Archive | December 2012

UCAP MERRY CHRISTMAS ITU HARAM…???

ASSALAMUALAIKUM.wbt & SALAM HORMAT kepada semua rakan taulan..

Oleh kerana terlalu banyak cakap-cakap yang saya terima berkenaan hukum mengucapkan MERRY CHRISTMAS kepada rakan taulan beragama Kristian.. saya kongsikan di sini beberapa pendapat oleh mereka yang lebih ariff tentang hal ini.. Dalam usia hampir 40 ini, saya akui masih jahil dalam hal ehwal hukum hakam.. Namun, sekiranya kita banyak membuat rujukan dan tidak hanya mengikut apa yang nampak betul di mata, mungkin kita akan dapat lebih banyak pengetahuan.. insyaALLAH…Image1

Menyentuh tentang haram atau tidak mengucapkan MERRY CHRISTMAS kepada rakan taulan beragama Kristian ini, pada saya lebih kepada cabaran dan ujian terbaru ALLAHswt kepada kita sebagai umatNYA.. Namun, kepercayaan kita terhadap isu ini adalah sebenarnya bergantung kepada prihatinnya kita terhadap asal usul fatwa dan hadith terbaru itu.. Maksud saya, ia datang daripada mazhab apa dan aliran apa.. Kemudian, kita bandingkan dengan mazhab pegangan kita pula.. Lalu, terus kepada rujukan di al-Quran tentang segala kebenaran beragama dan hidup sesama insan.. Jika kita sudah pasti tentang segalanya, rujuk pula kepada keperluan hidup bermasyarakat sesama insan…

Jika kita berpendapat apa saja yang ditentukan oleh mazhab lain adalah wajib diikuti selagi ia berlandaskan hukum Islam terutama sekali berkaitan halal dan haram, maka saya ingin mengajak anda merenung peristiwa yang berlaku di depan mata seorang Jemaah Haji, yang boleh kita panggil sebagai Hajj.A, yang mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Makkah beberapa tahun yang lalu.. Sedang beliau melakukan tawaf mengelilingi Kaabah, beliau terkejut melihat beberapa Jemaah Haji yang meraung dan menangis serta memeluk bangunan Kaabah, sehingga ada yang bergayut di kain Kiswah Kaabah.. Baginya itu adalah sesuatu yang baru baginya, lalu dia menganggap itu adalah salah satu yang dituntut dalam Islam kerana pada pengetahuan ceteknya, jika sesuatu perbuatan itu haram dilakukan dalam Masjidil Haram, maka ALLAHswt akan memberikan balasan pada ketika itu juga.. Namun perbuatan Jemaah Haji yang dilihatnya tidak membawa keburukan…391693_466367383386059_1086694076_n

Lalu, Hajj.A merujukkan kemusyhkilannya kepada seseorang yang lebih ariff tentang hal ehwal hukum hakam dan mazhab dalam Islam.. Daripada perbincangan ringkas tetap padat itu, Hajj.A akhirnya mengetahui bahawa perbuatan yang dilihatnya itu adalah amalan yang diwajibkan ke atas umat Islam daripada mazhab yang berbeza daripada mazhab penganut agama Islam di negara kita, iaitu Mazhab Syafii’e.. Walaupun dalam beberapa keadaan terdesak atau darurat, kita boleh mengikut ajaran mazhab lain di dalam ibadah Haji dan Umrah di Kota Makkah, namun sekiranya ia tidak perlu dan jauh daripada kesesuaian mazhab kita, maka haruslah kita menjauhinya…

Demikianlah apa yang boleh saya sentuh mengenai amaran mengucapkan MERRY CHRISTMAS kepada rakan taulan beragama Kristian, sebagaimana yang disebarkan akhir-akhir ini.. Sekiranya perbuatan itu haram, bagaimana pula Islam membenarkan seseorang Kuffar yang sudah memeluk agama Islam, terus menghormati kedua ibubapanya yang masih berdegil tidak mahu menukar agama..?? Apakah haram baginya untuk mengambil berat tentang kehidupan keluarganya yang masih Kuffar hanya kerana dia telah menjadi seorang Islam yang sebenar…??

