Archive | September 2014

MENANGANI PERASAAN CEMBURU….

Oleh : FARIT ISMETH EMIR

Terima hakikat sifat cemburu masalah kita sendiri dan kita bertanggungjawab mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yang boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dalam apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pada diri sendiri, bukannya orang lain.

Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita daripada orang lain? Teruk sangatkah dia apabila dia senyum kepada seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiri pun pernah tersenyum kepada wanita/lelaki lain?

Jika rasa cemburu kita sedang memuncak, bayangkan apa yang akan berlaku jika kita melepaskannya kepada pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat dan mempunyai seorang setiausaha cantik, kita patutnya ucapkan tahniah dan bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dengan sesiapa, dia tetap akan buat tidak kira sama ada kita cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dapat menghalang mereka.

image

10 PERKARA MEMBUKTIKAN LELAKI ITU RUMIT….. :-)

1. Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
TAPI
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
TAPI
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
TAPI
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
TAPI
Jika dia yang lebih pintar, dia terasa dirinya hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
TAPI
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
TAPI
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya. .

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
TAPI
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
TAPI
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
TAPI
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada mereka yg bernama lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar..

Apa kata lelaki?

13052011 : 0026

ADAKAH ISLAM MENGIKTIRAF PENGZAHIRAN CINTA ?

Oleh : Farit Ismeth Emir
(Petikan dikutip dari FB beliau)

ISLAM dengan hakikat semula jadinya mengiktiraf CINTA yang bersemi pada diri seseorang. Bahkan ISLAM telah pun menggariskan kepada kita 3 peringkat CINTA iaitu CINTA paling agung, CINTA pertengahan, dan CINTA yang paling hina. Oleh itu, ISLAM mengiktiraf perasaan CINTA kerana ia adalah fitrah semula jadi manusia.

Cari Persamaan – Cari persamaan anda dan pasangan kerana persamaan ini dapat membantu anda dan pasangan terus mencintai antara satu sama lain. Begitu juga persamaan tingkah laku ketika bercinta dan selepas bergelar suami isteri. Jika sebelum berkahwin boleh bersuap-suapan ketika makan, mengapa kini tidak lagi?

Jika anda mempunyai masalah rumah tangga, jangan biarkan orang luar campur tangan. Tidak kira samada ahli keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja. Masalah keluarga biar anda dan pasangan yang selesaikan. Hal ini kerana tidak semestinya orang luar boleh menyelamatkan keadaan. Malah keadaan lebih merbahaya jika orang luar itu menyokong satu pihak sahaja.

Kurangkan Syak – Jangan terlalu cemburu atau berprasangka pada pasangan. Cemburu, syak dan berprasangka hanyalah mainan minda yang mungkin tidak sama dengan realiti. Perasaan ini selalunya menjadi punca kepada pergaduhan, murung dan hilangnya kosentrasi terhadap tanggungjawab sebagai suami maupun isteri.

image

JUST TO REMIND YOU TO BE MORE CAREFUL !!!

I SHARE BECAUSE I CARE……

image

Answer the phone by LEFT ear.

Do not drink coffee TWICE a day.

Do not take pills with COOL water.

Do not have HUGE meals after 5pm.

Reduce the amount of TEA you consume.

Reduce the amount of OILY food you consume.

Drink more WATER in the morning, less at night.

Keep your distance from hand phone CHARGERS.

Do not use headphones/earphone for LONG period of time.

Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.

Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.

When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.

image

*Forward this to those whom you CARE about.