Archive | February 2014

KEMARAU 7 BULAN….

ALLAHUAKBAR, ini adalah catatan tertinggi suhu di Melaka pada hari ini…

image

Bila lihat keadaan di sesetengah kawasan dalam negara kita sekarang, yang boleh dikatakan sedang kemarau.. saya terkenang bagaimana mereka yang hidup di kawasan gurun dan tanah tandus… Dengan kurangnya pepokok di sekeliling dan lemahnya sistem pengairan serta kemudahan penyejukan, sudah tentu keadaan akan lebih menyeksakan buat mereka….

Oleh itu, sepatutnya kita bersyukur dengan ujian ALLAHswt yang sedikit ini.. semoga kita akan memperolehi sedikit pengajaran daripada pengalaman dan ujian TUHAN, aamiin……

Jutaan TERIMA KASIH kepada pihak Jabatan Bomba dan juga PBT yang lain.. yang tak henti-henti bertugas dan berusaha menjaga kemashalatan semua, terutama sekali yang berkaitan dengan risiko
kebakaran….

Kepada para perokok yang masih belum belajar membuang puntung rokok dengan berhemah hingga mampu menyebabkan kebakaran, saya harap anda boleh bermula dengan menyimpan puntung rokok di dalam kocek – kalau yang masih bernyala, itu lebih baik…..

Kepada mereka yang masih tak peduli dengan kebersihan udara tanpa jerebu dan sengaja membuat pembakaran terbuka tanpa pemantauan, saya harap anda boleh mula belajar membakar sampah di tempat tertutup – iaitu di dalam rumah anda sendiri…..

*HEADACHE*

TERKENANG DI SUATU MASA DAHULU……

Walaupun suhu dianggar sekitar 28°-31°.. namun udara yang kering terasa hingga ke jantung, menyebabkan kelesuan melanda diri.. Dan, bila tengok perkembangan terkini cuaca sekarang.. tiba-tiba saya teringat suatu ketika dahulu…..

Dulu.. dalam zaman Tun M.. kalau cuaca negara kelihatan agak berlainan, sudah pasti akan ada arahan kepada masjid-masjid seluruh Malaysia agar melakukan solat hajat.. memohon belas ikhsan ALLAHswt menurunkan hujan bagi menyejukkan sedikit ruang bumi.. Lalu, tanpa sebarang sekatan parti atau bangsa mahupun kedudukan kasta, setiap umat Islam di negara kita akan berusaha berkumpul untuk sama-sama menunaikan solat hajat….

Namun sekarang.. rasanya sudah hampir 3 bulan – kalau tak salah saya mengira – sebahagian besar ruang bumi 1 Malaysia tidak disirami hujan.. walaupun ada setitik dua di segelintir tempat dan juga salji yang muncul tanpa mampu dinafi oleh pihak yang suka menafi…..

Tapi, nampaknya saya masih belum melihat atau dikhabarkan adanya arahan dikeluarkan kepada masjid dan surau di sekitar negara, agar dilakukan solat hajat.. sebagaimana yang pernah dilakukan di zaman Tun M dulu…..

Seingat saya.. peristiwa cuaca panas melampau ini sudah kali kedua berlaku dalam 2 penggal.. tetapi nampaknya ia diterima sebagai satu perubahan cuaca biasa – bukan sesuatu kejadian yang perlu diambil berat atau dianggap sebagai bencana.. walaupun Terengganu sudah mencatat sejarah kebakaran hutan yang hebat.. yang sebelum ini kita cuma dengar dan lihat berlaku di negara orang…..

Apakah mungkin kos untuk mengeluarkan arahan solat hajat itu, terlalu tinggi..? Atau, mungkin jika kita melakukan solat hajat untuk memohon ALLAHswt meredakan bencana di negara kita adalah salah di sisi Islam..?

Atau, adakah kerana pihak-pihak yang berkuasa memberi arahan itu tidak pernah rasa terseksa dengan keadaan cuaca yang panas melampau.. hanya kerana dunia mereka dikelilingi hawa dingin dan jika rasa terlalu perit kulit dek cahaya mentari di langit dalam negara, mereka dengan mudah melonjak ke negara lebih nyaman dengan sekelip enjin jet sahaja….?

Screenshot_2014-02-10-20-55-39

Anda tanya, anda jawab…….