Archive | March 2014

PARACETAMOL

PARACETAMOL relieves pain. It also reduces fever. You can take a dose of paracetamol every 4-6 hours if needed, but DO NOT take more
than four doses in any 24-hour period.

Do not take with anything else which contains paracetamol. Talk to a doctor straightaway if you take too much paracetamol, even if you feel well.

image

ABOUT PARACETAMOL

Type of medicine :
Painkiller
Used for Pain and fever (high temperature) in adults and children.

Also called :
Alvedon®; Calpol®; Disprol®; Hedex®; Mandanol®; Medinol®; Panadol®

Available as :
Tablet, capsule, soluble tablet, oral liquid, suppository and injection.

image

Paracetamol belongs to a group of medicines known as analgesics, or painkillers. It is used to relieve mild-to-moderate pain. It is also useful for lowering a raised temperature (fever) , such as after childhood immunisation.

Paracetamol is a common painkiller and is available to buy from many retail outlets as tablets/capsules and as liquid medicine. Many brands of ‘over-the-counter’ combination painkillers contain paracetamol, as do many cold and flu remedies.

It is important that you check the label on any preparation that you buy to make sure that you are not taking more than one preparation containing paracetamol.

Before taking paracetamol :
Most people can take paracetamol without any problem, but to make sure it is the right treatment for you, speak with a doctor or pharmacist before you start taking it if:

1) You are pregnant or breast-feeding. This is because, while you are expecting or feeding a baby, you should only take medicines on the recommendation of a doctor.

2) You have a serious problem with the way your liver works, or if you regularly drink large amounts of alcohol.

3) You are taking medicines prescribed by a doctor.

4) You have ever had an allergic reaction to a medicine.

image

Advertisements

CERITA TENTANG QARIN…

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

image

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.”

(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.”

(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.”

(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.

Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

image

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !

والله اعلم

BIBLIOGRAFI:

http://panduanislam.com/blog/2011/04/apa-itu-qarin/

PEOPLE DO CHANGE…

Sometimes….
People just change…
No matter what…
But, people do change…
I do…
And, i know, one day you will too…
But, i just hope that it’ll lead us to a better place…
For us to do the best…
For us to share the best…
Till death do us apart…
And,
I’ll call it a day……..

achik_malini’14
08 January 2014 : 0219

image

BELAJARLAH MEMAHAMI DAN KENAL ERTI SIMPATI

Bila terjadi sesuatu bencana atau perkara pelik yang menimbulkan kekecohan… Kita pandai saja memberikan komen dan buat spekulasi serta andaian..

Kita mulalah mengeluarkan segala petikan tafsir ayat-ayat suci dan hadith sebagai renungan.. kononnya…. Kita juga selamba mengutuk dan menegur sinis pihak-pihak tertentu.. malah kadangkala pihak yang bergelar mangsa pun jadi bahan cercaan kita..

Belum lagi dengan penjelasan dan huraian bak pakar bila ada soalan terbetik di meja bincang, terutama di celah-celah harum kopi dan asap rokok.. walaupun kita sendiri sepatah haram pun tak faham apa yang kita huraikan…

Tapi..
Pernahkah kita terfikir andai kita yang mengalami bencana atau perkara kecoh itu…? Pernahkah terdetik di hati kita.. kalaulah kita yang menjadi bahan cercaan, bahan spekulasi dan entah apa lagi… tetapi.. tiada seorang pun yang peduli….?

Malah, di saat nasib kita sedang diperjudikan.. ada pula pihak yang sesuka hati menyindir dan mencerca, malah menjadikan nasib malang kita itu sebagai bahan lawak jenaka yang disokong dengan hilai tawa dan lelucon orang yang sedangkal kita saat mentertawakan nasib malang orang lain…? Apakah kita akan rasa seronok dan melompat-lompat gembira…?

Mungkin bagi orang yang tebal lapisan imannya, akan bersyukur dengan segala musibah.. kerana percaya setiap ujian itu tandanya dia disayangi ALLAHswt… Tetapi.. jauh di sudut hatinya sebagai manusia biasa…?

Maka dengan itu.. belajarlah kita menjadi dewasa, berfikiran matang seperti orang dewasa dan bersikap ada hati perut macam makhluk yang bergelar manusia… Kerana kita tak akan pernah tau nasib kita di kemudian hari.. entahkan kita mampu terus hidup bahagia dan boleh jadi sempurna.. ataukah kita akan mengalami peristiwa yang lebih dahsyat daripada apa yang kita pernah lihat terjadi kepada orang lain…

Kerana itulah kita perlu melihat sesuatu bencana atau perkara pelik dan misteri yang terjadi kepada seseorang itu sebagai peringatan kepada kita.. bahawa ALLAHswt itu Maha Berkuasa ke atas segala-galanya..

Dan, apabila DIA menyebut ‘Jadilah..’, maka segala apa yang dikehendakiNYA pun akan terjadi…
Lalu.. apabila kita berada di tempat mereka yang mengalami musibah dan bencana.. tatkala kita pula diselubungi misteri akan perkara pelik yang terjadi.. barulah kita akan faham apa rasanya dijadikan bahan lawak jenaka dan hina cerca serta diandaikan dengan pelbagai ceritera serta spekulasi buta….

Fikir-fikirkanlah……

image