Archive | January 2012

SONG 4u1day

Advertisements

Tongue twister 4 fun…

Dah puas membaca sampai terseliuh mata, apa kata kita cuba pulak permainan yang popular ini…? Tongue twister memang sangat digemari oleh orang yang suka nak mengenakan orang. But, take it as a joke and to reduce the stress… Sebut ayat-ayat di bawah dengan laju selama 10 kali berturut-turut… REMEMBER, say the words as fast as you can, 10 times for each sentence...

1) She sells sea shells on the sea shore.

2) Biawak, buaya, buaian.

3) Red lorry, yellow lorry.

4) Bas datang, aku naik.

*Ooppps! LUPA nak tulis tadi… yang last tu, untuk orang DEWASA saja…. hahahahahahahahahaha…. JANGAN MARAH haaa……….

Menangani si panas baran…

Pernah menghadapi masalah berurusan dengan orang yang panas baran..? Panas baran biasanya terbahagi kepada dua katogeri – panas baran membabi buta dan panas baran ikut situasi. MAAF, saya rasa dalam istilah perubatan, TIADA katogeri ini. Tapi, sengaja saya bahagikan kepada dua untuk memudahkan pefahaman kita bersama.

Panas baran membabi buta ini selalunya dikaitkan dengan orang yang mudah naik angin tanpa ada sebarang sebab. Pantang tersilap sikit, mereka akan naik darah tak tentu pasal. Selalunya sikap mereka ini sangat  sukar dikawal. Bila dah naik darah, pasti  ada orang yang jadi mangsa. Kadang-kadang sampai mampu membunuh, atau sekurang-kurangnya mencederakan sesiapa  saja.

Panas baran ikut situasi biasanya dikaitkan dengan orang yang mudah naik angin, tapi jika ada sesuatu kejadian yang tertentu sahaja. Orang begini selalunya cenderung untuk jadi pendiam, kurang bergaul dan tidak banyak kawan. Bukannya sombong atau tidak suka menjadi kawan orang lain.. tapi, mereka selalu bimbang jika ada berlaku sesuatu yang boleh mencetuskan kemarahan dan akhirnya menjadikan mereka panas baran.

Selalunya, orang yang panas baran ikut situasi ini, seorang yang pentingkan kesempurnaan dan kelancaran dalam melakukan sesuatu termasuklah tugasan di pejabat, pemanduan di jalanraya atau yang berkaitan dengan hobi mereka. Namun begitu, pada kebanyakan masa, mereka yang dari katogeri ini juga merupakan orang yang penyabar – kebanyakannya daripada daya usaha mereka sendiri menahan perasaan marah untuk mengelakkan berlakunya situasi yang lebih buruk jika panas baran mereka tidak dikawal. Selalunya, mereka ambil sikap tidak peduli atau berusaha menerima sesuatu sebagai takdir atau lumrah kehidupan.

Namun bhgitu, apabila terpaksa berdepan dengan situasi yang tegang, kencenderungan untuk hilang kawalan memang tidak dapat dielakkan. Di dalam situasi ini, orang sekeliling, terutama yang paling rapat dengannya perlulah peka dengan perubahan yang berlaku atau mungkin akan berlaku terhadapnya. Selalunya, di dalam keadaan emosi yang stabil, si panas baran akan mengambil sikap mendiamkan diri. Tiada sebarang reaksi, atau paling lebih pun cuma menjawab dengan perkataan “Mmmm…” atau jawapan yang paling minima serta perlu saja.

Tetapi, ramai orang bimbang dengan kemungkinan si panas baran akan bertindak di luar batasan. Biasanya ini berlaku di saat emosinya kurang stabil atau jiwanya tertekan. Sebagaimana yang kita tahu, seseorang mudah stress apabila adanya masalah yang tidak dapat diselesaikan atau sesuatu yang dirancangkan tidak berjalan dengan baik. Di saat ini, stress akan mempengaruhi emosi dan pasti boleh memburukkan lagi keadaan apabila seseorang itu bersikap panas baran. Sehubungan itu, si panas baran ibarat sebuah gunung berapi separa aktif yang boleh meletus pada bila-bila masa, selalunya tanpa sebarang amaran.

Apa yang sangat menakutkan ramai orang ialah apabila si panas baran yang sudah mencapai tahap maksimum. Merka bukan saja akan hilang kawalan diri, malah kelakuan mereka yang selalunya pendiam atau mungkin adakalanya periang juga, akan berubah menjadi seperti singa yang ganas. Memang tidak dinafikan bahawa kelakuan di luar batasan tidak dapat dielakkan pada masa yang tersebut. Dan, jika tersilap cara menanganinya, letusan gunung berapi akan bertukar menjadi bencana yang lebih dahsyat lagi termasuklah berlakunya tsunami.

Mungkin anda pernah menghadapi situasi menghadapi kemarahan si panas baran yang selalunya di luar kawalan sesiapa pun, termasuklah individu yang panas baran itu sendiri. Selalu tak anda terfikir cara yang bagaimanakah paling baik untuk menangani si panas baran ini? Atau, apakah anda fikir bahawa apa yang anda lakukan selama ini sudah mencukupi? Mungkin benar ia mampu meredakan atau melumpuhkan kemarahan si panas baran. Tetapi, mungkinkah respon anda terhadap si panas baran selalunya menambah darjah kehangatan bara yang sudah hampir menjadi api?

Selalunya, cara yang paling baik untuk menangani seseorang, adalah dengan bertanya apa sebenarnya yang dia mahu. Tapi, bertanya terus kepada si panas baran, memang tidak menjanjikan bahawa mereka mampu memberikan jawapan yang memuaskan hati. Kerana, kadangkala mereka sendiri tidak pasti apa yang mereka mahu, apatah lagi jika pertanyaan itu disoal ketika mereka sedang berada dalam situasi naik angin tahap minimum sekalipun. Silap-silap terus jadi baran tahap gaban.

Jadi, bagaimanakah cara terbaik menangani orang yang sedang panas baran ni..? Percaya atau tidak, saya adalah orang yang berada di dalam panas baran katogeri kedua. Zahirnya, orang selalu lihat saya sebagai seorang yang pendiam, hanya bergaul dengan orang yang saya kenali dan agak sombong kerana saya tid ak mudah menegur atau membalas teguran orang yang saya tidak kenal. Tetapi di kalangan rakan-rakan baik tapi kurang mengenali saya, selalunya saya dianggap sebagai seorang yang periang, suka mengusik dan pandai bergaul.

Truly speaking (*or i should say – truly writing… hehehehe) – bukan mudah untuk mengawal diri atau melatih diri menjadi seseorang yang mudah diterima dalam masyarakat yang selalunya fobia dengan orang panas baran. 15-20 tahun lalu, saya pernah hampir menjadi seperti ular tedung yang tidak boleh diusik langsung. Pantang ada yang tersilap, saya akan ‘menyerambung’ untuk menyerang.

Namun, seiring dengan peningkatan usia, sikap manusia juga selalu berubah.. Sebab, perkara yang paling penting adalah kita sendiri harus bersedia untuk berubah. Saya belajar daripada Arwah Abah dalam mengatur hidup, samada berjaya atau tidak, itu terpulang kepada keadaan. Tetapi, saya cuba mensasarkan waktu-waktu tertentu untuk membuat perubahan.  Dan, daripada kebiasaan itulah saya berazam untuk mengurangkan tahap sensitiviti saya dan mengawal sikap panas baran agar mudah untuk bergaul dengan populasi masyarakat yang lebih luas.

