Archive | July 2013

BELASUNGKAWA

~ *R HAMZAH DUA* ~

PERGINYA PERMATA DI BIDANG PENULISAN

SEDIH…. SEBAK….. itulah yang dapat saya rasakan setiap kali mendengar berita tentang pemergian seseorang, apatah lagi seorang rakan… yang walaupun hanya saya kenali lewat FB…. Sepanjang saya ber-FB, saya telah kehilangan beberapa orang rakan yang terlebih awal dijemput ILLAHI… Samada yang begitu rapat atau sekadar berbasa-basi… namun, sedih dan sebak itu tetap dirasai……..

Mungkin kerana saya telah melalui kehilangan yang sangat menyayat hati sepanjang hidup saya…. bermula dengan Arwah Adik saya, kemudian Arwah Datuk yang begitu rapat dengan saya… Arwah Abah, sahabat sejati saya yang boleh dikatakan sebagai ‘soul-friend’ yang tak akan dapat saya cari ganti sampai ke akhir hayat nanti… sehinggalah kepada Arwah MakLong yang juga adalah tempat saya bermanja dan sesekali mengadu……..

Hari ini, saya dikejutkan dengan berita kehilangan seorang sahabat FB yang juga seorang penulis berbakat semasa hayatnya masih ada…. R Hamzah Dua, seorang sahabat maya yang saya kira begitu mesra dan rapat dengan rakan taulannya, biarpun hampir separuh daripadanya tidak pernah bersemuka dengan Arwah…. namun, kemesraan dengan sikap terbuka dan baik hati Arwah dalam melayan semua rakan taulannya, telah menyebabkan jurang jauh persahabatan, menjadi semakin sempit……..

Sedikit biografi Beliau yang dapat saya temui melalui enjin carian Google… ada terdapat di sini : R HAMZAH DUA BIOGRAFI dan R HAMZAH DUA BORNEO… dan juga laman FB beliau di R HAMZAH DUA FB……..

Pemergian Beliau sangat mengejut…. setelah koma beberapa jam, akibat daripada kemalangan yang menimpa Arwah….. Pasti ramai yang sangat terasa akan kehilangan sebutir Permata yang sangat tinggi nilainya dalam bidang penulisan…. Sungguh, bagi kami para Penulis kecil, terkadang berasa seperti satu keluarga dan juga sepohon pokok yang rimbun dahan dan rantingnya…

Apabila satu dahan telah reput, maka ia akan meninggalkan pohon agar dapat terus merimbun, ini diterima sebagai tempoh perjalanan hayat pohon tersebut… Walaupun ia suatu hakikat yang menyedihkan, namun, seandainya keadaan buruk itu berlarutan, maka sudah sampailah masa untuk pohon rimbun melepaskan dahannya berlalu pergi… Paling menyedihkan, apabila ia berlaku sebegitu pantas… ibarat tak sempat meluahkan kata-kata pujian apatah lagi hendak bergurau senda dengan rakan taulan dan ahli keluarga… Begitulah apa rasanya kehilangan seorang sahabat……..

…*INNALILLAHI WAINNALILLAHIROJIUNN ~ damailah kamu di sana wahai Sahabat… semoga ALLAHswt memberikan keampunan ke atas segala kesilapan di sepanjang hayat kamu… dan roh kamu akan ditempatkan di kalangan roh para Solehin… aamiin, aamiin ya Rabbal’alaamiin…….*

R Hamzah Dua

.. Bersemadilah dengan tenang di sana, wahai Sahabatku… Selamat pergi ke alam abadi, kami semua pasti merindui………

RM5 PUN JADI…….

Hari ini, betul-betul adalah satu daripada hari-hari yang penuh ujian buat diri saya dan Mak… dalam pada masing-masing tak berapa sihat, kami gagahkan juga untuk menghabiskan hari ini sebab tak mahu ‘ponteng’ tak pasal-pasal… Sebaik sahaja selesai berbuka, cepat-cepat capai sejadah dan telekung, dengan harapan dapat rehat sekejap selepas itu…..

Sebaik sahaja sama-sama sudah mula dengan tanggungjawab masing-masing, adalah umat manusia ni bagi salam… Mula-mula nak biarkan saja, maklum la… terfikir jugak, tak kan la tak tahu waktu itu orang tengah berkejar-kejar nak selesaikan Maghrib yang pendek waktunya, sebaik saja lepas berbuka…

Tapi, bila ucap salam tak berhenti selepas dibiarkan, saya terpaksa juga melepaskan ikatan dengan ALLAHswt sebentar… Manalah tau, kot-kot ada hal penting yang dibawa oleh saudara mara atau jiran tetangga… Sebaik pintu dibuka, saya lihat ada satu wajah asing yang kelihatan berpeluh-peluh dan tersengih-sengih… Mintak tolong saya hulur RM5 padanya, dengan alasan motornya rosak dan dia sudah terlambat hendak ke hospital kerana isterinya dah nak bersalin sangat…..

