Archive | January 2013

TENTANG HARI JADI…….

HAPPY BIRTHDAY MY FRIEND @ LONG LIVED MY FRIEND?

by Wanmalini Ahmad on Wednesday, 14 September 2011 at 02:40
Tiap kali seseorang menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran, kita biasa dengar lagu Happy Birthday @ Selamat Hari Jadi dinyanyikan. Tapi, terkadang kita lupa, sebenarnya ada lagu yang lebih sesuai dinyanyikan sebagai tanda ‘sambutan’ ulangtahun kelahiran seseorang.
Di suatu ketika dulu, ada sebuah lagu untuk sambutan Hari Ulangtahun Kelahiran dari Indonesia yang berbunyi – “Panjang umurnya.. Panjang umurnya.. Panjang umurnya serta mulia, serta mulia…”.
Begitu juga lagu dari filem Labu-Labi, dalam adegan Haji Bakhil diraikan oleh Cikgu Murni & rakan sekerjanya… Pasti ramai yang masih ingat lirik ini – “ALLAH selamatkan kamu, ALLAH selamatkan kamu, ALLAH selamatkan Tuan Haji Bakhil, ALLAH selamatkan kamu…”.
Saya jadi terfikir untuk menyuarakan pendapat di hati, bila terfikirkan hal itu. Kedua-dua lagu itu sebenarnya menunjukkan, bahawa pada hakikatnya adalah lebih baik mendoakan agar orang yang menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran itu panjang umur atau berada dalam lindungan ALLAHswt, daripada hanya memberi ucapan melalui lagu.
Mungkin tak ramai yang bersetuju, namun cubalah renung dan fikirkan. Mungkin ia satu tindakan yang berbaloi juga, wallahualam…
Petikan lagu ALLAH Selamatkan Kamu dari filem Madu 3
Lagu ‘Happy Birthday’ yang moden… (^^,)
Walau apa pun, saya suka lagu ‘Selamat Hari Lahir’ yang ini…..
Advertisements

BUKAN UNTUK KAMU…

by Wanmalini Ahmad on Thursday, 15 September 2011 at 20:23

Berdetak jantung kala ku tahu..
Termangu aku merenung bait-bait itu..
Sungguh di luar lingkup fikirku..
Andai ada cinta di dasar hatimu..
Andai ada rindu tanpa sedarku..
Maafkan aku wahai tamu rindu..
Ruang jiwa kini masih tepu..
Dengan sejuta kasih selaut rindu..
Tapi sayangnya bukan untuk kamu…

LUAHAN HATI JADI REALITI….?

Status di FB yang mungkin menjadi realiti ~ 19 September 2011 via Mobile

Sesuatu yg sy pelajari drpd seorg kawan pd hari ini ~ Seseorg yg kita anggap menyeronokkan di awal p’kenalan, x semestinya seorg yg seronok dijadikn teman setelah kita mengenalinya dgn lebih m’dalam. Tp, seseorg yg kita anggap m’bosankn di awal p’kenalan mungkin adalah seseorg yg boleh m’jadi teman selamanya…

.. oleh itu, kata kawan sy : Kenalilah seseorg dgn m’dalam sblm kita m’buat keputusan utk b’sahabat dgn lebih rapat atau sekadar teman biasa…
.. tp kalau dh hampir setahun b’kawan, dh semestinya pangkat sahabat tu dh berada di tingkat yg agk tinggi.. Cuma yg x seronok tu, bilamana kita t’paksa b’henti di suatu tingkat yg paling tinggi & t’paksa buat keputusan samada nak tolak si kwn tu ke bawah @ kita sdiri yg nak terjun…
 .. kalau sy, pilih jalan senang ~ cari lift, masuk b’sama & masing2 pilih ke tingkat mana nak pergi.. Jika sama2 nak start frm zero, kena la buat episod baru… (^^,)

WHAT’S BEHOVE…

by Wanmalini Ahmad on Sunday, 18 September 2011 at 21:33

Sometimes, you hurt the ones who love you most..
Sometimes, you hold the ones who leave you lost..
Sometimes you learn, but it’s too late..
SO..
Treasure what’s you have..
Don’t eager for what’s not yours..
Remember what’s make you precious..
And, keep what’s have been promised..