Dan, bagi yang mampu melihat serta menilai perubahan saya, dapat menerima dengan baik. Tapi, selalunya mereka akan lupa bahawa saya hanya mampu mengawal sikap panas baran – BUKAN menghilangkannya terus dari dalam diri. Jadi, kemungkinan untuk saya  menjadi gunung berapi separa aktif yang mampu meletus pada bila-bila masa, memang tidak boleh dielakkan. Oleh itu, bagi mereka yang selalu berhadapan dengan si panas baran yang berada di dalam katogeri sama macam saya, haruslah punyai cara yang betul untuk menanganinhya.

Saya kongsikan sedikit tips di sini untuk anda jadikan panduan bagaimana menangani orang yang panas baran. Sukalah saya hendak tegaskan di sini, bahawa tips ini diambil daripada pengalaman dan penilaian peribadi saya sendiri. Ia lebih kepada tips yang dirumuskan secara rambang dan bukannya tertumpu kepada seseorang individu sahaja. Kerana, sebagaimana yang kita tahu, setiap manusia dilahirkan unik setiap satunya. Jadi, tiada seorang pun yang benar-benar sama walaupun mereka dilahirkan kembar dan berkongsi satu uri.

Namun begitu, saya harap sedikit sebanyak, tips yang saya kongsikan di sini dapat membantu mereka yang selalunya buntu bagaimana untuk menangani orang yang panas baran. Apatah lagi orang tersebut adalah pasangan hidup yang kita sayangi. Banyak juga perkahwinan atau hubungan cinta yang hancur di tengah jalan, semata-mata kerana sikap panas baran. Tidak kurang juga yang hidup terseksa sepanjang hayat kerana sikap baran seseorang yang kita terpaksa berkongsi hidup atau tempat- samada pasangan hidup, ahli keluarga atau jiran tetangga.

Tips PERTAMA – apabila si panas baran sudah mulai naik angin, kita perlu peka dengan perubahannya. Sekiranya dia tiba-tiba diam, kita  patut sedar bahawa dia sudah mulai marah. Maka, jalan TERBAIK adalah ikut sama diam, hentikan segala perbualan atau perbuatan yang telah menimbulkan suasana senyap secara tiba-tiba itu. Cuba timbulkan perbualan lain yang tidak langsung ada kena-mengena dengan perkara yang dibincangkan sebelumnya. Walau bagaimana kuatnya dorongan untuk kita menyambung perbincangan yang asal tadi, selagi ia tidak berkaitan dengan hal ehwal antara hidup dan mati, lebih baik kita cari waktu yang lain untuk berbincang. Dalam ertikata lain, kenalah cari waktu di mana si panas baran sudah ‘sejuk’ (cool down) dan bersedia untuk menyambung perbincangan, yang pada kebiasaannya, lebih daripada 1-2 jam, bergantung kepada tahap panas baran seseorang.

Tips KEDUA – jangan sesekali mempersoalkan kenapa si panas baran harus naik angin dengan perbincangan atau perbuatan yang kita lakukan. Seperti yang telah saya jelaskan di awal tadi, orang yang panas baran ini perlukan kesempurnaan dan kelancaran – walaupun ada ketikanya mereka sendiri tidak cukup sempurna dan lancar (*maklum la,  manusia kan…? Mana ada yang perfect..?). Sama seperti tips pertama, biarkan saja mereka naik angin,  sebab bila perkara itu berlaku, kita boleh tahu bahawa ada la benda yang mereka tak berkenan atau tak puas hati tu. Jika kita boleh selesaikan sendiri hal tersebut tanpa perlu meminta pendapat atau pertolongan si panas baran, adalah lebih  baik kita selesaikan sendiri. Jika si panas baran hendak menolong, berikan ruang kepadanya dan jangan kritik. Si panas baran akan cuba sedaya upayanya untuk menyelesaikan apa yang anda tidak mampu buat itu, dengan sebaik dan sesempurna mungkin – demi memuaskan hatinya sendiri.

Tips KETIGA – ramai orang cenderung untuk memujuk si panas baran. Mereka ini  boleh dipujuk, tapi biarlah kena dengan caranya. Ada orang yang cuba memujuk dengan menyuruh berisghtigafar – itu MUNGKIN dapat mebantu (*MAAF, jika anda senstif terhadap perkataan ‘mungkin’ yang saya pasti menyentuh sensitiviti umat Islam), ada juga yang cuba menasihati agar jangan diikutkan sangat perasaan malah ada juga yang cuba memarahi si panas baran kerana terlalu ikutkan perasaan atau tidak mampu mengawal sikap panas baran mereka.

Tetapi, adakalanya pendekatan demikian tidak sesuai. Kadangkala ia bukannya membantu meredakan kemarahan si panas baran, malah menambah setakuk lagi tahap barannya.  Kecualilah si panas baran sudah sampai ke tahap hendak bertindak lebih agresif – contohnya seperti hendak mencederakan atau lebih teruk lagi, kelihatan seperti mahu membunuh – adalah lebih baik biarkan saja mereka. Kita perlu melihat dengan awas dan siap siaga untuk bertindak jika keadaan memerlukan, bukan mencelah ketika si panas baran sudah mulai bercakap kasar atau menghentak meja (*sekadar contoh). Jika perlu, kita ucapkan kalimah Syahadah atau berisghtigafar sendiri dengan suara yang jelas tetapi bukan dengan nada yang sama dengan kemarahan si panas baran.

Ini adalah kerana, ketika sedang diamuk kemarahan, si panas baran biasanya akan ‘kehilangan dirinya yang sebenar’. Oleh itu, perbuatan menyuruhnya bersabar, berisghtigafar atau yang sama waktu dengannya akan kelihatan seperti hendak mengajar itik berenang. Walhal haiwan yang disangka itik itu adalah ayam yang selalunya akan lemas bila terjatuh ke dalam air, tetapi tidak pernah mengaku bahawa ia tidak pandai berenang.

Itulah antara tips yang dapat saya kongsikan bersama anda. Mungkin ada yang hairan, kenapa saya sanggup mendedahkan diri dan berkongsi tips dengan para pembaca. Niat saya cuma satu : Hendak mengurangkan kadar populasi orang yang kurang arif atau masih buntu mencari cara terbaik untuk menangani orang yang panas baran. Walaupun mungkin tidak semua cara saya mampu mengurangkan tahap ‘keganasan’ orang yang sedang panas baran itu, namun sekurang-kurangnya anda telah pun membaca beberapa tips yang boleh anda jadikan rujukan bagi mengatasi masalah atau mengurangkan jurang kelainan di antara anda dengan si panas baran tersebut.

Saya bercakap melalui pengalaman, dan sengaja hendak berkongsi semua ini dengan harapan anda boleh memahami seterusnya tidak lagi bimbang untuk menghadapi orang yang panas baran, terutamanya orang tersayang yang bersikap demikian. Gunakanlah 3 tips di atas sekiranya anda menghadapi orang yang panas baran. Namun, kunci yang paling utama dalam cara ini adalah – DIAM, kerana diam itu lebih baik daripada bercakap sesuatu yang boleh menyebabkan si panas baran rasa dirinya diperlekeh atau tidak difahami. Atas apa sebab jua pun, hakikatnya si  panas baran tahu kenapa dia menjadi begitu tetapi tidak tahu bagaimana hendak memberitahu orang lain tentangnya…

Kan aku dah cakap….