Saya ingat-ingat lupa wajah itu… tapi, saya tak lupa akan alasan yang diberi… Suatu waktu dulu, alasan yang sama juga saya dengar daripada seorang lelaki, kira-kira sebulan yang lalu… Motor rosak, sudah menolak motor sekian jauh dan duit tak cukup RM5 hendak baiki motor… Masa itu, kebetulan sepupu saya singgah menjenguk Mak… Dengan tak banyak soal, dia hulur RM10….

Saya tegur jugak dia… tapi katanya : Itu dah rezeki dia.. kalau dia nak menipu pun, itu antara dia dengan ALLAHswt… Tapi, satu hal sepupu saya lupa – binatang, kalau dah sekali kita hulur makanan, dia akan datang lagi ke tempat yang sama untuk mencari makanan… Sama jugalah dengan manusia jenis nak hidup senang dengan cara senang ni… Kalau dah sekali dia datang minta duit, kita bagi tanpa usul periksa, dia akan datang sekali lagi… Kerana itulah cara moden penyamun mencari wang, bukan dengan cara meminta sedekah atau merompak, tetapi dengan cara menipu… Akhirnya, tekaan saya betul, dan lelaki yang sama dengan alasan yang hampir sama – datang lagi minta RM5 daripada saya…..

Memanglah alasannya tu kedengaran relevan : Nak pergi jengah isteri dah nak bersalin di hospital, motor rosak, duit kurang RM5 saja nak repair motor…. Nak repair motor…? Malam-malam ada ke bengkel motor yang dibuka…? Mungkin ada la, sebab dah nak raya ni kannn… Tapi, isteri dah nak bersalin, dah sarat benar… Eh, dari bulan lepas dah sarat, sampai bulan ni belum bersalin lagi…? Agaknya yang bulan lepas tu, anak bulan Ramadhan yang nak lahir.. dan yang sekarang ni anak bulan Syawal pulak ya…? Dan, duit yang kurang tu, madangggg aje RM5…? Lawakkkk…..

Bila saya menolak permintaannya… dia hampir merayu tapi bahasanya sedap didengar : Saya mintak RM5 aje… Macamlah maksud dia tu : Aaaai, mintak RM5 pun tak boleh…? Bukan besar sangat….! Rasanya nak aje saya balas : Ha’ah la kan, RM5 tu macam 50sen….?! Kemudian, dia sambung pulak dengan alasan tambahan yang menampakkan jelas pembohongan manusia bebal yang rasanya dirinya dah bijak setanding kancil… Dia kata : Isteri saya dah sarat sangat ni… Eh, tadi kata dah nak terberanak… nak pergi tengok kat hospital… Konon-konon macam dah ada dalam labour-room, tengah tunggu arahan doktor untuk meneran aje….. Tapi sekarang macamlah pulak isteri tu tengah menunggu tarikh ‘due’… Mana satu yang betul ni…….?

Memanglah ada yang akan marah saya dengan berkata : Dah tak nak beri tu, sudah laaa… jangan la nak mengata atau memfitnah… dan bla bla bla bla….. Memang betul tu, saya terima teguran itu… Tapi, yang jadi masalahnya sekarang ni, cara penipuan seumpama ini semakin kerap pula berlaku di kalangan LELAKI… Pantang tengok keadaan ‘selamat’ sikit di tempat yang dia nak menjalankan aktiviti tu, kerap pulak dia melakukannya… Maklumlah, kami cuma dua beranak saja, jadi inilah masanya untuk makhluk yang ALLAHswt ciptakan untuk menjadi PEMIMPIN ini nak mengambil kesempatan…….

Saya sangat yakin dan pasti, sekiranya hari ini saya memberinya juga RM5… dengan muka selamba dan tidak sedikit pun rasa malu, sudah tentu bulan depan dia akan datang lagi…. Di saat dan ketika dia tahu orang sudah dapat duit pencen dan duit gaji – bagi sesetengahnya, di saat itulah dia datang dengan alasan yang sama : Isteri sarat nak bersalin di hospital, motornya rosak dan duit cuma tak cukup RM5 untuk baiki motor…..