ANDA PERNAH NAMPAK HANTU…..?????

by Wanmalini Ahmad on Saturday, 29 October 2011 at 02:20

Ini adalah apa yang saya dapat belajar daripada seorang kawan…. Saya tidak mengharapkan anda untuk turut sama mempercayainya atau tidak – saya cuma ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada pada diri ini untuk semua. Saya pasti ada di antara rakan taulan yang sudah tahu, malah lebih arif daripada saya tentang HANTU ini… Namun, perkongsian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada mereka yang masih belum tahu atau masih keliru….

Pertama sekali, JANGANLAH TAKUT PADA HANTU…. kerana sebenarnya mereka tu semua ada di sekeliling kita… Pada saat kita boleh ternampak mereka tu, adalah di masa mereka bergerak dgn ‘sangat perlahan’ – mengikut tempo pergerakan makhluk halus (*tempo pergerakan biasa mereka adalah sepantas pergerakan cahaya)…

Setiap apa yg manusia panggil HANTU itu adalah makhluk halus/jin…. Mereka hidup dalam dunia yang hampir sama macam kita, cuma di alam lain… Ada di antara mereka yang tak nampak kita, ada yang nampak dan begitu jugalah sebaliknya dengan kita… Jadi, kita tak perlu la takut pada mereka sebab makhluk halus ni pun makhluk ALLAHswt juga…. Malah, percaya atau atau tidak, mereka pun sebenarnya takut dengan kita – tapi mereka jadi berani ganggu kita bila mereka tahu yang kita takut pada mereka…

Hakikatnya, mereka sama macam kita – diperanakkan, berkahwin, beranak, makan, minum, sakit & mati…. Cuma yang mereka tak ada hanyalah jasad macam kita…. Mereka biasanya menjelmakan diri dalam pelbagai bentuk untuk menyembunyikan rupa bentuk sebenar mereka – yang hanya ALLAHswt & mereka sendiri saja yang tahu… Mereka tak ada ilmu magic, melainkan kepantasan bergerak mereka & sikap mereka yang selalu ingin tahu serta belajar itulah yang menjadikan mereka banyak ilmu…

Mereka ni selalu ada & memerhatikan setiap perbuatan manusia serta belajar segalanya…. Ilmu itu pula selalunya diperturunkan kepada generasi baru mereka, sebagai bekalan selepas mereka mati… sama mcm kita jgk la… Dan, ada orang cakap makhluk halus ni hidup beribu-ribu tahun… BENAR, memang usia mereka selalunya panjang – kiranya kalau berbanding usia manusia, bila makhluk halus mencapai usia 100 tahun, sebenarnya mereka baru saja berusia 50 tahun…..Tapi, sebagaimana kita manusia, makhluk halus juga boleh sakit atau disakiti lalu mati…

Jadi, tak semestinya mereka itu hidup beribu tahun tanpa sebarang cacat cela…. Bila tiba usia tua, selalunya sekitar 200 tahun (100 tahun usia manusia) – makhluk halus akan mendapat sakit yang sama macam manusia dapat, termasuklah sakit jantung dan sebagainya… Cuma, selalunya yang buat mereka dapat hidup lama & sihat adalah kerana mereka sangat menjaga pemakanan & memastikan diri terus sihat dengan gaya hidup yang sihat…

Namun, kalau kita melihat dari sudut ‘saka’ – iaitu penjaga yang diwarisi sejak zaman nenek moyang…. tidak banyak di antara mereka itu adalah makhluk halus yang mula-mula sekali diperolehi oleh nenek moyang kita… Bila mencapai usia tertentu, makhluk halus akan pergi menyepikan diri di tempat-tempat tersembunyi contohnya di dalam gua – dan bagi meneruskan perjanjian dengan orang yang dijaganya, makhluk halus ini akan menggantikan tempat saka dengan generasi baru… Ini berlaku kerana makhluk halus SANGAT MENEPATI JANJI – dek kerana sudah berjanji untuk menjaga tuannya & keturunan tuannya itu, maka tanggungjawab itu perlu diperturunkan kepada generasi baru…