Akhir-akhir ini, kita sering melihat kekacauan berlaku di negara kita. Di sana sini ada saja berlaku tunjuk perasaan atau demonstrasi. Perhimpunan haram atau halal, bagaikan sudah menjadi sesuatu yang wajib kepada sesiapa pun. Yang terbaru, Perhimpunan 901 yang MAAF saya katakan – salah satu di antara perhimpunan bodoh yang tidak memberikan kejayaan dalam ertikata yang sebenar.

Kalau anda nak marah saya sebab menulis begitu, marahlah.. saya terima. Dah biasa sangat kena kutuk dengan pentaksub politik yang paranoid, baik daripada parti pembangkang ataupun parti kerajaan. Tapi, jauh di sudut hati, saya tahu ada di antara anda yang zahirnya menyokong perhimpunan itu, turut bersetuju dengan saya. Ini adalah kerana tujuan sebenar perhimpunan itu diadakan, patut diragui. Dengan motto “Bebaskan Anwar”, perhimpunan itupun dilakukan atas izin PDRM. Maaf saya tanya ya, nak bebaskan Anwar daripada apa..? Dia cuma dituduh, BUKAN sudah dijatuhkan hukuman. Jadi, nak bebaskan dia daripada apa..? Penjara tuduhan..?

Sebab, dikatakan bahawa perhimpunan ini akan digerakkan selepas mendengar keputusan hakim, jadi untuk apa diadakan SEBELUM keputusan dibacakan..? Jangan kata saya tak  tahu apa-apa tau.. kerana laporan berita telah membuktikan bahawa perhimpunan telah diadakan sejak awal pagi, ketika OKT dan semua kakitangan mahkamah yang terlibat, termasuk pihak peguam dan ‘mangsa’ serta para pemerhati – bergerak masuk ke perkarangan seterusnya bilik mahkamah. Kemudian, letupan 3 buah bom buatan sendiri, telah membuktikan ada ‘balachi’ bodoh yang dengan sengaja melanggar perjanjian bertulis yang telah dipersetujui bersama oleh Wakil Perhimpunan dengan PDRM.

Nak kata pemberita bodoh kerana menyiarkan berita palsu, ia adalah BERITA BERGAMBAR yang dirakam secara LIVE pada masa kejadian. Walaupun saya percaya bahawa banyak lagi gambar-gambar dan rakaman yang tidak disiarkan untuk tontonan umum, tetapi apa yang saya dah lihat itu sudah cukup menggambarkan betapa fanatik-fanatik yang bertindak melulu ini telah membuktikan bahawa mereka dengan sengaja melakukan perbuatan yang sia-sia.

Kenapa saya katakan sia-sia..? Kerana setelah penat berkumpul dan mungkin juga ada yang mengambil cuti atau ponteng kerja, semata-mata hendak menyertai perhimpunan ini.. Akhirnya keputusan mahkamah memihak kepada OKT dan beliau dibebas dan dilepaskan tanpa sebarang hukuman atau teguran daripada hakim pun. Jadi, untuk apa menyertai perhimpunan kalau setakat hendak melarikan diri daripada bebanan kerja atau membuang masa melepak depan mahkamah, di bawah sinaran matahari..?

Orang yang diperjuangkan, sedang elok saja duduk dalam  air-cond mahkamah dan kemudian dibawa keluar dengan kenderaan berhawa dingin juga. Sedangkan kita ni kena menapak mencari kenderaan yang diletak di tempat yang pastinya agak jauh daripada tempat  perhimpunan. Owh, MAAF la kalau masa tu hujan, tapi masih jugak nampak tidak berapa nak bijak sebab kena meredah hujan selepas penat membuang masa menyertai perhimpunan. Bagi yang bekerja makan gaji, mungkin pada hari itu, ambil cuti bergaji atau tidak bergaji.. Lepas perhimpunan dibatalkan, boleh balik ke rumah atau bersiar-siar dengan rakan taulan. Tapi, bagi anda yang cari makan sendiri dengan kerja sendiri – contohnya memandu teksi – kalaulah dalam waktu beberapa jam itu anda bergerak mencari rezeki, tidak berkemungkinankah anda boleh mendapat sedikit wang untuk bayaran sewa teksi pada hari itu..?

Well.. apa yang saya nak tulis mengikut kepada tajuk posting kali ini, bukanlah hanya tertumpu kepada Perhimpunan 901 saja. Sebab ia cuma secebis retorik politik yang akan dilupakan dalam sedikit waktu lagi, kerana ternyata ia salah satu lagi perbuatan sia-sia di antara yang banyak telah dilakukan tetapi tidak membawa keputusan yang baik. Saya juga tahu, bukan hanya penyokong parti pembangkang saja yang melakukan perhimpuan sia-sia seperti ini.

Macam yang saya tulis di awal tadi, sejak akhir-akhir ini, semakin lama semakin banyak perhimpuanan dilakukan dengan tujuan untuk ‘menunjuk perasaan’. Sedangkan sebelum ini, semua itu agak begitu asing di kalangan kita, walaupun ada dilakukan di sana sini dalam jumlah yang kecil. Tetapi sekarang, pantang ada saja hal yang tidak disenangi, perhimpunan akan diadakan sambil peserta perhimpunan mengangkat sepanduk yang ditulis dengan macam-macam ayat termasuklah ayat maki hamun yang tidak sesuai dibaca oleh golongan di bawah umur.

Sedar atau tidak, ia berlaku sejak hampir sepuluh tahun lalu. Ketika bila ya…?? Ketika Pak Lah menjadi Perdana menteri lagi… betul tak..? Pada ketika beliau menjadi Orang Pertama Negara (*Isteri Pemimpin Nombor Satu Negara kan dipanggil sebagai Wanita Pertama…???) – Pak Lah telah dengan sengaja mengabaikan pesanan mantan Perdana Menteri sebelumnya iaitu Tun Mahathir. Apa yang Che Det pesan..? Kata beliau : “Anwar Ibrahim tidak boleh dibebaskan kerana dia akan membawa bencana kepada negara..” – begitulah sedikit sebanyak makna di dalam pesanan Che Det.. Para rakan wartawan pasti masih ingat pesanan ini..

Penyokong DSAI boleh mula maki hamun saya sekarang, terpulang… kubur masing-masing kan.., masing-masing jaga la ya…?? Tapi, saya tetap setuju dengan nasihat Che Det itu. Sebab buktinya telah kita lihat sekarang.. Betapa para pentaksub DSAI telah banyak melakukan kacau  ganggu kepada negara.. orang Melayu saling bermusuh sesama sendiri.. Kalau dulu sejak parti orang Melayu terbelah dua dan kemudiannya tiga, lepas itu tinggal dua semula dan akhirnya dipecahkan lagi kepada tiga… memang orang Melayu sudah asyik bermusuhan, bila ditambah dengan kehadiran DSAI yang dibebaskan daripada kekangan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).. maka segala kekacauan semakin teruk dan bagai hampir tidak mampu dikawal lagi.

Lumrah kita sebagai manusia ya, mudah sangat terikut-ikut perbuatan orang walaupun kita tahu ia tidak membawa sebarang manfaat.. Tapi bila ia mulai menjadi satu wabak, maka sedikit sebanyak kita terjangkit juga. Cuma, kebanyakan daripada kita tidak menganggap apa yang kita buat itu salah.. Jauh sekali hendak menyatakan bahawa ia adalah sesuatu yang sia-sia.

