui oleh seorang hamba. Adapun hal-hal yang dengan jelas diketahui memiliki kebaikan seperti ibadah dan amal kebaikan atau hal-hal yang keburukannya diketahui dengan jelas seperti maksiat dan kemungkaran maka tidak dibutuhkan istikharah kecuali ingin menentukan penjelasan khusus tentang waktu seperti waktu pelaksanaan haji di tahun ini jika ada kesempatan dan tak ada halangan.

Dari penjelasan ini, istikharah bukan sesuatu yang diperbolehkan kecuali pada hal yang mubah atau mandub/anjuran.”[4]

Kredit : https://www.islampos.com