Salah ke makan pakai chopstick…??

Suatu hari, saya pergi makan di sebuah kopitiam yang terkenal di bandar Melaka. Sebut saja kopitiam, dah tentulah tempat yang dikunjungi oleh semua kaum, termasuk Cina. Seperti biasa, saya suka makan Laksa Sarawak yang dijual di situ. Kawan sayapulak, minta nasi goreng.

Bila makanan sampai, saya ambil chopstick dan guna sudu yang diberikan untuk makan. Sebaik sahaja saya membetul-betulkan chopstick agar sesuai cara memegangnya, kawan saya menegur.

“Apalah engkau ni, makan macam Cina, pakai chopstick! Entah mulut Cina mana dah kena suap dengan chopstick tu, kau main sumbat aje kat mulut. Tak segan ke kau dengan tudung dengan hapa ni, makan macam orang Cina?”

Saya terus tak jadi makan. Nak lagi bila tengok sekeliling, majoriti orang sebangsa melihat saya dengan pelbagai riak rupa. Memang saya tak nafikan bahawa ada juga yang mencemik dan tak kurang yag melihat dengan pandangan sinis. Perlahan-lahan saya membalas kata-kata kawan saya tu.

“Kenapa?? Salah ke aku pakai chop-stick?” Tanya saya dengan wajah selamba.

“Hish, engkau ni, lagi mau tanya ka? Kan makan pakai chop-stick tu cara orang Cina. Chop-stick tu pulak entah dia orang buat makan apa, mana kita tau?? Lagipun dah kena mulut Cina, kau tak geli ke??” Balasnya pula dengan wajah yakin.

Saya malas nak bertekak. kebetulan di sebelah kami, ada seorang pelanggan berbangsa Cina sedang makan nasi goreng menggunakan sudu. Kawan saya tu pun guna sudu jugak. Lalu saya tanya dia:

“Kau cakap chopstick ni bekas mulut Cina, habis kau ingat sudu yang kau pakai tu bukan bekas mulut Cina ke? Cuba kau tengok amoi kat sebelah ni. Dia makan pakai sudu, sama macam kau. Tengok berapa persen sudu yang masuk ke mulut dia, berbanding dengan aku yang pakai chopstick,”

Kawan saya spontan aje tengok ke arah pelanggan Cina tersebut, dan dia terdiam. Anda pasti boleh bayangkan bagaimana caranya orang makan dengan sudu dan chopstick, kan??? Jadi, cuba dapatkan pandangan peribadi anda sendiri akan isu ini.

Saya hanya geleng kepala dan terus sambung menyuap makanan. Kawan saya tu, terkebil-kebil saja sanbil meletakkan sudunya ke atas pinggan. Nasi goreng langsung tidak lagi disentuh. Kesian pun ada jugak melihatnya.

“Hai engkau ni.. fanatik sangat la. Kan ke sudu garfu dan chopstick ni dah dicuci?? Makan aje lah nasi goreng kau tu, selagi pihak JAKIM sahkan kopitiam ni halal. Kalau rasa was-was jugak, makan aje pakai tangan. Habis cerita,” ujar saya.

Bila mengenang kembali kisah ini, saya teringat kata-kata seorang Ustaz melalui rancangan soal-jawab Agama di radio sikit masa lalu : “Yang pi sampai tang dapoq tu watpa…???”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s