Archive | March 2013

KAU PENGGODA ~ ROHAYU MAJID

Engkau menjadi bahan
Setiap perbualan
Semua orang tahu
Sikap dan nakal mu

Engkau pandai berbicara
Kau pandai menggoda
Kau suka permainkan
Perasaan…

Engkau mudah berjanji
Dan mudah memungkiri
Hingga banyaknya hati
Telah kau lukai…

( korus )
Lelaki..harapan…
Setiap perempuan
Mengambil kesempatan
Atas kelemahan

Kerana percaya
Menyerah segala
Akhirnya kaum wanita
Terpedaya…

Engkau berjanji dan mudah memungkiri
Hingga banyaknya hati telah kau lukai…….

Lagu ini mengingatkan saya kepada seseorang… Liriknya sangat ‘kena’ dengan insan ini…. Tapi, saya harap, seiring dengan pertambahan usia, dia dapat berubah dan berusaha meninggalkan sikap-sikap buruk yang pernah menyebabkan kami terpisah dahulu…….

Bukan apa, kalau sekarang dia buat tak elok kepada perempuan, tabur janji sana sini semata-mata untuk berseronok atau melepaskan tekanan hidup… dia kena ingat bahawa dia pun ada anak perempuan… Tak terbayangkah kalau satu masa nanti anak perempuan dia pun akan dianiaya dengan cara yang sama oleh manusia sejenis dengannya…? Fikir-fikirkanlah………

ANDA KENAL ULAR ‘MURA’…..?

Bagi sesiapa yang tak kenal Ular Mura, inilah salah satu contohnya… Ular ini diberitakan LEBIH BAHAYA daripada Ular Tedung.. Ia dikatakan mampu berdiri hingga separas pinggang dan mengembangkan kepala, sebelum menyembur bisa atau mematuk mangsa, yang mana boleh menyebabkan mangsa mati dalam waktu yang singkat…

262458_567613869945458_1541656368_n

Ini bukan ular jelmaan jin, sebagaimana yang dianggap oleh sesetengah daripada orang kita.. kerana ular ini MEMANG benar-benar wujud, dan saya sendiri pernah melihatnya merayap dalam longkang di siang hari sebelum menangkap katak sebagai habuan…………

Walaubagaimana pun… memang ada di antara jin yang selalunya menjelmakan diri di dalam bentuk ular… Namun begitu, ia tidaklah dapat dilihat dengan jelas sehingga boleh dirakam gambarnya seperti di atas…. Sebagaimana sabda RASULULLAHswt….

Makhluk jin itu terdapat dalam 3 jenis: Pertama jenis yang mempunyai sayap dan ia boleh terbang di udara. Kedua jenis berupa ular dan kala jengking. Dan yang ketiga ialah jenis yang suka berpindah-randah.” (Hadis riwayat Abu Tha’labah al Khasyaniy)

Hadis itu dikuatkan lagi sahihnya melalui satu lagi hadis :

Atsar dari Ibnu Abbas : “Jin terbagi 3 kelompok, yang pertama ada di udara, yang kedua adalah jin yang bisa berubah sekehendak hati, yang ketiga adalah jin yang berbentuk ular dan anjing (binatang)” (Hadis riwayat Ibnu Abbas)

Ibnu Taimiyyah berkata :”Jin bisa menyerupakan dirinya dalam wujud manusiaataupun binatang. Mereka bisa berwujud ular, kalajengking, sebagaimana mereka juga bisa berubah mwujud menjadi unta sapi kambing kuda keledai atau berupa burung juga bisa menyerupai salah satu anak cucu Adam. (Risalatul Jin hal 32)

Kredit : http://misterighaib.wordpress.com

PETUA SAKIT KEPALA

~ kena selalu fikir yang ringan-ringan…

~ riadah jangan lupa… kadang2 berjalan kaki secara perlahan dan tenang itu lebih baik daripada main badminton… untuk orang yg slalu migrain la… sbb badan tidak boleh terlalu stress, kerana ia akan mengakibatkan urat saraf juga … Lihat seterusnya..stress…. bila urat saraf stress, ia effect ke seluruh sistem badan kita…

~ kurangkan makanan berlemak, kerana ia akan bertukar menjadi gula bila lambat dihadam & akhirnya akan menjadi asid tersimpan dalam badan, menyebabkan darah bertoksik…. akibat drpd ini juga gout lebih mudah menyerang…

~ Jangan selalu lewat makan… maknanya jaga waktu makan, jadikan amalan makan tepat pada waktu dan tidur jangan terlalu lewat….

