Archive | July 2012

Gambar Tips Dan Trik Pesbuk

Gambar Tips Dan Trik Pesbuk

Nombor 1 cute

 

Gambar Tips Dan Trik Pesbuk

Nombor 2 cute

Advertisements

Salah ke makan pakai chopstick…??

Suatu hari, saya pergi makan di sebuah kopitiam yang terkenal di bandar Melaka. Sebut saja kopitiam, dah tentulah tempat yang dikunjungi oleh semua kaum, termasuk Cina. Seperti biasa, saya suka makan Laksa Sarawak yang dijual di situ. Kawan sayapulak, minta nasi goreng.

Bila makanan sampai, saya ambil chopstick dan guna sudu yang diberikan untuk makan. Sebaik sahaja saya membetul-betulkan chopstick agar sesuai cara memegangnya, kawan saya menegur.

“Apalah engkau ni, makan macam Cina, pakai chopstick! Entah mulut Cina mana dah kena suap dengan chopstick tu, kau main sumbat aje kat mulut. Tak segan ke kau dengan tudung dengan hapa ni, makan macam orang Cina?”

Saya terus tak jadi makan. Nak lagi bila tengok sekeliling, majoriti orang sebangsa melihat saya dengan pelbagai riak rupa. Memang saya tak nafikan bahawa ada juga yang mencemik dan tak kurang yag melihat dengan pandangan sinis. Perlahan-lahan saya membalas kata-kata kawan saya tu.

“Kenapa?? Salah ke aku pakai chop-stick?” Tanya saya dengan wajah selamba.

“Hish, engkau ni, lagi mau tanya ka? Kan makan pakai chop-stick tu cara orang Cina. Chop-stick tu pulak entah dia orang buat makan apa, mana kita tau?? Lagipun dah kena mulut Cina, kau tak geli ke??” Balasnya pula dengan wajah yakin.

Saya malas nak bertekak. kebetulan di sebelah kami, ada seorang pelanggan berbangsa Cina sedang makan nasi goreng menggunakan sudu. Kawan saya tu pun guna sudu jugak. Lalu saya tanya dia:

“Kau cakap chopstick ni bekas mulut Cina, habis kau ingat sudu yang kau pakai tu bukan bekas mulut Cina ke? Cuba kau tengok amoi kat sebelah ni. Dia makan pakai sudu, sama macam kau. Tengok berapa persen sudu yang masuk ke mulut dia, berbanding dengan aku yang pakai chopstick,”

Kawan saya spontan aje tengok ke arah pelanggan Cina tersebut, dan dia terdiam. Anda pasti boleh bayangkan bagaimana caranya orang makan dengan sudu dan chopstick, kan??? Jadi, cuba dapatkan pandangan peribadi anda sendiri akan isu ini.

Saya hanya geleng kepala dan terus sambung menyuap makanan. Kawan saya tu, terkebil-kebil saja sanbil meletakkan sudunya ke atas pinggan. Nasi goreng langsung tidak lagi disentuh. Kesian pun ada jugak melihatnya.

“Hai engkau ni.. fanatik sangat la. Kan ke sudu garfu dan chopstick ni dah dicuci?? Makan aje lah nasi goreng kau tu, selagi pihak JAKIM sahkan kopitiam ni halal. Kalau rasa was-was jugak, makan aje pakai tangan. Habis cerita,” ujar saya.

Bila mengenang kembali kisah ini, saya teringat kata-kata seorang Ustaz melalui rancangan soal-jawab Agama di radio sikit masa lalu : “Yang pi sampai tang dapoq tu watpa…???”.

Selingkar Kisah BENAR 4u

KERANA NAMAKU AMERICAN
Oleh : WANMALINI AHMAD ; Sunday, 17 July 2011 at 22:51

Gurauan tentang nama seseorang selalunya memang adalah di antara gurauan yang digemari oleh ramai di antara kita. Daripada sebuah nama, kadangkala lahirnya pelbagai gelaran dan juga panggilan, kadangkala ada yang tidak elok didengar – namun tetap memberi makna bahawa ia adalah milik seseorang. Tidak ketinggalan nama-nama pelik yang dimiliki oleh orang biasa yang tiada punyai sebab untuk dilabelkan sebagai ‘Orang Luar Biasa’.

Perkenalan saya dengan seorang teman melalui laman sosial Facebook baru-baru ini, membuka satu lembaran baru dalam diari kehidupan saya menghadapi pelbagai karenah dan cerita manusia di dunia ini. Beliau adalah orang biasa, bekas anggota tentera berpangkat Major (B) dan aktif dalam NGO terutama sekali yang melibatkan aktiviti di tanah tumpah darahnya – Mukah, Sarawak. Ketika artikel ini ditulis, beliau menjawat jawatan Pengurus Dewan Suarah Mesra, Mukah.

Apa yang menarik tentang beliau, adalah namanya – AMERICAN WAYNE. Sekali imbas, ramai yang menganggap dia bergurau atau dia berasal dari Negara Uncle John itu. Namun beliau adalah seorang rakyat Malaysia yang lahir di sebuah kampung di Mukah, Sarawak sekitar tahun 40-an. Ibu bapanya adalah orang Sarawak dari keturunan Melanau dan memegang kerakyatan Malaysia, walaupun hidup di zaman penjajah.

