Archive | July 2014

SYIRIK – Mempersekutukan ALLAHswt

Oleh : SHAMSUDDIN SALLEH

Islam mengajarkan kita bahawa Yang Maha Kuasa itu adalah Allah Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan selain Dia. Semua yang lain selain Allah adalah makhlukNya. Mengakui bahawa yang lain selain dari Allah sebagai Tuhan bererti mempersekutukan tuhan dengan makhluk Nya. Pengertian syirik yang kita fahami dari al-Qur’an dan al-Hadis ialah, menjadikan sesuatu selain Allah sebagai sembahan dan benda-benda pemujaan atau tempat pergantungan segala harapan.

Pada umumnya kita berjaya untuk menghalang diri kita daripada perbuatan syirik dalam bentuk penyembahan kepada berhala atau patung, kerana bentuk-bentuk syirik tersebut sangat jelas. Tetapi kita banyak terdedah kepada syirik kerana ada yang percaya kepada dewa dewa sebagai pembantu Tuhan, dan ada juga yang percaya bahawa benda-benda di langit seperti matahari, bulan, bintang dan ada juga yang mempercayai pohon kayu, batu, keris, kuburan orang-orang yang keramat adalah sebagai perantara dengan Tuhan.

Firman Allah;

image

image

Selalu kita melihat orang-orang Islam yang memuja keris, batu cincin atau pun memakai azimat. Mereka menganggap bahawa semuanya itu dapat menghindarkan mereka daripada bala dan penyakit, atau dapat mendatangkan kebaikan atau rezeki kepada mereka.
Mereka tidak sedar bahawa perbuatan mereka ini adalah terdedah kepada syirik.

Kita juga biasa melihat orang-orang yang menziarah ke kuburan orang-orang yang mereka anggap keramat. Apa yang mereka lakukan di sini adalah berdoa kepada roh-roh orang keramat agar dapat menjadi perantara (wasilah) memohon kepada Tuhan untuk memohon hajat mereka.

Firman Allah:

image

TIPS ‘BELAJAR’ UNTUK KURUS….

~ Kena kawal selera makan di samping senaman berkala… mulakan dengan penyusutan kuantiti makanan…. ambil masa 1-2 minggu juga nak sesuaikan diri, termasuk la dapat gastrik ringan & cepat letih…. tapi kena tahan ler & sediakan ubat – buleh tanya doktor tentang ubat yang sesuai (*but “SIMAGEL I” is good for ‘angin dalam perut’)… then, insyaALLAH suddenly perut akan menolak kuantiti makanan yang terlalu banyak…. lastly nanti akan dapat sesuaikan diri untuk makan 3 senduk nasi, pastu tak boleh masuk lagi…. sendiri nak termuntah…. but the BAD thing is, our body need more water (*minum banyak air = perut buncit). And lack of sugar from rice will lead us to take more sweet drinks (*specially bicarbonate drinks).

~ Better start taking Dark Chocolate (*the more % of choco inside is better – kalau sanggup, eat cooking chocolate)… it also helps to reduced fat whilst fulfill our ‘needs’ (*bagi kenyang tanpa perlu makan nasi berlebihan).

~ KURANGkan minum 100Plus sebab ia salah satu punca diabetes… better take FRESH fruit juice. Totally ‘sky-juice’ not really good for body that is reducing taking sugar… kena ada keseimbangan.

~ Kita gemuk BUKAN dalam tempoh 24jam…. so, DON’T expect utk jadi kurus dlm jangkamasa singkat… take a walk rather than drive your car until the front door (*ever heard people say : Berjalan santai tepi pantai itu LEBIH BAIK daripada berjogging?? – it’s actually REALLY GOOD for older heart), take a stairs rather than fetch a lift, always do small little things frequently rather than take all the ‘burden’ at the same time…. live a smart & healthy live first, before take a risk to reach your target via a rough way….

~ And KNOW what REALLY INTERESTING is…??? I learn all of the above from my Arwah Abah…. it’s REALLY works (*tak tipu punya….!!). Tapi memang la LAIN ORANG, LAIN RESULT dia…. The same goes to me…. berjaya kurangkan berat badan, just that stress & operation ‘kill’ me faster than I got the perfect result…. what a shame….!~

~ But, it’s really made me enjoying myself sharing these with you all….. hope that you can utilize all the PETUA untuk menjadikan hidup lebih bermakna…. you CAN share these with your friends, but PLEASE just copy & paste and delete my name…. or just share it mouth to mouth WITHOUT saying my name…. just share it without afraid of being blamed….. (^_^)

~STRESS is REALLY a bad killer!~

Wanmalini Ahmad
24072010 : 0203

SUKA SUKI KALENDAR JAWA….

Sedikit tentang Kalender Jawa :

Kalender Jawa adalah sebuah kalender yang istimewa karena merupakan perpaduan antara budaya Islam, budaya Hindu-Buddha Jawa dan bahkan juga sedikit budaya Barat.. Dalam sistem kalender Jawa, siklus hari yang dipakai ada dua: siklus mingguan yang terdiri dari 7 hari seperti yang kita kenal sekarang, dan siklus pekan pancawara yang terdiri dari 5 hari pasaran…

Untuk mengetahui peribadi anda atau pasangan.. bolehlah klik ke pautan ini :-
http://ki-demang.com/almanak/?do=watak

PERKAHWINAN KEDUA….

07 Mei 2010

-Memahami perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang memerlukan kedua dua pihak saling bekerjasama untuk mencapai maksud perkahwinan yang dibina dan tidak menaruh rasa prasangka.

-Kedua dua pasangan perlu menjadikan rumahtangga sebagai medan perjuangan yang mengukur nilai kesefahaman kedua-duanya dan saling memenuhi… Lihat seterusnya.. tuntutan hak dan tanggungjawab yang mesti disempurnakan.

-Bagi suami atau isteri yang pernah mempunyai sejarah perkahwinan kali pertama ,perlu menjadikan pengalaman lalu sebagai landasan untuk memperbaiki kelemahan yang ada agar tidak menjejaskan kepercayaan yang diberikan.

-Pasangan perlu saling menyokong antara satu sama lain walau apa jua pun cabaran yang mendatang demi mencapai kerukunan yang diimpikan agar rumah tangga dapat berjalan seperti mana yang diidamkan.

-Elakkan daripada membuat perbezaan atau perbandingan perkahwinan kini dengan yang lalu kerana ia sikap sedemikian boleh menjadi sebab utama berulangnya keruntuhan rumahtangga yang dibina kerana baru dan lama pasti tidak sama.

-Pasangan perlu berjanji kepada diri sendiri bahawa kegagalan kali pertama tidak semestinya gagal untuk kali kedua yang penting tanggungjawab dilaksanakan dengan telus dan iklas demi kebaikan masa depan bersama.

-Suami atau isteri yang berhadapan dengan pengalaman berumah tangga bagi kali kedua,perlu bersedia untuk saling mempelajari rumah tangga yang baru tidak dibayangi oleh individu lain yang akan merosakkan keadaan…

Wallahualam…

Wassalam.

image

*Satu artikel hasil tulisan seorang sahabat saya, Allahyarham Din Abbas.. Moga ALLAHswt mengampunkan segala dosa-dosanya dan menghapuskan seksaan kubur baginya.. aamiin, aamiin ya Rabbal’alaamiin…..

*AL-FATIHAH*