~ bila migrain menyerang, gelapkan suasana… beli penutup mata khas di farmasi jika perlu… pastikan udara sekitar beredar selesa… boleh duduk dalam air-con jika perlu… tapi suasana sekitar kena gelap @ samar-samar…. lebih elok jika dapat berbaring lurus & tenang… lebih baik jika dapat suasana sunyi….

~ jika serangan terlalu teruk, cuba muntahkan angin dari dalam badan… kadang-kadang ini perlu dibuat kerana ada masanya angin dalam badan menyekat penghadaman… ataupun boleh amalkan makan Cuplaton dan Simagel I (*boleh dapat di farmasi)… gabungan 2 ubat gastrik ini bagus kerana Cuplaton memecahkan angin di seluruh sendi & yang terperangkap dalam perut, manakala Simagel I pula membantu pengeluaran angin dengan lebih mudah….

28 May 2010 at 17:11

1005704_643220022373697_1810868353_n

PERKAHWINAN KEDUA

Satu petikan ikhsan daripada sdr. Din Abbas…

-Memahami perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang memerlukan kedua dua pihak saling bekerjasama untuk mencapai maksud perkahwinan yang dibina dan tidak menaruh rasa prasangka.

-Kedua dua pasangan perlu menjadikan rumahtangga sebagai medan perjuangan yang mengukur nilai kesefahaman kedua-duanya dan saling memenuhi tuntutan hak dan tanggungjawab yang mesti disempurnakan.

-Bagi suami atau isteri yang pernah mempunyai sejarah perkahwinan kali pertama ,perlu menjadikan pengalaman lalu sebagai landasan untuk memperbaiki kelemahan yang ada agar tidak menjejaskan kepercayaan yang diberikan.

-Pasangan perlu saling menyokong antara satu sama lain walau apa jua pun cabaran yang mendatang demi mencapai kerukunan yang diimpikan agar rumah tangga dapat berjalan seperti mana yang diidamkan.

-Elakkan daripada membuat perbezaan atau perbandingan perkahwinan kini dengan yang lalu kerana ia sikap sedemikian boleh menjadi sebab utama berulangnya keruntuhan rumahtangga yang dibina kerana baru dan lama pasti tidak sama.

-Pasangan perlu berjanji kepada diri sendiri bahawa kegagalan kali pertama tidak semestinya gagal untuk kali kedua yang penting tanggungjawab dilaksanakan dengan telus dan iklas demi kebaikan masa depan bersama.

-Suami atau isteri yang berhadapan dengan pengalaman berumah tangga bagi kali kedua,perlu bersedia untuk saling mempelajari rumah tangga yang baru tidak dibayangi oleh individu lain yang akan merosakkan keadaan…Wallahualam…Wassalam.

7 May 2010 at 02:51

385008_304753879564793_398619381_n

LIRIK CIPTAAN KU…….

LIRIK TANPA JUDUL

26 April 2010 at 03:30

Berbelas tahun berpisah
Melupakan kenangan indah
Meninggalkan memori tercipta
Selama bersama….

Jatuh dan bangun
Berlari dalam kekosongan
Menjengah lorong kehidupan
Bertemu yang bukan pilihan….

Mencipta hidup baru
Mengekang bebas jiwa
Hanya aku yang tahu
Perit pedih kurasa
Derita tanpamu…

Kini bertemu lagi
Tatkala sudah sendiri
Merungkai kusut jiwa
Membelah duka lara…

PadaMU kukalung doa
Izinkan kami bersama
Walau sebentar cuma
Sekadar pengubat luka lama….

26 April 2010
00:07AM

Top-10-Ways-Earn-Bucks-while-Playing-Online-Games