Suruhlah dia pergi kerja untuk menanggung temboloknya, haram dia nak kerja… kerana lebih mudah dan selamat pergi menipu dari satu rumah ke satu rumah, hanya dengan modal air liur dan senyuman selamba… Minta maaf la, saya tahu bukan semua orang macam tu, tapi segelintir yang seumpamanya ini yang membuatkan kita cuak dengan sesetengah manusia yang sanggup menapak dari rumah ke rumah, sambil menipu manusia yang entah siapa-siapa… sekadar untuk mencari duit dengan cara mudah…. Bayangkan saja kalau satu rumah dia dapat RM5, 10 rumah dah berapa….?

Bukan nak cakap besar lah ya… saya rasa, daripada saya hulur RM5 kepada si pemalas dan penipu ni, lebih baiklah saya masukkan duit tu dalam tabung kebajikan Kanak-Kanak Chow Kit… Walaupun ada yang menganggap tabung itu menanggung hasil dosa para pelacur dan gelandangan di lorong hitam, tapi saya rasa mereka itu lebih mulia daripada bajingan yang semacam ini… Sekurang-kurangnya pun, IbuBapa kanak-kanak Chow Kit tu bekerja dengan tulang empat kerat mereka untuk mencari rezeki… walaupun dengan menjual maruah dan mengutip sampah……..

Kalau saya ada peluang nak bersyarah panjang, memang dah lama saya huraikan pidato panjang berjela kepada musang berwajah manusia ni… At least, saya pasti akan cakap : Kalau dah malas sangat nak kerja, cari ajelah tempurung, duduk tepi pintu masjid dan mintak sedekah masa orang datang solat Taraweh….. kalau seorang bagi RM1, 100 jemaah bagi dah berapa…? Itu baru satu malam, kita ada 30 malam di bulan Ramadhan, kira sajalah sendiri berapa untungnya bekerja minta sedekah……!

Say what you want to say… but i know what i’m saying… Saya dah lemas dengan lelaki dari jenis yang kaki penipu, pisau cukur, pemalas dan tak hormat orang lain… tapi di sebalik itu sentiasa bongkak dan berlagak raja walaupun dia tahu dirinya tak layak pun digelar manusia…. Kalau setakat bangga dengan jantina yang ALLAHswt ciptakan tu, lebih baiklah cermin diri tu dulu… ALLAHswt menciptakan lelaki di dunia ini untuk menjadi pembimbing dan pemimpin, bukan ketua atau tuan besar yang membolehkan kaum lelaki tak perlu susah-susah bekerja untuk menampung hidup wanita……..

Sehebat mana pun lelaki, tapi kalau hidup dengan cara yang tak semenggah tapi berlagak hebat, tak ke mana la haluannya…. Tak perasan ke yang akhir-akhir ni, dunia semakin panas dan semakin banyak bencana di sana sini…? Tak perasan ke apa di antara punca dan sebabnya…? Salah satu daripadanya inilah… lelaki yang ALLAHswt ciptakan untuk membimbing dunia ini ke arah yang lebih baik… yang disuruh menjaga dan membantu wanita, sebagai makhluk yang lemah… tapi semakin seronok hidup dengan mengambil kesempatan dan menindas kaum wanita……

* I HATE STUPID PEOPLE WHO KEEP DOING STUPID THINGS *

U n I

ISLAM IS FOR PEACE…..

Watch clearly and listen with open heart…. Laungan Adzan di dalam Gereja… Dengar apa yang dikatakan oleh Paderi sebelum Adzan dilaungkan……..

“This is for PEACE…….”

And, read one of the comments that i like :

“..All the three religions Judaism, Christianity and Islam came from one God. And since the three religions came respectively and Islam was the last religion, and since Islam accepts all the messengers and the prophets of Judaism and Christianity, then it’s clearly that Islam is the conclusion….”
By : Extrahopes ~ 4 months ago

*Sekiranya anda menonton dengan tenang dan jiwa terbuka… saat Adzan mula dilaungkan, ketika kalimah “ALLAHUAKBAR… ALLAHUAKBAR….” bergema kali pertama disaksikan berpuluh hadirin, termasuk beberapa pembesar Agama di atas pentas… bulu roma pasti akan meremang dan hati berasa sayu pilu…… In shaa ALLAH………

NON-MUSLIM GIRL APPRECIATING ADZAN….

A non-Muslim girl is taking a time to listen to Adzan… some of the words she murmured that i can clearly hear were :

“This the 7th night.. I love it… amazing….”

*Semoga suatu hari nanti ALLAHswt akan membukakan hatinya untuk memeluk Islam…. amiin amiin, ya Rabbal’alamiin….. Dan, siapa tahu, mungkin sekarang dia telah pun Muslim…….