Kerana itulah kalau kita terlanjur berubat dengan seorang ‘tukang ubat’ yang menggunakan perantaraan makhluk halus, jangan mudah berjanji atau menerima janji yang dibuat atau disampaikan oleh bomoh itu, kerana ia adalah kehendak makhluk halus/jin yang digunakan tenaga & kemahiran mereka untuk melaksanakan kehendak kita yang disampaikan kepada bomoh – contohnya kita nak sihirkan seseorang supaya dia sukakan kita, atau membalas dendam…. Biasanya, kalau perkara yang diminta kita janji itu berbentuk wang tunai, maka sebenarnya ia BUKAN untuk si makhluk halus, tapi adalah untuk kesenangan hidup bomoh itu sahaja… Kerana makhluk halus/jin tidak memerlukan wang tunai, malah makan & minum mereka pun hanya mengambil zat termasuklah daripada makanan yang kita makan – terutama sekali bila kita makan tanpa membaca Bismillah & doa….

Sebagaimana yang kita tahu, mereka yang membela saka biasanya ada janji-janji tertentu – contohnya si pemilik meminta saka hanya untuk menjaga kebun & sawah ladang, maka bila makhluk pertama yang diambilnya sudah tua & sampai masa untuk menyepikan diri, dia akan menitipkan harta yang dijaganya kepada anak cucunya…. Dan, begitulah seterusnya selagi harta tersebut masih ada…. Jika tidak ada lagi, maka saka mungkin akan bergentayangan mencari harta baru yang hendak dijaga…. Ini termasuklah semua harta benda yang kita ada- walaupun tidak termasuk dalam kandungan janji yang diikat di antara saka pertama dengan tuan pertama (*nenek moyang kita) dahulukala….

Namun, oleh kerana kehidupan mereka hampir sama macam kita, maka ada juga di antara mereka yang tidak taat atas perintah mereka yang lebih tua… Maka mulalah mereka ini mengganggu keturunan tuannya, kadang-kadang tanpa sebab… tapi selalunya kerana suka & jatuh cinta…. Makhluk halus ini ada di antaranya SANGAT CEMBURU, kerana itulah bila dah berkenan dengan seseorang, dia akan pastikan bahawa hanya dia saja yang boleh memiliki orang tersebut – maka itulah kita sebagai manusia, jangan terlalu cemburu & tamak haloba hendak memiliki sesuatu atau seseorang…. Sebab itu lebih kepada mengikut perangai jin….

Orang selalu kata makhluk halus/jin ini sebenarnya BODOH – mengikut sejarah Nabi ALLAHswt SULAIMAN.a.s., semasa memerintah para jin untuk membina sebuah bangunan (*LUPA saya bangunan apa – jika ada yang sudi ingatkan, terima kasih…) – para jin itu pun terus saja mengikut arahan Nabi Sulaiman & bekerja tanpa henti siang dan malam untuk segera menyiapkannya. Namun, dalam pada masa tersebut, Nabi Sulaiman pun meninggal dunia – tapi para jin itu tidak menyedarinya, sehinggalah tongkat Nabi Sulaiman reput dimakan hari….

