Archive | October 2013

ARAB-MALAYSIA…. MALAYSIA-ARAB……?

Salah satu kejadian di antara beberapa kejadian yang sangat mendukacitakan, yang sedang berlaku di negara kita akhir-akhir ini…..

PEMBUNUHAN PEGAWAI AM-BANK

a138

Nyawa manusia seakan sudah menjadi bahan permainan, sudah tidak lagi bernilai dan bagaikan sudah berada dalam kekuasaan sesama insan…. Akankah semua ini berhenti….? Kita tidak tahu….

Namun, perhatian penuh kita sebagai rakyat yang prihatin, walaupun sekadar dari golongan marhaen – mungkin tidak dapat banyak yang kita mampu lakukan, selain daripada berdoa agar semua kekacauan ini segera berakhir……

Satu soalan ditanya kepada saya baru-baru ini, oleh seorang rakan : Agaknya dunia sudah nak kiamat…….? Saya jawab : Wallahua’laammm…….

Tapi apa yang menariknya, dalam tahun ini sahaja, DUA kejadian berdarah melibatkan ARAB-MALAYSIAN BANK atau AM-BANK…. kenapa ya…..? Mungkin secara kebetulan sahaja….. Tapi, mungkin ALLAHswt ada sesuatu yang ingin ditunjukkan kepada kita…. Arab… Malaysia…. Malaysia… Arab…..????? Mesir tu Arab kan…..? Malaysia dah nak jadi macam Mesir…..?

7737_582281481803171_2011393857_n

Dan, di mana kita pada saat segala kekacauan ini semakin bertambah….? Mungkin masih hanyut di alam keseronokan yang melalaikan… atau, sudah mulai sedar akan perubahan drastik yang berlaku satu demi satu di dunia kita ini…..? Dunia sudah semakin tua… dan, kita juga tidak semakin muda……

Tepuk dada, tanya iman… Jika masih senipis bawang, tebalkan…. Jika sudah hilang, cubalah cari atau bina yang baru…. Jika tiada langsung, mungkinkah ini masanya kita kembali ke pangkal jalan…..? Anda tanya, anda jawab……….

Advertisements