KUCING SENTUH KA’ABAH……

Kejadian benar tentang seekor kucing yang menghampiri Ka’abah, dan menicum dinding Ka’abah sebelum berlalu meninggalkan binaan suci itu…. Rakaman terus daripada kamera di Masjidil Haram, ketika umat Islam sedang solat… Seorang pengawal nampak kejadian tersebut, dan tidak mengganggu kucing itu untuk menghampiri Ka’abah……..

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan),”
[Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah]

PLEASE WATCH THIS VIDEO CAREFULLY…..

CATATAN SEHARI, DI ANTARA HARI-HARI DI TEMASIK……

22 Mei 2013

Perjalanan hidup ini terkadang membuatkan kita berasa sangat letih, walaupun pada hakikatnya kita hampir tidak melakukan sesuatu apa pun sepanjang perjalanan itu… Namun, biarpun keletihan yang melampau itu menguasai diri, kita harus kekar untuk terus melangkah dan menghadapi apa sahaja dugaan yang mendatang…………

Setiap manusia akan menghadapi dugaan.. Terkadang kita mudah melalui segala dugaan yang sukar, tetapi adakalanya kita kalah dengan dugaan yang sangat mudah.. Hakikatnya, segala sesuatu itu, hanya berada di dalam minda kaca kita sahaja… Jika kita hempaskan ia, maka punahlah segalanya.. Namun, jika kita jaga dengan baik dan digilap selalu, kaca yang sompek pun akan tetap nampak cantik………

Saya meninggalkan segala kebiasaan untuk mencari sesuatu yang di luar tabiat seharian, namun tetap juga canggung dan tak tentu laluan hendak dihitung… But, as they always say – Life must go on… Agi idup, agi ngelaban.. Maka, saya akan teruskan perjalanan, biarpun hakikatnya saya tewas di dalam.. Teringat pesan seorang teman – Biar apa pun yang melanda hidup mu, senyumlah.. kerana senyuman itu penawar segalanya………….

Banyak yang bersarang dalam benak saya.. tetapi, tak dapat nak saya luahkan.. Mungkin kerana terlalu mengharapkan sesuatu itu menjadi sempurna mengikut landasan yang sepatutnya tanpa terlalu banyak mengubah apa-apa, menjadikan saya hilang arah punca… Hakikatnya, tiada seorang pun manusia yang sempurna, terutama sekali saya.. Jadi, mahu atau tidak, terpaksa juga saya terima hakikat bahwa hidup yang sementara ini perlu saya jalani dengan semudah mungkin, sambil menyimpan apa sahaja yang tak puas di hati atau tak sedap di jiwa, untuk memastikan saya dapat melalui satu hidup yang kelihatan sempurna di mata dunia………..

I keep everything, including things between me and my loved ones.. Only seldom i talk about anything, but i never said aloud about everything… Even the ones i always shared crucial and sensitive things with, sometimes i never shared deeper things with.. Thus, i also have feeling touches things with the ones – that i try to keep inside forever.. Because, no one other than yourself can understand you and accept what you think or talk about.. So, remember one simple thing – The one who has no one, always has ALLAHswt… I always remember that, so i can keep smiling and lived my life the way world asked me to, even i always crashed like hell inside………..

*JUST IF ANYONE CAN SIMPLY UNDERSTAND US LIKE WE DO TO OURSELVES… SIGH*

6487_608643462493446_1543143638_n

I’M THE ONLY ONE – MELISSA ETHERIDGE

Please baby can’t you see
My mind’s a burnin’ hell
I got razors a rippin’ and tearin’ and strippin’
My heart apart as well
Tonight you told me
That you ache for something new
And some other woman is lookin’ like something
That might be good for you

Go on and hold her till the screaming is gone
Go on believe her when she tells you
nothing’s wrong
But I’m the only one
Who’ll walk across the fire for you
I’m the only one
Who’ll drown in my desire for you
It’s only fear that makes you run
The demons that you’re hiding from
When all your promises are gone
I’m the only one

Please baby can’t you see
I’m trying to explain
I’ve been here before and I’m locking the door
And I’m not going back again
Her eyes and arms and skin won’t make
it go away
You’ll wake up tomorrow and wrestle the sorrow
That holds you down today

Go on and hold her till the screaming is gone
Go on believe her when she tells you
nothing’s wrong
But I’m the only one
Who’ll walk across the fire for you
I’m the only one
Who’ll drown in my desire for you
It’s only fear that makes you run
The demons that you’re hiding from
When all your promises are gone
I’m the only one