Sesungguhnya, sesiapa pun boleh mencipta hadith baru, namun adakah sesiapa yang boleh mencipta al-Quran yang baru…??? Berhati-hati terhadap penyebaran hukum hakam yang mungkin menjuruskan kita kepada perperangan dengan agama lain.. MAAF saya katakan, jika kita tidak berfikiran terbuka dan bersesuaian dengan perkembangan hidup di zaman serba moden ini, usahlah kita terkejut melihat betapa banyaknya keruntuhan akhlak dan asas kehidupan di kalangan umat Islam.. Begitu juga dengan bencana alam yang kadangkala tidak terfikirkan pun oleh kita tentang kerasionalismanya dalam kehidupan biasa seharian…

Saya kongsikan di sini sedikit petikan yang saya pinjam daripada saudara Fairuz Selamat (https://www.facebook.com/mrfairuzselamat) dalam statusnya baru-baru ini.. serta, saya juga kepilkan pautan kepada laman http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=77 sebagai rujukan kita bersama.. Semoga dapat menjadi panduan yang lebih baik buat kita semua.. Fikir-fikirkanlah.. WALLAHUALAM…

*SALAM UKHWAH*

FAIRUZ SELAMAT : Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=77

Advertisements

Lucukah Ramalan Kiamat 21122012…???

Ramai yang mempertikai dan mempersendakan ramalan hari Kiamat yang dibuat oleh Kaum Maya, sebuah puak yang hidup di zaman mesopotamia di Colombia, melalui hitung putaran lengkap kalendar mereka yang terkenal agak panjang (*Rujukan : http://aimanayie.blogspot.com/2012/04/kalender-mayan.html).. Tapi, ramai yang tidak melihat ia sebagai sesuatu yang perlu dikaji dan difikirkan secara rasional…

MAAF, bukanlah saya bermaksud yang saya mempercayai ramalan tersebut, kerana sebagaimana yang kita sedia maklum, Kiamat adalah di dalam kekuasaan ALLAHswt sepenuhnya.. Dan, tidak juga saya mempersoalkan tindakan pihak-pihak yang mempertikai ramalan tersebut…

Cuma saya ingin menyentuh sedikit mengenai rasionalisma ALLAHswt mewujudkan Kaum Maya yang mahir dalam bidang astrologi lalu mampu mencipta kalendar mereka sendiri walaupun tanpa sebarang peralatan moden apatahlagi produk IT.. Malah, mereka wujud SEBELUM zaman Nabi ISA.as lagi (*Rujukan : http://hazimahmad.blogspot.com/2012/03/kiamat-2012.html) – yang mana pada ketika itu, Islam masih asing lagi di mukabumi ini.. Lalu, apabila kiraan pusingan kalendar mereka tamat pada 21.12.2012, mereka membuat andaian bahawa dunia akan hancur lalu membentuk sebuah dunia baru…

Pernahkah kita terfikir kenapa ALLAHswt mewujudkan fenomena ini..?? Mungkin pendapat saya agak keterlaluan dan tidak boleh diterima ramai, namun sukalah hendak saya katakan, bahawa saya beranggapan ALLAHswt hendak melihat sejauh mana umatNYA memberi perhatian kepada amaran yang disampaikan olehNYA dalam pelbagai bentuk…

BENAR.. sesungguhnya Kiamat itu benar, dan ALLAHswt telah menyebutnya di dalam al-Quran yang sepatutnya menjadi pegangan hidup setiap umat Islam di dunia ini.. Itu adalah sebenarnya AMARAN KEDUA daripada ALLAHswt kepada umatNYA, setelah AMARAN PERTAMA melalui Ramalan Kaum Maya tidak diperdulikan oleh dunia.. Bukankah rahsia ini dibuka semula oleh para Saintis Barat, yang dipercayai BUKAN beragama Islam..?? Yang mana telah disalahertikan oleh manusia sejagat, kebanyakannya oleh mereka yang beragama Islam, sebagai propaganda Barat dan pihak tertentu untuk memesongkan aqidah umat Islam…