Kawan-kawan pembaca yang dihormati.. negara kita ini ada undang-undang. Memang ada yang menuduh undang-undang negara dimonitor oleh kerajaan, ya memang betul.. Tapi mahkamah telah menunjukkan ketelusannya dalam beberapa kes yang melibatkan pemimpin kerajaan serta pemimpin pembangkang. Buktinya, Khir Toyo didapati bersalah kerana menipu dalam laporan hartanya dan Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan meliwat walaupun ramai yang menganggap dia sebenarnya bersalah berpandukan kepada sejarah kes liwatnya dulu.

Jadi, atas alasan apa lagi kita hendak katakan bahawa undang-undang di Malaysia ini tidak telus dan berat sebelah..? Kita kata polis tidak telus, kita tuduh polis jahat…, tapi bila rumah kita dipecahmasuk penyamun, kenapa kita pergi repot polis juga..? Kenapa kita tidak pergi pada orang yang kita sanjung dan anggap dialah yang terbaik di kalangan yang baik – tidak kiralah DSAI ke, TGNA ke atau DSNR pun, untuk melaporkan kejadian itu dan meminta bantuannya untuk menangkap penyamun..?

Jadi, atas beberapa sebab dan contoh yang saya tulis, sukalah saya hendak menyeru agar kita semua dapat berfikir dengan lebih bijak dalam kebanyakan hal yang melibatkan keamanan negara dan kemashalatan sesama bangsa. Anda boleh tuduh saya sebagai pencacai parti, walaupun saya tidak sebenarnya faham apa maksud pencacai itu- kalau roti canai saya tahu la… Tapi, hakikatnya saya sedih melihat perubahan di kalangan bangsa saya sejak kebelakangan ini.. Sikap kita sebagai bangsa Melayu yang  selama ini dikenali sebagai bangsa yang saling menghormati, taat kepada pemerintah, bersikap anti-perkauman, bersopan-santun dan entah apa lagi anggapan baik yang diberikan – telah hampir lenyap sama sekali. Silap-silap bangsa lain yang kita anggap penjajah sedikit waktu dulu itu bersikap lebih baik daripada kita… Tak malukah kita memikirkannya…????

Saya tidaklah menyalahkan DSAI dalam setiap apa yang berlaku di kalangan bangsa Melayu sekarang ini.. sebab beliau cumalah seorang daripada punca segalanya. Namun, dengan pembebasan DSAI sebagai salah satu langkah permulaan kepada penghapusan Akta ISA yang telah pun dilaksanakan sekarang, telah pun memulakan segala kacauganggu yang tersebut. Kalaulah DSAI tidak dibebaskan dan Akta ISA tidak dihapuskan, saya yakin segala kacauganggu ini tidaklah sehebat seperti sekarang. Kalau ada pun, mungkin masih berada di bawah kawalan dan tidaklah sehingga melarat ke lingkungan para pelajar yang sepatutnya lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran, bukannya melawan kerajaan.

Dan, bilamana Che Det bersuara tentang hal ini.. ada pula pihak yang menggelarnya sebagai nyanyuk dan tanya : “Bila lagi nak mampus..??”..!! Alahai manusia yang lupa diri.. kenapa sampai begitu sekali berlagak macam kamulah yang terbaik..? Kalau baik dan hebat sangat, kenapa tak diri sendiri yang jadi Perdana Menteri..??? Selama ini, kamu bersekolah tak..? Sekolah jenis apa ya..? Sekolah Rendah Kebangsaan kan..?? Kemudian, lulus UPSR (*kalau masa saya dulu, lulus Penilaian Darjah 5) – masuk pula sekolah menengah.. Sekolah Menengah Swasta kah…?? Mungkin anak orang kaya.. tapi kalau lihat daripada gaya, orang setaraf saya juga – sederhana… Maknanya, kamu sudah pasti bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan – milik siap…??? Kerajaan kan..? Masa kamu sekolah dulu, siapa yang berikan segala kemudahan kamu nak belajar tu..? Memanglah ibubapa kamu keluarkan duit, tapi banyak tak subsidi yang kamu dapat..?? Jalanraya yang kamu lalu setiap hari itu, siapa yang bina kalau bukan kerajaan..?? Dan, sejak kepimpinan siapakah jalanraya bertar yang cantik dan selamat dapat kamu gunakan kalau bukan oleh mantan Perdana Menteri yang kamu kutuk itu..??

Hai… MALUnya saya mengaku kamu sebangsa dengan saya.. Saya orang Melayu tau.. tapi ada darah Jawa.. Jadi, pada kebanyakan masa, saya lebih bangga mengaku sebagai Orang Jawa walaupun kebanyakan orang Melayu bila dengar Jawa saja cepat nak kaitkan sebagai orang Indon… pendatang asinglah kononnya kami ni.. Tak apa la, saya tak kisah pun.. sebab kalau saya mengaku Melayu pun, bukan semua orang Melayu tu baikkk sangat.. Dan, kalau pun ada orang Indon itu bersikap tak semenggah, saya sekali lagi berasa malu bila ada buruh Indon ini yang bercakap : “Kalau kami tak datang kerja kat sini, siapa nak buat kerja-kerja kotor bina bangunan pencakar langit yang orang Malaysia banggakan sekarang..?” – tak malukah kamu dengar kata-kata mereka yang benar itu..?? Kamu kalau tak setuju dengan saya, terpulang.. tapi itulah hakikat. Dan, di atas hakikat itulah saya tidak malu mengaku bahawa saya berketurunan Jawa walaupun semaangat Melayu sangat tebal di dalam diri saya…

Berbalik kepada topik utama perbincangan saya dalam posting ini, segala kacauganggu yang telah dan sedang berlaku adalah berpunca daripada sikap tunjuk pandai Pak Lah melepaskan DSAI daripada kekangan undang-undang… Faham-faham sajalah bila harimau terlepas sangkar, sudah pastilah dia mengamuk sakan walaupun pada hakikatnya dia mengamuk itu semata-mata kerana takut pada manusia dan tidak sanggup dikurung lagi. Seboleh-bolehnya dia cuba mencari apa juga ‘pendinding’ yang dapat menyelamatkan dirinya daripada segala apa yang mampu memusnahkannya. Dan, bilamana ada pula pihak yang sanggup melindungi serta menjaganya, semakin galaklah dia mempamerkan keangkuhan kerana tahu dia akan terus selamat selagi cengkaman kukunya masih mampu melukakan sesiapa saja.

Paling menyedihkan, bilamana pihak yang melepaskan harimau ini tadi telah lepas tangan lalu lari menyelamatkan nyawa sendiri, maka tinggallah pihak yang menyambut tugasnya yang tak selesai itu dengan hati rusuh kerana terpaksa mencari jalan untuk mengurung harimau itu semula.. Namun, apakah semudah itu kita mampu menangkap harimau yang sedang mengganas di belakang perisai bernyawa yang sanggup hilang nyawa semata-mata untuk memperjuangkan sesuatu yang mugkin sia-sia..?? Nak kurung semula kucing yang terlepas dari sangkar pun sudah susah melakukannya, ini pula nak memerangkap harimau yang sudah tidak hairan kepada umpan daging mahupun makanan segera..

Orang yang tunjuk pandai sudah sembunyi bawah kolong, yang tinggal di atas ini sajalah yang terpaksa menempuh segalanya sampai pening kepala walaupun tak dipamerkan secara jelas kepada umum.. Tapi, bak kata Che Det : “Senang jadi Perdana Menteri ni… dia cuma duduk sign aje, orang lain yang buat kerja..” – kata-kata itu memang nampak macam gurauan, tapi sebenarnya itulah hakikat yang orang tidak tahu.. Apabila menurunkan tandatangan ke atas sesuatu, bermakna dia bersedia menanggung apa saja risiko akibat daripada setiap apa yang dilakukan walaupun bukan oleh dia sendiri… Jadi, apabila Pak Najib telah menandangani persetujuan untuk menjadi Perdana Menteri, beliau terpaksalah menghadapi setiap masalah dan meyapu bersih tahi yang ditinggalkan oleh pemimpin sebelumnya..