Menurut cerita American Wayne, beliau pada mulanya hanya dikenali dengan nama MERICAN WAYNE dan itulah juga nama panggilannya di kampung semasa dia sedang membesar. Malah, namanya didaftarkan di dalam kad pengenalan sebagai Merican Wayne. Tiada sebarang masalah yang dihadapinya pada saat itu.

Namun begitu, masalah bermula apabila dia terjumpa dengan Surat Beranak asalnya dari zaman British. Rupa-rupanya, nama sebenar lelaki Melanau itu adalah American Wayne dan bukanlah sebagaimana yang telah ‘ditetapkan’ sepanjang tempoh itu. Maka, sebagai seorang warganegara yang dilatih untuk patuh kepada undang-undang negara tercinta, dia bertindak menukarkan nama panggilan yang telah didaftarkan kepada nama sebenar mengikut Surat Beranak.

Bermula dengan soalan berbentuk sinis tentang bagaimana dia mendapat namanya, American Wayne menerima pelbagai lelucon yang menarik berkaitan dengan namanya yang dianggap pelik oleh orang ramai. Ada yang sengaja memperolok-olokkan panggilan namanya dan ada juga yang bertaruh bahawa itu adalah nama sebenarnya.

Macam-macam pengalaman saya lalui dengan memiliki nama pelik ini. Ada satu kisah lucu yang mengaitkan saya dengan seorang rakan tentera berasal dari Australia semasa saya berkursus di sana dulu. Sessi memperkenalkan diri menjadi gamat apabila saya menghulurkan tangan sambil menyebut nama….,

Sebaik sahaja menyebut namanya : “American” – sambil menghulur salam perkenalan, rakan tentera dari Australia itu pantas menjawab : “Australian”. American Wayne menyebut lagi namanya dan tentera Australia itu menyebut pula kerakyatannya. Sehingga di suatu tahap, American Wayne tahu bahawa mereka sedang menghadapi masalah komunikasi. Segera American Wayne memberitahu : “My name is American Wayne. I’m from Malaysia.” Dan barulah tentera Australia itu faham.

Ada beberapa lagi kisah menarik berkaitan namanya yang diceritakan oleh American Wayne kepada saya. Namun kisah ini yang paling menyentak dan menyayat hati lantas membuatkan saya menulis artikel ini. American Wayne, lelaki bertaraf Warganegara Malaysia, berbangsa Melanau, lahir di Sarawak dan pernah bertugas dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum bersara 20 tahun lalu dengan pangkat terakhir sebagai Major – telah dinafikan haknya hanya kerana nama.

Apa yang paling menyedihkan, saya tak dapat beli rumah atau tanah hanya semata-mata kerana nama saya yang membawa maksud Warganegara Amerika. Malah, hasrat untuk menabung dalam Amanah Saham Nasional juga terbantut kerana nama tersebut tidak diluluskan penerimaannya di dalam sistem ASN,” keluh American Wayne dengan rasa kesal.

Perkara ini juga sedikit sebanyak telah mengeruhkan rumahtangga Major (B) American Wayne kerana kegagalannya mengumpul harta kekal untuk keluarga. Mujurlah simpanannya di bank mencukupi untuk hari tua dan kegunaan keluarga untuk menambah harta, walaupun bukan dengan menggunakan nama beliau.

Walau apa pun, saya bersyukur kerana diterima bekerja dalam ATM dan dipermudahkan urusan untuk berkahwin walaupun nama saya menunjukkan bahawa saya ini kononnya adalah Warganegara Amerika,” begitu keluh warga emas berusia 65 tahun ini sambil tersenyum pahit.

Terkelu lidah saya apabila mendengar cerita lelaki itu. Alangkah zalimnya perbuatan manusia dan birokrasi yang menghimpit ke atas seorang warganegara bertaraf pribumi seperti American Wayne. Walaupun ada yang menganggap bahawa salah ibu bapanya yang memberikan nama begitu, namun saya beranggapan bahawa adalah tidak wajar menafikan hak lelaki ini untuk hidup normal sebagaimana warganegara yang lain.

Nasib baik jugalah saya masih mempunyai peluang untuk mendapat tanah 3x6x7kaki di belakang masjid. Kalau tidak, saya pun tak tahu apa nak jadi…,” kata-kata akhir daripada American Wayne membuatkan saya berfikir sejenak : “APALAH YANG ADA PADA NAMA?”.

NOTA : Major (B) American Wayne sekarang sudah bersara dari Dewan Suarah Mukah dan menetap di Kuching, Sarawak bersama-sama keluarganya.

PETUA ASMA UNTUK KANAK-KANAK

a. Serangan asma pada kanak-kanak selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanak-kanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa. Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun. Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 – 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 – 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.

b. Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya. Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Petuanya:

1. Ambil beberapa helai daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta ditumbuk lumat.

2. Sapu daun yang telah lumat tersebut pada dada sehingga paras pusat. Hasilnya akan diperolehi setelah diamalkan beberapa kali.

Credits to : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
http://www.facebook.com/ePetua?ref=stream