Archive | February 2013

NOTA DARIPADA SEORANG TEMAN…..

Tidak kenal maka tidak cinta
Bila kenal ,maka suburlah benih cinta,
Bila cinta membara, yang ada hanya rindu belaka,
Bila si mabuk cinta mencari cinta dalam rimba rindu,
Maka sesatlah dia dalam belantara kasih
dan hanyutlah dia dalam lautan rindu yang asyik
Semoga dengan rahmat Sang Kekasih,
Kembali ia semula bersama redha kepangkuan kekasih…..

*Di’copy & paste’ daripada : http://sangtawal.blogspot.com/

26 April 2010 at 01:50

1-575890_n

PUISI TAHUN BARU 2011

InsyaALLAH
jika akal mendahului perbuatan
segalanya akan menjadi perbuatan yang tidak akan disesalkan….
tanpa dugaan bukanlah bernama kehidupan….
sedangkan masih ada harapan
walaupun manusia sentiasa melupakan…..
berDOAlah kepada Tuhan
kerana hanya DIA yang mampu menentukan……

Wrote by Wanmalini Ahmad ; 31 December 2010 at 23:45

615_10151192599530238_1193315593_n

KALAU JODOH BERTEMU JUGA ~ TIAR RAMON

Dulu pernah aku bercinta
Dengan gadis cantik rupawan
Sangat sukarnya hendak berjumpa
Selalu ada halangan…

Dia rela aku pun suka
Sama-sama mencurah rasa
Ikatan janji berpadu kata
Orang lain peduli apa…

Adat muda menanggung rindu
Orang tua menanggung ragam
Pikat juga jantung kalbu
Orang tua bermuka masam…

Duhai jelita pereda duka
Kalau buruk akan jadinya
Biarkan daku beralah saja
Kalau jodoh bertemu juga…

SUATU RENUNGAN……

Facebook , 27 December 2012

Di saat kita mengharapkan orang lain mendengar jeritan dan memahami penyiksaan batin yang kita alami.. pernahkah kita terfikir untuk mendengar jeritan dan memahami penyiksaan batin orang lain, akibat daripada apa yang kita lakukan selama bersamanya, walaupun pada anggapan kita dia tidak akan tahu atau tidak perlu ambil tahu….?

Sedangkan, selama itulah orang yang kita anggap tak perlu campur urusan hidup kita kerana kita berhak menentukan segalanya, mengambil tahu dan berdoa agar kita tidak terus tersalah langkah.. hanya semata-mata kerana kasih sayang yang tidak berbelah baginya terhadap kita….

Di saat kita sedang melakukan apa saja yang kita suka dan merasakan sakit di hati akibat perbuatan orang lain terhadap kita, lalu kita cuba membalasnya dengan menyakiti hatinya dengan lebih dahsyat lagi, pada keika itulah dia sedang bersujud kepadanya ALLAHswt agar membukakan hijab buat kita dan jika walaupun kita tiak diciptakan untuknya, dia tetap akan menanti kita.. bukan kerana kebodohannya dan kedangkalannya dalam cinta, tapi kerana setia dan harapannya agar kita tidak terus bergelumang dosa..

Fikir-fikirkanlah….

59990_223774117757356_1205042462_n

ONE OF MY FAVORITE SONG….

I DON’T WANNA TALK ABOUT IT ~ ROD STEWART

I can tell by your eyes that you’ve prob’bly been cryin’ forever,
and the stars in the sky don’t mean nothin’ to you, they’re a mirror.
I don’t want to talk about it, how you broke my heart.
If I stay here just a little bit longer,
If I stay here, won’t you listen to my heart, whoa, heart?

If I stand all alone, will the shadow hide the color of my heart;
blue for the tears, black for the night’s fears.
The star in the sky don’t mean nothin’ to you, they’re a mirror.
I don’t want to talk about it, how you broke my heart.
If I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won’t you listen to my heart, whoa, heart?
I don’t want to talk about it, how you broke this ol’ heart.