Cuma yang jadi masalah, macamana cara yang terpaling baik..?? Mungkin timbul pula sokongan ke atas pendapat yang mengatakan bahawa kes liwat DSAI adalah salah satu konspirasi menjatuhkan beliau dan usaha untuk memenjarakan DSAI kembali. Dan, di saat inilah saya di antara orang pertama yang akan menyokong sekiranya Che Det berkata : “Kan aku dah cakap…???”

Biar rahsia tetap jadi rahsia…

Duduk berborak dengan jiran tetangga memang seronok, apatah lagi kalau ada cerita sensasi yang hendak diborakkan. Kedatangan seorang jiran ke rumah saya baru-baru ini membawa minat saya untuk menulis artikel ini. Perbualan yang pada mulanya hanya berkisar kepada perkara-perkara biasa, akhirnya beranjak ke topik yang lebih ‘extravaganza’. Biasalah kan, kata orang pun : “Bila duduk sendirian, biasanya kita tidur.. Bila duduk berdua, biasanya kita makan.. Bila duduk bertiga, biasanya kita mengumpat..” – dan, itulah yang telah berlaku pada hari yang tersebut.

Si jiran ini memulakan cerita sensasinya dengan menyampaikan berita tentang rumahtangga jiran sekampung yang khabarnya hampir berpisah dengan suami. Kes sudah pun dibawa ke Pejabat Agama dan sessi kaunseling akan diadakan tidak lama lagi. Pelbagai cerita dan sebab musabab yang diketengahkan si jiran saya itu, dengan berlandaskan cerita yang dia dengar daripada jirannya yang bermasalah itu.

Cerita punya cerita, melaratlah sampai ke cerita yang lebih sensitif.. Sampai ‘cerita dalam kain’ pun terkeluar..!! Alamakk… sampai ke situ sekali dia tahu..?? Amboi, mengalahkan pegawai perisikan pulak..! Mendengar cerita yang sangat menarik itu, saya merasakan perlu mendapat kesahihan. Maklumlah, sebagai penulis merangkap wartawan sambilan, kerja saya adalah mendapatkan berita sensasi berserta dengan bukti sahihnya sekali. By hook or by crook, saya mesti dapatkan juga cerita hingga ke akar umbi.

Saya mengambil kesempatan dengan menggunakan skil yang biasa, bertanya kepada jiran itu, macamana yang dia boleh tahu segalanya tentang hal rumahtangga jirannya. Yang paling tak berapa seronok didengar, sampai hal puas atau tak puas dan ganas tak ganas pun dia boleh tahu..??!! Kalau dia cuma buat andaian, mungkin juga ceritanya itu boleh diibaratkan sebagai hiburan. Tapi, kalau dia sengaja memandai-mandai… sudah sah tentulah ceritanya itu tak boleh diterimapakai.

Pada mulanya jiran itu berusaha mengelak daripada terus bercerita, namun segala ilmu dalam bidang penulisan yang saya pelajari dari pengalaman – bak kata orang : Street Smart Style – saya gunakan untuk mengorek cerita. Akhirnya dia mengalah dan mengakui bahawa jirannya itu bercerita kepadanya sendiri. Sempat pula si jirannya itu berpesan : “Biar pecah di perut, jangan terburai di mulut..” – biasalah kan, bila kita bercerita hal-hal rahsia dengan seseorang yang kita percayai, kita harapkan dia boleh simpan rahsia itu sebagaimana kita yang harus menyimpannya kepada diri  sendiri.

Lucunya, jiran saya itu sempat pula berpesan kepada saya :”Kau jangan cerita pada siapa-siapa tau, ini aku cerita pada kau saja..” – padahal, bersama dengan kami berdua pada saat itu, Emak saya pun ada juga..! Hahahaha, nak  pecah perut pun ada juga bila tergelak mengingatkannya. Dan, MAAF la sebab tujuan saya mengorek cerita sampai ke akar umbi pun adalah sebab nak buat artikel dalam blog, jadi pesanan jiran itu saya tidak memperakuinya dengan janji. Cuma, demi menjaga kemashalatan sesama jiran sekampung, saya tidak mendedahkan nama sesiapa melainkan hanya berkongsi cerita agar dapat sama-sama kita jadikan panduan.

Itu adalah salah satu contoh di mana perlu pentingnya menjaga kerahsiaan dalam rumahtangga. Jika dulu, Akta Kerahsiaan Negara (ISA) digubal demi menjaga agar rahsia negara tidak sewenang-wenangnya dibocorkan kepada pihak asing, yang mana ia dikhuatiri boleh menyebabkan kedamaian negara tergugat, ia samalah dengan menjaga kerahsiaan dalam rumahtangga. Apabila kita mengambil keputusan untuk berkongsi rahsia itu dengan pihak di luar lingkungan rumahtangga kita, walaupun cuma sekadar kepada ibubapa sendiri, maka pada masa itulah seharusnya kita bersedia menghadapi apa jua risiko terhadap perbuatan kita.

Seandainya saja ada akta yang digubal untuk memastikan rahsia rumahtangga tetap menjadi rahsia, maka sudah barang tentulah ramai di antara pasangan suami isteri yang masuk penjara atau sekurang-kurangnya dikenakan denda. Jangan menafikan ya, bukan saja perempuan yang suka bercerita kepada rakan atau jiran tentang hal dalaman rumahtangga, lelaki pun tak kurang hebatnya juga. Paling menyedihkan, lelaki selalunya bercerita secara lebih terbuka iaitu di kedai kopi – kalau cakap :”Aku cerita kat kau aje tau..!!” pun tak guna juga, sebab maklumlah kedai kopi kan…? Bukannya bilik hotel atau dalam kereta… atau dalam inbox FB..!!

Bila selalunya si isteri menceritakan masalah rumahtangganya kepada orang lain, pasti akan disertakan dengan airmata serta pertanyaan : “Apa salah saya..?? Tak cukup lagi ke layanan yang saya beri..? Apa yang dia hendak lagi.. anak dah berderet, makan pakainya saya jaga, bila dia mintak saja saya bagi…,” dan seribu satu pertanyaan lagi. Ada juga para isteri yang berasa dirinya tidak cukup bagus dan menyesali perbuatannya yang mungkin tidak kena di mata suami, lalu dia meminta pandangan rakan taulan – apa perlu dilakukan.

Bagi pihak suami pula, biasanya akan dengan bangga menceritakan bahawa dia sudah memberikan segalanya kepada si isteri. Duit belanja tak pernah susut, ‘main’ selalu puas sampai berdengkur bini dibuatnya dan bla bla bla. Orang lelaki bolehlah tambah apa lagi cerita ya, sebab saya jarang mengorek cerita daripada orang lelaki kalau bab ini… takut saya pulak yang kena korek, alamakkk!!! Tapi, yang paling tak best-nya tu, kebanyakan lelaki tak pandai jaga mulut. Bila dah bercerita segala kelebihan diri sendiri, sudah pastilah pula mulai mengkisahkan kelemahan isteri di depan orang lain. Akhirnya, sudah pasti akan diletakkan semacam satu hukuman.. cuma yang eloknya, ada beberapa pilihan, tapi yang paling popular ada 2 iaitu : “Aku ceraikan baru tau..” atau “Aku kahwin lain nanti, baru tau…”  – mudahnya hidup ini, kan..?

