Archive | May 2014

HAIRAN KU…..

Kala sepi mencarik minda dan jiwa..
Kau mencari hiburan di mana saja..
Kau puas menabur segumpal cinta..
Asalkan kau mendapat secubit mesra..
Namun pernahkah kau fikir akhirnya..
Kala ditambak harapan dari semua..
Kala harus memilih satu tidak dua..
Kala tersepit dek janji setia..
Aku mahu pergi..
Tapi langkahku sering mati..
Kerana tiap kali menghindari..
Kau akan mencari..
Bila ku tanya untuk apa lagi..
Tiada jawapan diberi..
Kenapa harus kau guris sekian banyak hati..
Andai kau sendiri tak mampu hadapi..
Peritnya rasa bila dikhianati…..

ketilang sepi
25092011 : 1135

image

Advertisements

BIMBANG KU…….

Wahai kekasih..
Mampukah dikau untuk setia..
Tatkala godaan semakin membara..
Mampukah dikau menahan perasaan..
Tatkala dosa bertukar hiburan..
Lihatlah ke dalam mata sepiku..
Rasakan degupan jantung laraku..
Dengarkan bisik hati piluku..
Kembalilah untuk kekal..
Kembalilah untuk selamanya..
Bertapak di lantai cinta kita..
Yang kian reput dimamah iri..
Kian gontai dirempuh caci..
Sebelum aku melangkah pergi..
Dan tak lagi sudi kembali..
Bimbang ku di saat itu..
Kau tak mungkin dapat hidup tanpa aku…

ketilang sepi
24092011 : 0802

image

PUAS SUDAH…..

Puas sudah ku cuba bertahan..
Dikau terus-terusan mengguris hati..
Puas sudah ku cuba melupakan..
Namun bayangmu tetap menghantui..
Puas sudah ku cuba melepaskan..
Tapi kau tetap datang kembali..
Puas sudah ku cuba memaafkan..
Tapi tetap juga kau mengkhianati..
Puas sudah ku cuba meneruskan..
Tapi di hatimu cinta bagai tiada lagi..
Dan, di sebalik semua cubaan itu..
Di manakah kesetiaan..?
Di manakah kejujuran..?
Di manakah keikhlasan..?
Lalu, untuk kesekian kalinya ku bertanya..
SUDAH PUASKAH DIKAU..?

achik_malini
19092011 : 0135

image