Hakikatnya, bukanlah para jin itu bodoh tapi mereka sangat taat pada Nabi Sulaiman & takutkan hukuman yang bakal diperolehi jika arahan itu tidak dilaksanakan dengan baik…. Kerana itulah bila disuruh oleh pada dukun atau bomoh untuk melakukan kacau ganggu kepada manusia, makhluk halus ini akan melakukannya bersungguh-sungguh & tidak akan berhenti selagi tuannya tidak menyuruh berhenti…

Pernah kita dengar kisah tentang para Ustaz & Ustazah yang melawan makhluk halus yang mengganggu manusia hanya dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran… yang kita tahu sangat ampuh kuasanya dengan keberkatan ALLAHswt…. Namun ada di antara para makhluk halus ini yang melawan bermati-matian sehingga tak berdaya melawan lagi dan terus melarikan diri…. Hakikatnya, ketaatan mereka kepada tuan (*bomoh) dan ketakutan atas hukuman yang akan diberi tuannya, menyebabkan makhluk halus ini sanggup melakukan apa saja… Tapi, apabila mereka ‘diserang’ – maka jasad manusia yang mereka tumpang juga akan menerima akibatnya…. Tubuh badan mangsa dijadikan perisai oleh makhluk halus ini untuk menangkis serangan ayat al-Quran….

Dan, satu lagi pesan kawan saya – jika orang Buddha main mercun, hantu lari… tapi jika orang Islam main mercun, hantu datang….. Kenapa mereka datang…??? Kerana mereka sukakan situasi itu & sengaja menggalakkan umat Islam membazir duit & mengganggu orang lain…. Makhluk halus yang jenis ini, biasanya dari golongan yang nakal… Kalau jahat, biasanya mereka buat lebih daripada apa yang kita dapat lihat….

Percaya atau tidak, apa yang selalu ditunjukkan dalam TV dan FILEM tentang hantu ini… semuanya memang betul kewujudannya di kalangan hantu…. apa yang dikongsikan oleh penulis skrip & pengarah filem atau drama itu, adalah apa yang mereka sendiri pernah nampak atau TER-nampak….

Banyak lagi perkongsian yang saya ada jika berkisar tentang makhluk halus.jin ini…. yang disampaikan kepada saya oleh seorang kawan yang belajar tentangnya melalui pengalaman hidupnya sendiri…. Namun, saya rasa cukuplah sampai di sini saja yang perlu dikongsi….

Bagi mereka yang tahu lebih banyak daripada saya, terima kasih jika sudi turut sama berkongsi maklumat & pengetahuan itu…. MAAFlah sebab saya tak mampu berkongsi Nas & Hadith berkaitan makhluk halus ini, kerana pengetahuan saya dalam bidang itu masih terlalu cetek… Apa yang saya kongsikan di sini hanyalah daripada penceritaan hati ke hati dengan kawan saya tu…. TIADA NIAT MENUNJUK PANDAI atau MENGAJAR SESIAPA, cuma berkongsi pengetahuan yang tidak seberapa….. Wallahualam…..

1013029_148825418642581_149951713_n

MENCARI TITIK CINTA…

Aku ingin merenung
jauh ke tengah samudra
mencari titik berakhir cinta
menilai indah pelangi asmara..
Apakah masih sama
saat mula-mula jumpa mesra
atau sudah pudar warna
ibarat mentari di hujung senja…

by Wanmalini Ahmad on Thursday, 10 November 2011 at 23:26

A LITTLE WORDS FROM MY SMALL WORLD (Pt.3)

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada yang boleh disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Aku pun dalam ketentuan serta janjiMu sekuasa yang dapat ku lakukan. Aku mohon perlindungan kepadaMu dari keburukannya apa yang ku lakukan. Aku mengaku dengan kenikmatan yang Engkau kurniakan padaku, tetapi aku juga mengakui akan dosaku. Maka dari itu berikanlah pengampunan padaku kerana tidak ada yang dapat memberi pengampunan selain Engkau sendiri… Amiin ~ Oleh : Hujah Mujahidin Al Hassan , 16 December 2010

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berfikirlah dahulu sebelum bercakap, kerana jika kita boleh terluka dengan kata-kata orang lain, mereka juga boleh terluka dengan kata-kata kita… ~ 16 December 2010

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku… Dia….

Aku.. dia.. cinta dan rindu..
Apakah milik bersama selama-lamanya..
Atau cuma menanti derita..?

by Wanmalini Ahmad on Friday, 3 December 2010 at 15:14

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

408661_461270163948431_1764520298_n