MAAF, saya bukan nak tunjuk pandai.. sebab saya pun seorang yang pernah gagal dalam rumahtangga. Namun, saya belajar daripada kesilapan orang lain. Dan, saya akui, tak semua isteri atau suami yang berperangai seperti yang saya tulis di atas. Ada juga yang sedaya upaya menyimpan rahsia hingga mendatangkan kesan negatif kepada diri sendiri.. Tapi, yang paling malang, ia memberi kesan yang buruk kepada anak-anak apabila tekanan dilepaskan kepada mereka yang selalunya tidak tahu apa-apa. Cuma, daripada pengalaman peribadi saya, duduk serumah dengan keluarga selepas berkahwin, tidak memberi saya peluang untuk berkongsi rahsia rumahtangga dengan ibu apatahlagi bapa. Sejak kecil saya dilatih untuk hidup berdikari, jadi saya cenderung menyelesaikan setiap masalah dengan daya usaha sendiri. Bila dah tersepit hampir mati, barulah saya boleh mencari pertolongan, itupun sekadar untuk melepaskan diri, bukannya menyelesaikan apa yang menjadi masalah tadi.

Bukan nak masuk bakul angkat sendiri ya.. Tapi saya cuma ingin berkongsi pengalaman, di mana sepatutnya rahsia rumahtangga itu birlah terus menjadi rahsia kerana jika kita dedahkan kepada orang lain, bukan semestinya kita akan mendapat pertolongan atau segala beban akan lepas daripada junjungan..  Silap-silap kita akan jadi bahan bualan dan gurauan, malah lebih teruk lagi jika ada pihak yang sengaja mengambil kesempatan.. Namun begitu, saya tidak katakan ibubapa saya bersikap begitu, cuma mereka memberi pendapat dan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyelesaikan sendiri masalah dan membuat keputusan.

Kita kena ingat bahawa tidak semua manusia itu ALLAHswt jadikan sebagai orang yang jujur dan suka membantu.  Ada juga yang suka mengambil kesempatan dan lebih menyesatkan. Jika ada yang lebih baik pun, cuba memberi nasihat tapi tidak mampu mengurangkan beban masalah yang berat, kerana bukan mereka yang mengalami segalanya. Jadi, jalan terpaling baik adalah kita membuat keputusan sendiri atau sekurang-kurangnya cuba memperbaiki sendiri segala masalah. Walaupun mungkin ia menjadi tidak lebih daripada seperti tikus membaiki labu, namun sekurang-kurangnya kita telah berusaha.

Sekiranya sudah tidak mampu lagi, barulah kita merujuk kepada ibubapa atau saudara yang lebih tua untuk menyelesaikannya. Tetapi awas, tidak juga semua ibubapa dan saudara lebih tua itu mampu membantu. Ada juga yang sengaja hendak menghuraikan kekusutan dengan cara yang menyakitkan – ini juga teguran untuk ibubapa ya, MAAF, tapi jika saya macam hendak mengajar itik berenang.. TOLONG jangan berat sebelah atau bersikap lepas tangan, dengan berkata : “Ini masalah rumahtangga kau, kau selesaikan la sendiri.. Aku dah bela kau sejak kecil, dah besarkan kau, dah kahwinkan kau – sekaranglah masa kau hadapi semuanya sendiri, sampai bila kau nak bergantung pada aku..?”.

Truly speaking.. ini BUKANlah cara yang baik untuk membantu anak-anak menghadapi masalah rumahtangga. Memang anda sebagai ibubapa sudah melakukan yang sehabis baik untuk anak-anak. Dan, memang benar bahawa apabila anak-anak sudah berumahtangga, sudah tiba masanya mereka menyelesaikan masalah mereka sendiri. Namun begitu, apabila anak-anak berpaling kepada ibubapa, bermakna mereka perlukan pandangan dan nasihat berguna untuk menyelamatkan rumahtangga. Berdasarkan pengalaman kedua ibubapa yang mampu menjaga keharmonian rumahtangga hingga ke akhir hayat – terkecuali bagi pasangan yang bercerai hidup – anak-anak berharap dapat berkongsi resepi keharmonian itu, walaupun pada hakikatnya tidak ada rumahtangga yang akan bebas daripada dugaan sepanjang masa, cuma kebijaksaan dan kesabaran menanganginya saja yang berbeza.

Namun, apabila ibubapa mengambil keputusan tidak mahu ikut campur dalam masalah rumahtangga anak-anak dengan alasan tanggungjawab mereka sudah selesai bilamana anak-anak sudah berkahwin, itulah masanya anak-anak akan menyalurkan masalah mereka ke arah yang tidak sepatutnya. Kisah rumahtangga adalah rahsia keluarga. Tapi, bila sudah diceritakan kepada orang luar yang tiada ikatan dengan keluarga, maka ia bukanlah rahsia lagi. Sesuatu itu ada sebabnya kenapa digelar sebagai rahsia, dan apabila disebut sebagai rahsia, maka ia sewajibnya disimpan baik-baik demi menjaga maruah keluarga.

Ada juga ibubapa yang mengambil kesempatan atau jalan pendek ikut perasaan dengan memaksa anak-anak bercerai.. Ini pun sebenarnya bukan cara yang baik untuk mengatasi masalah. Perbincangan keluarga harus dilakukan, dan sudah semestinyalah di dalam suasana yang harmnoni dan bukannya masing-masing bertegang urat leher bergaduh sampai pukul memukul atau siap hunus senjata. Jika ibu bapa  tidak mampu membetulkan, rujuklah kepada saudara lebih tua yang lebih arif hal rumahtangga atau tinggi pengetahuan agama serta mampu memberikan pandangan berguna.

Jika itu pun tidak boleh menyelesaikan masalah, bawalah kepada pengetahuan Pejabat Agama Islam Negeri untuk mendapatkan kaunseling. Cuma, oleh sebab fokus utama Pejabat Agama adalah untuk menyelamatkan sebuah perkahwinan dan bukan membantu untuk sebuah penceraian, sudah tentulah akan mengadakan perbincangan secara baik untuk mencari penyelesaian. Di sinilah akan diadakan kaunseling di mana kedua-dua pihak akan diberi nasihat sehabis baik mengikut cara yang diperlukan dan diajar dalam Islam.

Namun begitu, setiap manusia ada egonya.. setiap manusia ada masalahnya.. jadi menghadiri sessi kaunseling selalunya akan mendatangkan masalah yang berlarutan hingga ke suatu masa yang panjang, yang pastinya memberikan impak samada lebih baik atau lebih buruk kepada pasangan suami isteri. Jika masing-masing dengan rela hati bersedia mencari jalan penyelsaian, maka sessi kaunseling di Pejabat Agama akan jadi lebih mudah. Tetapi, jika masing-masing ada ‘itu batu besar atas kepala’ – hah, di saat itulah masalah akan menjadi bertambah rumit kerana masing-masing tidak mahu mengalah.

Sebaik mungkin, pihak Pejabat Agama akan cuba menghalang pasangan membawa kes terus ke mahkamah- salah satu penyelesaian yang dikhuatiri akan berlaku sudah tentulah penceraian. Tetapi, MAAF saya katakan, bahawa membawa kes terus ke mahkamah adalah jalan yang terhabis baik kerana setiap orang akan mula terikat dengan undang-undang yang menjamin kemashalatan kedua belah pihak. Di sini, segala tindakan akan dijaga sebaiknya oleh pihak mahkamah dan setiap kesilapan atau kegagalan mematuhi arahan akan dibalas dengan hukuman.