If I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won’t you listen to my heart, whoa, heart?
My heart, whoa, heart.

DARI SEORANG TEMAN…….

Takde masalah kalau kita dah berusaha untuk buat kebaikan tapi tak boleh buat 100% sbb Allah tahu apa yang ada dalam hati kita,,,

by An Nissa on Thursday, 17 March 2011 at 20:07

Hina-menghina ni sangatlah x bagus, sebab apa? Sebab boleh menjatuhkan maruah orang lain , buat orang lain sakit hati kat kita. Bila kita hina orang ni tentu ada dendam dalam hati, lepas tu mulalah kes bunuh-membunuh n macam-macam lagi sebab sakit hati.

Dalam Islam haram bagi saudara seagama yang mana sebagai saudara seagama n seakidah kita sepatutnya menjaga maruah dan aib orang lain, bukannya membuka aib dan menjatuhkan maruah dia depan orang ramai. Seperti mana sabda Nabi s.a.w  ”tiap-tiap muslim itu di atas muslim adalah haram : darahnya, hartanya dan maruahnya”. Dan kita sebagai manusia yang dikurniakan Allah dengan akal sepatutnya berfikir sebelum berkata atau melakukan sesuatu sebab setiap perkataan serta perbuatan kita mungkin melibatkan perasaan, harga diri dan juga maruah.

Satu perkara yang perlu kita semua faham dan ambik cakna ialah perkara yang jelas suruhannya dalam agama mestilah kita laksanakan samada ihklas atau tidaksebab keikhlasan akan hadir setelah kita berusaha untuk mentaati perintah Allah.

Sebagai contoh, menutup aurat adalah wajib bagi kita sbagai orang Islam keran ia suruhan yang jelas dari Allah dan Rasulullah. Dalam perkara sebegini kita tidak boleh tunggu atau slow-slow dalam menjalankan perintah tersebutnya. Dan bagi mereka yang membuka aurat kita seharusnya memberi peringatan kat diorang bukan kutuk dan mengata je.

Dan sebenarnya kita tak boleh buat hal masing-masing bila Nampak orang lain buat salah sebab ingat kita akan disoal oleh Allah sebab kita tak nasihat orang yang buat dosa sedangkan kita mampu untuk mengubahnya.  Sebab nabi sebut “bukan dari kalangan aku orang yang tidak peduli terhadap saudaranya”. Tapi cara kita tegur kenalah dengan bijaksana dan bukannya dengan bahasa kasar dan perbuatan yang menyakitkan orang tu.

Kalau dalam entry ni ada sebut “jangan judge orang dari sudut luarnya sahaja, tu hak dia nk pakai seksi”. Saya minta maaf, saya terpaksa katakan bahawa kita kena judge orang dari sudut luarnya tapi mengikut keadaan dan situasi.

Contoh, pempuan tu pakai seksi dan sudah semestinya tak bagus dan dia mungkin tak tahu agama atau dia tahu tapi sengaja buat macam tu. Contoh yang lain, orang tu dia pakai serban berjubah tapi belum tentu dia alim atau dia mungkin alim atau buat-buat alim. Tapi tak semestinya orang yang pakai t-shirt dan seluar jeans tu tak tahu agama, mungkin dia lebih alim dari orang yang pakai serban tu tadi. Kena tengok keadaan.

Takde masalah kalau kita dah berusaha untuk buat kebaikan tapi tak boleh buat 100% sbb Allah tahu apa yang ada dalam hati kita. Kalau niat betul insyallah kita boleh berubah dan ingat pintu keampunan Allah masih terbuka bagi kita semua selagi mana nyawa belum sampai ke halkum…..