Bukankah telah banyak kita melihat tanda-tanda kecil Kiamat yang ALLAHswt tunjukkan..?? Malah, sedar atau tidak, tanda-tanda itu kini sudah semakin membesar dengan beberapa musibah dan kematian beramai-ramai umat Islam, hampir di seluruh dunia.. Apakah kita sedar dan mulai berasa gentar dengan amaran ALLAHswt ini..?? Mungkin segelintir yang benar-benar takut dan kembali atau terus menyerahkan diri kepada ALLAHswt dengan taat setia, sambil membayangkan bahawa mungkin hari ini (211220012) kita tidak akan lagi dapat melihat dunia.. Namun, ramai lagi yang sengaja membutakan matahati dengan menganggap ini semua lelucon orang gila yang tidak mempercayai kekuasaan ALLAHswt.. Lebih menyedihkan, ada pula pihak yang terburu-buru membeli segala barang keperluan sebagai persediaan menghadapi Kiamat.. habis segala bekalan beras, gula dan tepung serta selimut dan pakaian yang dianggap sesuai pun diborong di kebanyakan tempat…

Kalau sudah begitu taksub dan takut dengan kemungkinan berlakunya Kiamat, kenapa kita tidak memenuhi semua rumah-rumah ibadat mengikut agama masing-masing, lalu memohon ampun dan bertaubat ke atas segala dosa-dosa kita yang lalu..?? Begitu pun, bukanlah kita harus pula mengeji dan memperlekehkan ramalan Kiamat oleh Kaum Maya itu, kerana sesungguhnya kita tidak akan tahu andai ramalan itu mampu menjadi sesuatu yang benar…

Sayugia, saya menyeru kepada semua rakan taulan pembaca sekelian, sekiranya kita mendengar atau mendapat ramalan tentang sesuatu.. usahlah cepat kita mempertikaikannya.. Walaupun besar dosanya bagi kita mempercayai sesuatu ramalan, namun dari segi positifnya, kita perlu juga meneliti dan mengambil iktibar terhadap apa yang diketengahkan, kerana kita mungkin tidak mampu faham bagaimana sebenarnya ALLAHswt berkomunikasi dengan kita.. Biarpun al-Quran adalah qalam ALLAHswt yang hakiki, namun usahlah kita mempertikaikan juga segala bentuk komunikasi antara DIA dan kita samada melalui mimpi, gerak hati ataupun ramalan itu sendiri…

WALLAHUA’LAM….

I Want You In My Room…!!!

Boom Boom Boom Boom – Vengaboys

If you’re alone and you need a friend
Someone to make you forget your problems
Just come along baby take my hand
I’ll be your lover tonight

This is what I wanna do
Let’s have some fun
What I want is me and you

Boom, boom, boom, boom, I want you in my room
Let’s spend the night together from now until forever
Boom, boom, boom, boom, I wanna double boom
Let’s spend the night together, together in my room

Everybody get on down
The Vengaboys are back in town
This is what I wanna do
Let’s have some fun
What I want is me and you

Boom, boom, boom, boom, I want you in my room
Let’s spend the night together from now until forever
Boom, boom, boom, boom, I wanna double boom
Let’s spend the night together, together in my room

Boom, boom, boom, boom, I want you in my room
Let’s spend the night together from now until forever
Boom, boom, boom, boom, I wanna double boom
Let’s spend the night together, together in my room

Boom, boom, boom, boom, I want you in my room
Let’s spend the night together from now until forever
Boom, boom, boom, boom, I wanna double boom
Let’s spend the night together, together in my room

Boom, boom, boom, boom, I want you in my room
Let’s spend the night together from now until forever
Boom, boom, boom, boom, I wanna double boom
Let’s spend the night together, together in my room

 

Kiss Me Under The BlueMoon….

Miss-You-Wallpapers-2

Kiss me – M2M

Kiss me out of the bearded barley
Nightly, beside the green, green grass
Swing, swing, swing the spinning step
You wear those shoes and I will wear that dress.

[Chorus:]
Oh, kiss me beneath the milky twilight
Lead me out on the moonlit floor
Lift your open hand
Strike up the band and make the fireflies dance
Silver moon’s sparkling
So kiss me

Kiss me down by the broken tree house
Swing me upon its hanging tire
Bring, bring, bring your flowered hat
We’ll take the trail marked on your father’s map

[Chorus (repeat)]
Oh, kiss me beneath the milky twilight
Lead me out on the moonlit floor
Lift your open hand
Strike up the band and make the fireflies dance
Silver moon’s sparkling
So kiss me