Ramai orang menganggap, bila dah bawa kes ke mahkamah, setiap pasangan akan pasti terus bercerai. Pada hakikatnya, hakim di mahkamah juga tidak suka melihat perceraian kerana dengan mengizinkan perceraian sedangkan perkahwinan masih boleh diselamatkan dengan apa jua cara, tetap juga akan memberikan satu tanda dosa di dalam ‘rekod kehidupan’ sang hakim. Jadi, dengan segala kekuatan undang-undang yang dipegangnya, mahkamah akan cuba menyelamatkan perkahwinan juga melalui kaunseling dan waktu untuk berbincang di antara pasangan. Sekiranya diizinkan ALLAHswt untuk sebuah perkahwinan itu diselamatkan, maka dengan bantuan undang-undang, perceraian tetap tidak akan berlaku.

Ada juga orang tidak mahu ke mahkmah dengan  alasan tidak mahu kes berlarutan apatah lagi dengan bantuan daripada Biro Bantuan Guaman yang asyik bertukar peguam kerana beberapa masalah, atau hakim sendiri yang bermasalah atau sebagaimana biasanya salah seorang pasangan itu bermasalah, juga bukanlah alasan yang baik. Kerana jika kes dibawa ke Pejabat Agama pun, masalah kes berlarutan ini akan berlaku juga apabila salah seoarang daripada pasangan (biasanya suami la kan… hmmm) cuba mengelak untuk hadir kerana tahu sessi kaunseling tidak mudah selesai, selagi kedua belah pihak tidak dapat dipertemukan dalam satu sessi yang sama, dan pihak yang ingkar tidak mudah dikenakan tindakan jika tidak mahu hadir.

Namun, jika di mahkamah, sekiranya pihak mahkamah atau pihak peguam atau pihak yang membawa kes ke mahkamah tidak membawa masalah terhadap perbicaraan, maka pihak yang ingkar boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah ataupun dikeluarkan waran tangkap. Dan, di sinilah mudahnya apabila kuasa mahkamah digunakan sebaiknya untuk menyelamatkan perkahwinan atau menyelamatkan nasib pasangan. Untuk lebih mudah, boleh mengeluarkan wang untuk menggunakan khidmat peguam swasta – tetapi cara ini hanya dinasihatkan kepada pasangan yang benar-benar sudah nekad untuk bercerai, walaupun ia hanya kehendak sebelah pihak sahaja tidak kira apa pun alasannya.

Demikianlah cara yang sebenar untuk menangani masalah rumahtangga. Bukannya menjaja rahsia rumahtangga kepada orang yang tidak sepatutnya, dalam apa jua konteks dan keperluan. Kerana apabila kita sudah bersedia untuk berumahtangga, akan wujud satu janji di antara kita dan pasangan untuk sama-sama menjaga keharmonian dan rahsia rumahtangga. Apabila kita, samada secara sedar atau tidak, mulai mengikari janji itu – maka di situlah bermulanya kegagalan kita dalam menangani masalah rumahtangga, walaupun sekecil hama. Yang rahsia, biarlah kekal sebagai rahsia… Hingga di suatu masa, tak ada seorang pun yang sedar bahawa kita dan pasangan tidak lagi hidup dalam sebuah rumahtangga…..

Merajuk, bukan buang tebiat…

Walaupun tulisan ini dikatogerikan sebagai “For ADULTS only” – tapi ia BUKAN satu bentuk artikel atau cerita lucah.. JANGAN terkeliru ya.. Tapi, ia dan juga artikel atau cerita yang bakal menyusul selepas ini, sekadar salah satu usaha saya membincangkan beberapa perkara yang melibatkan Orang Dewasa.. Mungkin akan ada sedikit unsur-unsur seksual, namun ia bukanlah lucah..

Saya akui, saya tidak mempunyai pengalaman melaluinya sendiri.. Namun, setiap hasil tulisan saya, hampir semuanya saya dapatkan daripada hasil daripada pemerhatian dan soal selidik saya sepanjang karier menjadi penulis. Setiap apa yang saya kongsikan, adalah berunsur perbincangan dan penerangan terhadap apa yang saya ketahui.. Tidak langsung berhasrat untuk mengetengahkan kisah lucah atau yang seumpama dengannya.. Jadi, sekiranya anda masuk ke arena ini dengan niat untuk berseronok, anda mungkin berada di dalam ruang yang salah pada waktu yang betul…

Dalam tulisan yang pertama ini, saya ingin bercakap tentang sikap kuat merajuk sesetengah daripada kita.. Tapi, fokus saya akan cuma tertumpu kepada pasangan warga emas.. Atau pasangan yang sudah lanjut usia..

Sebagaimana yang kita tahu, semakin usia kita meningkat, kita bukan menjadi lebih dewasa.. namun perangai keanak-anakan kita akan kembali menyerlah.. Ada sesetengah orang menganggap ini sebagai nyanyuk.. atau sikap mengada-ngada. Sehingga di suatu tahap, ramai yang menganggap sikap ini menyusahkan orang lain.. Namun, tahukah kita bahawa sebenarnya setiap orang akan melalui frasa ini, tidak kira samada kita lelaki atau perempuan..?

Yang paling ketara sekali adalah sikap mudah merajuk.. Pantang tersilap cakap sikit, pastilah akan merajuk.. sampai pening kepala orang nak melayannya.. Sudahlah setiap kehendaknya mesti diikuti, jika tidak diturut atau tersilap cara meladeninya, pastilah akan merajuk.. Cuma cara rajuknya itu, tidaklah menghentak-hentak kaki atau meraung macam budak-budak.. Tapi sikap  mendiamkan diri atau menangis, adalah salah satu cara mempamerkan isihati yang merajuk..

Itulah sukarnya menangani seorang warga emas.. sebagaimana sukarnya menjaga seorang budak kecil yang rajuknya susah dipujuk.. MAAF, bukan saya nak kata orang yang lanjut usia ini sama macam budak-budak.. sesungguhnya, Emak saya juga seorang warga emas.. Tapi, saya cuma ingin menjelaskan saja bagaimana sikap kuat merajuk seorang yang dewasa – malah, jauh lebih dewasa daripada kita – yang sangat sukar untuk dipujuk, kerana pada kebanyakan waktu, mereka tidak mempamerkannya dengan jelas kepada kita. Cuma kita sendiri perlu mencari titik punca atau sebab kenapa mereka jadi begitu.

Hal ini boleh juga dilihat dalam hubungan perkahwinan yang sudah merangkak senja.. Sering kita melihat pasangan dewasa yang saling tidak bertegur sapa atau membawa haluan sendiri, tetapi tidaklah sehingga memutuskan ikatan perkahwinan. Ini mungkin disebabkan kerana mereka sukar menerima sikap sesama mereka, atau seringkali hati mereka mudah terusik  namun sukar untuk mengubatinya.

Kebanyakan daripada lelaki lanjut usia mengharapkan dirinya dilayan seperti kanak-kanak.. bukan dalam ertikata mahu diberikan aiskrim atau didodoikan tidurnya.. Tetapi, kebanyakan daripada mereka mahukan belaian manja dan perhatian sepenuhnya daripada pasangan. Bila isteri terlalu melebihkan anak-anak atau cucu, para suami akan mudah merasa cemburu dan merajuk kerana berasakan bahawa perhatian isteri tidak lagi tertumpu kepada mereka. Manakala isteri pula menganggap suami mengada-ngada atau berasa malu dengan apa yang akan dikatakan oleh anak cucu, jika melihat mereka suami isteri berlagak mesra macam pasangan baru kahwin.