Akhirnya saya minta maaf banyak-banyak kalau ada yang terkena, saya bukanlah orang yang perfect tapi berusaha untuk jadi perfect supaya kehidupan saya dan you all semua diberkati Allah. Saya bukan yang paling layak untuk menasihati orang lain tapi sekadar berkongsi ilmu. Wassalam…

1-83703_n

LELAKI TIDAK SUKA DIPERSALAHKAN…

by Wanmalini Ahmad on Saturday, 4 June 2011 at 16:50

…. MAAF ya…. sy letak posting ni BUKAN dgn niat nak menghina sesiapa… tp sy tertarik dengan apa yg ditulis & dikongsikan oleh Andak.Mohd Rasull dalam group Motivasi dan kaunseling untuk semua…Sesungguhnya ia TIADA kaitan dgn mereka yg masih hidup ataupun yg ‘masih mati’…. Mati apa, itu sy kurang pasti…. HEhEhee~~(gelak jahat)
4 June 2011 at 16:52
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wanita: Can Forgive Cannot Forget

Lelaki: Can Forget “Cannot Forgive”

Untuk memahami sikap lelaki begini, mari kita imbas kembali peranan lelaki zaman dahulu. Lelaki adalah penjaga keluarganya daripada serangan binatang buas, musuh dan menangkap binatang buruan untuk makanan keluarganya. Dia keluar meninggalkan keluarga untuk dijaga oleh isterinya …ke hutan menangkap binatang. Dia berfikir sendirian. Dia keluar dengan penuh yakin untuk kembali membawa binatang buruan. Dia tidak akan menunjukkan muka yang lemah agar isteri dan keluarganya tidak risau akan pemergiannya. Dia rasa dia diperlukan oleh keluarganya untuk mendapatkan makanan.

Sikap rasa tidak dilihat sebagai GAGAL telah menebal di kepala orang lelaki. Kerana, inilah binaan sains rangkaian otak orang lelaki. Tidak boleh menerima kegagalan.

Kalau lelaki ini bersendiran memandu kereta dan dia sesat, dia akan turun bertanya pada orang untuk mendapatkan panduan. Tetapi kalau isteri atau ada orang lain ada bersamanya, dia tidak akan turun bertanya pada orang lain. Kerana perbuatan ini menyebabkan dirinya dirasai GAGAL. Kalau isterinya bersuara menyuruh dia minta pertolongan orang lain, ini menyebabkan dirinya rasa GAGAL. Pantang dirinya menerima keadaan begini. Seolah-olah dia “tidak berguna”. Kalau dia sedang membaiki paip yang bocor, isterinya suruh dia panggil saja tukang paip, tindakan isterinya ini dianggapnya sebagai dia GAGAL. Pantang dirinya menerima keadaan begini.

Itu sebab memang susah untuk seorang suami menyuarakan ungkapan “Saya minta maaf”. Sebab

(1) ungkapan ini menggambarkan dia telah GAGAL.

(2) tiada hubungan sel di antara apa yang diemosi disebelah otak kanan dengan sel lisan disebelah otak kiri.. oleh itu dia tidak boleh menyuarakan kesilapannya.

(3) Semua kesilapan diri, dia simpan sendirian, dia hanya menyuarakan kehebatan dan kejayaannya. Ini minda lelaki.

Sebaliknya wanita akan mudah menyuarakan semua perasaan, emosi, pandangan, kemaafan dan nasihat kerana binaan sel otak mereka demikian yang multitasking. Dan dengan pelbagai hubungan sel di otak wanita ini juga lah terselit salah satu tujuannya ialah untuk mengeratkan lagi perhubungan di antara dia insan itu. Inilah kesilapan persepsi orang lelaki terhadap “leteran” isterinya ini.

Oleh itu, jika ada suami yang mudah menyatakan “saya minta maaf” berkemungkinan perkara-perkara berikut:

(1) Dia telah mengikuti kursus dan sedang mengamalkan tips untuk mengambil hati isterinya.

(2) Dia sudah tahu dan sedang menggunakan strategi untuk menutup mulut isterinya yang suka berleter.

(3) Orang lelaki adalah pemburu, kemungkinan dia susun strategi untuk memburu “buruan” yang lain dan waktu yang sama “menenangkan” belaan yang tersedia ada di rumah tu. (Na’uzubillah).

Selamat berfikir

164230_536258989751153_211729273_n