Mungkin kerana itulah ada sesetengah lelaki warga emas yang cuba mencari hiburan dan belaian yang didambakan, di luar rumah. Bukan saja dengan mencari cinta baru, tapi ramai juga yang mencari cinta semalaman samada di pusat-pusat hiburan yang menawarkan perkhidmatan gadis pelayan (GRO), malah ada juga yang berani bertindak lebih jauh dengan melanggan pelacur..!!

Saya tidaklah menuduh semua lelaki lanjut usia bersikap begitu.. jangan pula lepas baca tulisan ini, ada para isteri yang mulai menyelongkar barangan peribadi suami sedangkan dia tak pernah buat begitu sebelum ini.. Atau, ada pula yang mulai mencurigai suami yang sekadar keluar berjumpa rakan taulan di warung kopi .. tapi dituduh pula mencari pelacur.. Nauzubillah!!

Cuma, apa yang cuba saya timbulkan di sini, adalah pernahnya wujud satu ‘pepatah’ baru bahawa jika ingin ‘mengunci suami’ – isteri haruslah menjadi seperti PELACUR KELAS SATU.. Aduhai, saya pasti ramai di antara para isteri yang ‘terkejut gorilla’ mendengarnya, kan..? Pelacur dilabelkan sebagai perempuan murahan yang sanggup menjual diri demi mencari kemewahan diri.. di samping itu, pelacur dimasukkan dalam katogeri perempuan kotor yang sudah pasti membawa pelbagai penyakit kelamin..

Namun begitu, tahukah anda bahawa di negara-negara yang mengutamakan kesopanan dan tatasusila kehidupan, wanita pelayan atau GRO atau penari hiburan sekalipun akan dianggap sebagai pelacur..? Di India, wanita penari yang menghiburkan lelaki di dalam sebuah pusat hiburan bertaraf elit, dianggap sebagai pelacur. Di Jepun, geisha yang melayan lelaki makan dan minum di restoran bertaraf 5 bintang juga dianggap sebagai pelacur. Walhal, kebanyakan daripada mereka ini tidak langsung membenarkan diri mereka disentuh oleh mana-mana lelaki atau pelanggan pun yang dilayan oleh mereka. Segalanya dilakukan dengan professional, di mana tugas mereka cuma untuk melayan dan menghiburkan – BUKANNYA menyerahkan diri dan kehormatan..

Nah, inilah yang disebut sebagai Pelacur Kelas Satu – seorang wanita yang memberikan kebahagian total kepada seorang lelaki, bukan dengan hanya menyerah batang tubuh untuk diratah tetapi melayan lelaki dengan cara dan gaya yang sangat memuaskan hati lelaki sehingga lelaki yang dilayan itu akan berasa dirinya dihargai lalu sehingga terbawa ke dalam mimpi dan merindu setengah mati.. Lelaki sebegini biasanya tidak lagi dihiraukan oleh pasangannya, mungkin kerana usia yang sudah sama-sama lanjut atau memang lelaki ini mahukan kelainan dalam perhubungan yang biasa..

Dalam kelangsungan hidup berumahtangga yang bahagia, seks bukanlah salah satu faktor yang paling utama.. Al-maklum, kalau sudah sama-sama lanjut usia, ketahanan diri masing-masing pun sudah mulai ke tahap senja.. Jadi, seksual bukanlah sesuatu yang sangat diperlukan dalam konteks kebahagiaan yang sebenar.. Namun, layanan perasaan juga adalah perlu. Tidak salah rasanya jika seorang isteri melayan  mesra suami sendiri dan memanjakannya dengan rela hati, walaupun di depan anak-anak.. Bukannya haram pun, malah digalakkan dalam Islam..

Begitu jugalah halnya dengan para isteri yang sudah lanjut usia.. Mereka juga pandai merajuk jika kehendaknya tidak dipenuhi atau keperluannya disalah erti.. Bukanlah saya maksudkan kehendak seksual, kerana seperti yang telah saya tuliskan di atas, bila dah sama-sama luntur kekuatan dalam melakukan hubungan badaniah, hanya layanan dan belaian mesra yang mampu mengeratkan hubungan perkahwinan yang sudah meniti usia senja..

Jika lelaki mahukan belaian dan layanan setaraf Pelacur Kelas Satu yang mampu menjadikan lelaki berasa dirinya ibarat raja atau orang muda yang bertaraf tinggi.. Para wanita juga mahukan dirinya dilayan sebagai seorang yang sentiasa dihargai dan disayangi, lebih daripada si suami menghargai dan menyayangi kereta atau kerjaya.. Cuma mungkin cara para isteri ingin menerima layanan dan perhatian itu, berbeza daripada cara lelaki yang lebih pentingkan sentuhan dan belaian fizikal..

Para isteri selalunya mahu dirinya dianggap seperti Ratu yang segala kehendaknya dituruti dan dirinya disayangi dengan memberikan pelbagai barangan yang dia mahukan atau tidak pernah dia perolehi sebelum itu.. Atau kasih sayang dicurahkan suami hanyalah dengan berada di sisinya selalu apabila diperlukan, menjaga hatinya dan tidak mempersoalkan setiap tindakan tetapi hanya menegur jika terdapat kesilapan.. Itupun dengan cara yang baik dan tidak mengejek atau menghina..

Jika para lelaki dan wanita tidak memperolehi apa yang mereka mahukan.. maka akan terjadilah perbuatan MERAJUK.. Bukannya mereka buang tebiat, bukan juga mengada-ngada.. Tapi sebenarnya mereka mahu perubahan berlaku demi memastikan hati dan cinta mereka tidak beralih kepada yang lain.. Ada para suami yang mengubah perhatian kepada hobi baru, begitu juga para isteri.. Bagi lelaki, yang tidak pernah memukul bola golf, mereka mungkin akan cuba-cuba mencari kayu golf yang sesuai dengannya… Bagi wanita pula, mungkin mula mencari-cari peluang untuk bershopping sakan dengan rakan taulan atau cuba menghabiskan masa dengan hobi baru..

Namun begitu, semua perubahan itu bukanlah sesuatu yang merugikan.. selagi ia tidak disalahgunakan atau disalahertikan oleh sesiapa pun. Jika para suami beralih cinta kepada wanita lain yang lebih muda, sudah pastilah hati isteri akan kecewa.. Apatah lagi jika suami beralih selera kepada LELAKI LEBIH MUDA..?? Begitu juga jika para isteri yang mengalih perhatian kepada lelaki yang lebih muda.. atau wanita lain, tak kira lebih muda atau sebaya..!

Oleh itu, bermula daripada saat ini, marilah kita sama-sama kembali ke asal punca.. Dalam Islam, apabila sudah sah sesuatu hubungan antara lelaki dan perempuan dalam ertikata perkahwinan yang sahih.. Maka perlulah kita mempraktikkan hubungan itu mengikut landasan yang sepatutnya. Ikut cara Islam yang tidak keterlaluan, berikan layanan yang sepatutnya terhadap pasangan masing-masing.. Ooops, MAAF ya, begitu juga bagi ‘pasangan lama’ dari kalangan bangsa dan agama lain selain daripada Islam.. Berikan layanan yang semesra mungkin kepada pasangan, jangan sampai nanti di suatu hari tiba-tiba saja kita terpaksa gigit jari kerana tidak lagi diri diperduli……